kesian kan,,, mungkin org tak perassan atau org tak tau yg org tu nak kena rompak..
>From: waty aziz Reply-To: [email protected] >To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> >Subject: Boycott Israel [hidayahnet] Tiada siapa datang menolong wanita >dirompak utusan malaysia >Date: Fri, 18 Aug 2006 09:36:32 +0800 (CST) > >Tiada siapa datang menolong wanita dirompak KEJADIAN ini berlaku kepada >rakan saya pada Sabtu 12 Ogos 2006, 7.30 petang. Dia (seorang peguam >wanita) cuba dirompak sewaktu perjalanan pulang ke rumah di Ampang dari >pusat bandar raya Kuala Lumpur bersama seorang anak kecil berusia 7 tahun. > Kejadian berlaku ketika dia memandu kereta Mercedes melewati bangunan >Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menuju ke Jalan Tun Razak. > Pada waktu itu jalan di situ masih sibuk. Semasa beliau memandu dengan >kelajuan sederhana, sebuah kereta Mercedes hitam tiba-tiba melanggarnya >dari belakang. > Si rakan itu lalu berhenti di bahu jalan dan turun untuk memeriksa >keretanya. Pada waktu itulah salah seorang daripada tiga lelaki yang >menaiki Mercedes hitam itu terus meluru ke arah kereta beliau dan cuba >melarikan keretanya. > Dalam keadaan cemas, rakan saya itu sempat menerkam ke arah perompak itu >dan terus mencabut kunci keretanya. Dengan perasaan berani campur takut, >beliau telah menumbuk dan menepis-nepis tangan perompak tersebut kerana >memikirkan keselamatan anak kecilnya yang menangis terjerit-jerit di dalam >kereta. > Kuasa Allah yang menetapkan kereta itu masih miliknya dan perompak itu >gagal melarikan kereta bersama si anak di dalamnya. Nasib baik dua orang >lagi rakan perompak itu hanya duduk memerhati dari dalam kereta Mercedes >hitam dan tidak membantu rakan mereka. > Mesej cerita ini ialah betapa selepas berjaya mencabut kunci keretanya, >si rakan saya itu telah berlari ke tengah-tengah jalan yang sibuk dan >menjerit sambil menggapai tangan meminta pertolongan. > Namun tiada sebuah kereta pun yang berhenti, malah mereka cuba mengelak >dan berlalu cepat meneruskan perjalanan. > Setelah gagal melarikan kereta rakan saya, dengan pantas >perompak-perompak itu bergegas meninggalkan tempat kejadian. Rakan yang >malang tadi kembali ke keretanya lalu memecut ke balai polis berhampiran >dengan seluruh tubuh menggeletar setelah menempuh satu pengalaman yang >menakutkan. > Bayangkan jika perompak itu berjaya melarikan keretanya, entah apa yang >akan berlaku kepada anak kecilnya yang pasti turut diculik. > Mesej cerita ini ialah sikap masyarakat di kota pada hari ini yang >langsung tidak mahu menolong insan lain dalam kecemasan dan kesusahan. Ini >hal engkau, buat apa aku susahkan diri aku. Betapa jika kejadian seumpama >menimpa mereka atau keluarga mereka pula kelak? > Sikap ini juga akan lebih menggalakkan penjenayah lain untuk melakukan >jenayah sekalipun di khalayak ramai. > ?DIN EMU, > > >--------------------------------- >Yahoo! Mail - now with AutoComplete that helps fill email addresses. _________________________________________________________________ Get your mobile ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile http://msn.smsfactory.no/ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
