Undang-undang kawal iktikad: Arahan Abdullah tidak berguna tanpa penguatkuasaan
Tue | Aug 22, 06 | 04:21:37 PM
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menyedari tindakan penggubalan undang-undang mengawal atau menyekat perkembangan agama lain di kalangan umat Islam tidak mencukupi jika hanya sekadar wujudnya peruntukan undang-undang tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Presiden Amsec, Haji Mahfuz Omar kesal dengan arahan Abdullah terhadap empat buah negeri supaya mengambil tindakan menggubal undang-undang sedangkan selama ini pelaksanaan undang-undang itu tidak mendapat kerjasama daripada pihak polis.

Menurutnya, pihak polis yang mengendalikan pengaduan perlu mengambil tindakan terhadap mereka dengan membawa orang yang diadukan itu ke Mahkamah Majistret.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan terhadap empat buah negeri untuk mengubal undang-undang mengawal iktikad orang lain di kalangan umat Islam. Antara negeri yang terlibat Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, undang-undang berkait dengan artikal 11 (4) di bawah undang-undang sivil walaupun ada peruntukan di negeri tetapi ia bukan di bawah undang-undang Syariah dan ia mesti dibawa ke Mahkamah Majistret.

Katanya, sejauhmana komitmen kerajaan melalui agensinya dapat melaksanakan undang-undang itu yang sudah lama wujud di negeri-negeri.

Beliau mempersoalkan apakah selama ini Abdullah menghadapi tekanan daripada menteri kabinet bukan Islam sehingga mereka berani menyerahkan memorandum berhubung isu yang berkaitan dengan agama Islam.

Kata beliau, Abdullah ketika berhadapan dengan sembilan menteri bukan Islam yang terlalu biadap ketika menyerahkan memorandum itu seolah-olah tidak berani untuk menentukan ketegasannya.

"Abdullah jangan hanya nak mententeramkan hati orang Islam dengan mewujudkan undang-undang seperti ini," katanya.


Bendung murtad: Tukar kuasa pemerintahan di Malaysia
Tue | Aug 22, 06 | 12:06:04 PM
Oleh Khairul Azlam Mohmad KUALA NERUS, 22 Ogos (Hrkh) - Exco Kerajaan Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, gejala murtad tidak dapat diselesaikan selagi kuasa pemerintahan negara masih di tangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Islam yang menjadi dasar pemerintahan negara merupakan suatu perkara yang penting kepada PAS bagi menyekat serta membendung semua masalah termasuk gejala murtad.

“Masalah gejala murtad dan sebagainya tidak dapat diselesaikan selagi Malaysia ini kita tidak pegang kuasa dan selagi kita tidak boleh menegakkan Islam,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Selamatkan Ummah di pekarangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, Umno dan kerajaan BN menjadi penghalang besar kepada PAS hari ini bagi melaksanakan Islam secara menyeluruh.

Menurutnya, pelbagai tekanan, sekatan serta halangan bagi kerajaan PAS melaksanakan undang-undang serta pemerintahan Islam di negara ini.

“Selagi kita tidak dapat kuasa memerintah sepenuhnya Malaysia ini, selagi itu kita tidak dapat selesai masalah. Penghalang besar kepada kita hari untuk melaksanakan Islam dan membela maruah umat ialah Umno dan kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Justeru itu, katanya rakyat perlu berfikir dengan baik serta menilai kemampuan dan keberkesanan sesebuah parti yang memerintah bagi menjaga kepentingan umat Islam.

Menurut beliau, rakyat yang cerdik serta berpendidikan tidak sewajarnya terus bersama dengan perjuangan Umno dan kerajaan BN yang terbukti gagal membendung gejala murtad di negara ini. - mks.


***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke