| Dakwa cuba digoda di bar KUALA LUMPUR: Teman lelaki pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 22, membuat surat pengakuan wanita yang mendakwa dicederakan kekasihnya itu, ada mengekori dan cuba menggodanya ketika mereka berada di sebuah pusat hiburan. Surat pengakuan bersumpah Ahmad Razman Ahmad Razali, 30, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Allayarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, dikemukakan peguam bela Fakhrul Azman Abu Hassan di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Dalam pengakuannya, Ahmad Razman berkata, pada hari kejadian, dia mahu bertemu Fazura di pusat hiburan itu dan terserempak serta berbual biasa dengan Geraldine Mariana Wong, 31. Namun, sebaik Fazura tiba bersama rakannya, Geraldine mendekati, mengekori dan cuba menggoda saya. Antara perbuatannya merapatkan tubuhnya serta tidak henti-henti menyentuh saya. Geraldine cuba mencetuskan provokasi terhadap Fazura dengan perbuatannya itu. Saya cuba menegur perbuatannya tapi semakin ditegur dia semakin membuatnya. Oleh itu saya menjauhkan diri, katanya dalam surat pengakuan bertarikh 14 April 2005. Beliau berkata, Geraldine juga memperkatakan sesuatu mengenai Fazura kepada orang ramai di tempat kejadian dan cuba menimbulkan kemarahan pelakon itu. Saya ada lihat Fazura mendekati Geraldine dan berlaku pertikaian antara mereka. Semakin lama ia semakin tegang tetapi saya tidak mendengar dengan jelas pergaduhan mereka kerana saya agak jauh. Geraldine yang terlebih dulu memulakan asakan fizikal terhadap Fazura dengan menolak serta menarik rambutnya. Saya bersama seorang rakan bergegas mendapatkan mereka bagi meleraikan pergaduhan, katanya. Selepas kejadian pertama itu, Ahmad Razman seterusnya mendakwa, Geraldine menolak dan menarik baju Fazura sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh. Geraldine meneruskan perbuatannya menarik rambut walaupun ketika itu Fazura cuba bangun untuk meninggalkan tempat kejadian. Ia memaksa Fazura menghayunkan kasut ke muka Geraldine supaya wanita itu melepaskan genggaman rambutnya. Namun Geraldine tetap menarik rambut Fazura dan hanya dilepaskan selepas beberapa orang meleraikan mereka. Ketika itu saya bersama rakan membawa Fazura keluar dari tempat kejadian, katanya. Ahmad Razman juga berkata, selepas itu dia masuk semula ke kelab dan melihat mata Geraldine mengalami pendarahan. Sementara itu, Geraldine ketika menjawab soalan Fakhrul Azman berhubung surat itu, menafikan dia cuba menggoda Ahmad Razman, sebaliknya hanya berbual sebagai rakan biasa. FAKHRUL: Dalam laporan polis, kamu kata berlaku pergaduhan. Pergaduhan itu berkaitan apa? GERALDINE: Sebab teman lelakinya (Fazura) FAKHRUL: Ada kamu kata apa-apa sebelum berlaku pergaduhan? GERALDINE: Saya tidak berkata apa-apa. FAKHRUL: Saya katakan kepada kamu bahawa kamu ada menyindir Fazura pada masa itu. GERALDINE: Tidak setuju. FAKHRUL: Setuju saya katakan kamu cuba menggoda Ahmad Razman? GERALDINE: Tidak setuju. FAKHRUL: Sebelum berlaku pergaduhan, ada kamu merapatkan tubuh dengan Ahmad Razman? GERALDINE: Tidak setuju kerana kami hanya berbual biasa saja. FAKHRUL: Setuju saya katakan kamu ada mengatakan kepada Fazura jika teman lelaki awak sayang awak, kenapa dia datang goda saya? GERALDINE: Setahu saya, saya tidak ada cakap begitu. FAKHRUL: Pada hari kejadian, ada kamu mengambil minuman keras? Adakah kamu mabuk? GERALDINE: Ada iaitu wain merah tetapi saya tidak mabuk. FAKHRUL: Berdasarkan laporan polis, kamu menyatakan nama Fazura secara penuh serta filem lakonannya tetapi pada awal keterangan, kamu mengatakan tidak mengenali wanita ini? GERALDINE: Saya memang tidak mengenali Fazura tetapi ketika membuat laporan polis, rakan saya yang memberi maklumat itu. FAKHRUL: Selepas kejadian ada pihak polis mengambil gambar awak? GERALDINE: Tidak. FAKHRUL: Ada pihak polis berikan surat supaya kamu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan? GERALDINE: Saya tidak ingat. FAKHRUL: Pihak polis tidak mengambil gambar kamu, ini menunjukkan kejadian yang berlaku tidak serius? GERALDINE: Tidak setuju. FAKHRUL: Kamu beritahu mahkamah selepas pergaduhan kamu masih berada di kelab itu, mengapa? GERALDINE: Saya cuba menenangkan diri. MCM2 HAL... |
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
