Pusat-pusat hiburan, kelab malam punca utama Aids Oleh Sahar Abdul Majid KOTA KINABALU, 24 Ogos (Hrkh) - Penyebaran Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) yang didakwa berpunca dari pergaulan bebas terutama di pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam merupakan fakta yang jelas menyumbang kepada penyebaran penyakit Aids di negara ini .
Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Queen Elizabeth (QEH), Dr Timothy William membuat pendedahan itu dalam Forum Awam Mengenai HIV/Aids, yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Sokongan Aids Kota Kinabalu (Kasih), di Hotel Beverly dekat sini baru-baru ini. Beliau mendakwa, kewujudan kelab-kelab malam, karaoke, pusat-pusat hiburan yang berleluasa dan hotel-hotel kecil yang menawarkan perkhidmatan seks komersil, membuka ruang seluas-luasnya untuk jangkitan penyakit itu. Orang ramai harus menyedari bahawa di Sabah, adalah sangat berbahaya untuk melakukan seks tidak selamat dengan pekerja seks komersil atau yang dipanggil Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di pusat-pusat hiburan ini. Para suami atau lelaki yang kerap berkunjung ke tempat-tempat ini untuk melakukan seks adalah tidak selamat dan terdedah kepada bahaya mendapat jangkitan HIV/Aids. Ramai GRO turut bekerja sebagai pelacur dan ini adalah fakta yang diketahui,jelas Dr Timothy. Dr Timothy turut menegaskan bahawa pesakit yang dijangkiti HIV/Aids di negeri ini tidak mendapatnya dari Semenanjung Malaysia, Filipina atau Thailand tetapi di Sabah sendiri khususnya di ibu negeri. Beliau juga berkata, penyakit itu juga kini sedang menular ke desa-desa dan kampung-kampung ekoran penduduk yang dijangkiti di kawasan bandar kemudiannya membawa pulang penyakit itu ke kampung masing-masing. Tiga hingga empat tahun dulu, ramai penghidap HIV adalah dari Kota Kinabalu, tetapi kini penyakit berbahaya itu telah menular ke kampung-kampung katanya. Menurutnya lagi, pekan-pekan yang terjejas termasuk Penampang, Papar, Kudat, Tuaran, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Ranau dan Kunak. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beliau mendedahkan, statistik menunjukkan bahawa jangkitan HIV yang dilaporkan di Malaysia sejak 1986 hingga penghujung 2005 berjumlah 70,559 orang melibatkan 65,345 lelaki dan 5,214 adalah wanita. Dalam kajian itu, kebanyakan kumpulan yang paling terdedah ialah mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun dan terdapat 619 kanak-kanak yang tidak berdosa turut dijangkiti HIV itu pada tempoh yang sama http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3929&Itemid=29 Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
