ImageBERMESRA...Dr Hatta Ramli sedang bermesra dengan kanak-kanak pintar, Adi Putra dalam 'Karnival Hari Bersama Remaja' anjuran Galeri Buku Nufair semalam (20 Ogos 2006). Turut bersama adalah ayahnya, Abdul Ghani dan Pengarah Karnival, Zulkifli Sulong. Foto Wan Zahari Salleh

Karnival Jualan Merdeka meriah dengan kehadiran Adi Putra
Sun | Aug 20, 06 | 04:54:49 PM
Oleh Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Minggu ketiga Karnival Jualan Merdeka, Galeri Buku Nufair meriah dengan kehadiran si cilik pintar matematik, Adi Putra Abdul Ghani.

Selain 'memukau' penonton dengan kaedah penyelesaian matematik, penonton turut terpaku dengan persembahan sajak ciptaan Adi Putra yang ditujukan khas kepada idolanya, Profesor Dato' Dr Ismail Mohamad Salleh.

Image
Kanak-kanak turut menyerbu Galeri Buku Nufair untuk meninjau pelbagai buku dan barangan yang dipamerkan.
Karnival Hari Bersama Remaja ini dirasmikan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohamad Hatta Ramli.

Dr Hatta dalam ucapan perasmiannya menegaskan dalam suasana negara sedang membangun, pembinaan akhlak remaja tidak harus diabaikan supaya ia seiring dengan pembangunan.

Semua pihak katanya termasuk ibu bapa harus membantu dalam pembinaan akhlak remaja yang positif.

Katanya lagi penyediaan suasana persekitaran yang baik juga membantu remaja ke arah yang lebih baik. Ini katanya dapat dibentuk melalui penerbitan buku dan bahan pendidikan yang berkualiti.

ImageJelasnya karnival seperti anjuran Nufair ini harus diperbanyakkan supaya dapat membantu perkembangan remaja hari ini.

Untuk menggalakkan orang ramai membaca buku, pihak penerbit harus memikirkan soal harga iaitu murah dan berkualiti. Apabila dijual dengan harga yang murah, ramai yang akan cuba memiliki buku-buku ini.

"Jangan terlalu memikirkan keuntungan sehingga menjadi penghalang untuk anak-anak kita memiliki bahan-bahan pendidikan ini.," katanya.

Justeru beliau berharap pihak penerbit mengambil kira aspek-aspek 'mampu miliki' tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Sementara itu, dalam majlis itu juga, penonton turut diperdengarkan deklamasi sajak oleh pemenang tempat pertama pertandingan sajak Karnival Jualan Merdeka Nufair, Nor Azim Amran.

Dalam majlis itu, Nor Azim turut menerima hadiah yang disampaikan Pengarah karnival, Zulkifli Sulong.

Image
Hadirin bersesak untuk melihat dengan dekat kebolehan kanak-kanak pintar, Adi Putra dalam karnival semalam.
Penonton juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu nasyid popular oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zua.

Dalam pada itu, Galeri Buku Nufair yang mengadakan potongan istimewa juga tidak putus-putus dikunjungi penonton.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang melakukan pemeriksaan tekanan darah secara percuma yang disediakan Pusat Perubatan Kohilal. - mns

****************************

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke