Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tak berapa lama lagi insyaAllah kita akan menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan negara kita yang ke 49. Angka 49 bukanlah angka yang kecil.
Kiranya sudah hampir setengah abad kita mengecapi kemerdekaan. Sesekali
mengenangkan zaman² ketika negara kita masih di dalam penjajahan, tentu
sahaja kita sewajarkan mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Ilahi yang memberikan kita nikmat kemerdekaan ini.

Sebenarnya kemerdekaan boleh datang dalam pelbagai maksud dan bentuk. Ada
yang memahami kemerdekaan itu sebagai kebebasan. Bebas untuk beragama.
Bebas untuk mentadbir negara sendiri. Bebas dari penghambaan. Malah bagi
budak² nakal, ketiadaan ibu bapa mereka di rumah juga merupakan
kemerdekaan. Kerana mereka bebas untuk melakukan apa yang mereka suka di
dalam rumah terbabit.

Merdeka bukan semata² dari segi fizikal seperti dimerdekakan dari menjadi
hamba. Malah merdeka juga wujud dalam bentuk material seperti tidak lagi
terikat kepada sumbangan atau bantuan orang lain, kebebasan dari segi
mental dan juga kebebasan dari segi spiritual. Bagi saya secara peribadi,
kemerdekaan atau kebebasan dari segi spiritual inilah yang paling penting
dan utama.

Kemerdekaan spiritual bukanlah bererti kita bebas dari ikatan sebagai hamba
kepada Tuhan. Juga bukan bererti kita bebas dari sebarang bentuk aturan dan
hukum ahkam agama. Sebaliknya kebebasan spiritual bererti kita mampu
memerdekakan hati dan fikiran kita daripada sebarang kemanisan dan beban
dunia agar dapat ditumpukan kepada penyembahan dan pengesaan Allah swt
sebagai Tuhan yang Maha Agung.

Dan sebenarnya, inilah kemerdekaan yang paling sukar untuk dikecapi.
Kerana, pada hampir setiap masa, jiwa dan roh kita telah terbelenggu kepada
nikmat² dunia. Dalam kebanyakan masa, apa yang menjadi penumpuan keinginan
kita adalah kejayaan dalam bentuk materi. Siapa yang tidak mahu menjadi
kaya, banyak wang, popular, glamor, dikenali, disanjungi, diingati,
dihormati dan sebagainya?

Inilah resam. Manusia dari pelbagai zaman memang sentiasa melalui situasi
ini. Dari dulu hingga sekarang dan mungkin hingga akhir zaman, manusia
sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan harta kekayaan, populariti
sanjungan dan apa² sahaja yang sebenarnya satu kejayaan yang berbentuk
keduniaan semata². Dalam sedar dan tidak sedar, semua keinginan ini telah
menjerat dan akhirnya menjajah diri kita.

Maka jadilah kita seorang insan yang sebagaimana tidak sepatutnya. Kerana
terjajah dengan segala keinginan dan nafsu ini, kita telah merenggangkan,
kalaupun tidak memutuskan terus hubungan dengan Allah al-Kholiq, yang telah
mencipta dan memberikan rezeki kepada kita. Memang kita masih solat, masih
puasa, dan masih melakukan beberapa ibadah lain tetapi bagaimana agaknya
corak dan bentuk solat, puasa dan ibadah kita yang lain itu?

Adakalanya solat didirikan pada 'waktu kecederaan' kerana tugas yang
diamanahkan oleh majikan. Berbekal alasan menjaga amanah juga adalah satu
ibadah, kita tolak tanggungjawab yang telah Allah amanahkan kepada kita ke
tepi. Pada hakikat sebenarnya, nafsu yang telah menjajah memerintahkan kita
sebegitu kerana kita sedang mengejar kedudukan atau kenaikan gaji. Dan kita
akhirnya tunduk kepada jajahan  nafsu dan keinginan.

Bukanlah bererti kita perlu meninggalkan dunia dan menjadi zuhud serta
jumud semata² untuk melayakkan diri  mencapai kemerdekaan yang dimaksudkan.
Tidak. Sesungguhnya Allah menjadikan kesemua nikmat dunia ini adalah untuk
kita nikmati. Apa yang menjadikan diri kita terjajah sebenarnya adalah
sifat 'tidak mengenal cukup' atau sifat tamak dan haloba dan berkeinginan
untuk menumpuk²kan harta dengan seberapa banyak yang mungkin.

Berapa ramai agaknya di kalangan kita yang mampu menjadi seperti para
sahabat Rasulullah saw yang apabila diberikan kekayaan kepada mereka, maka
mereka akan menjadi lebih tawadhu' dan lebih khusyuk dalam beribadah? Saya
percaya memang ada tetapi rasanya mungkin tidak berapa ramai. Kerana pada
kebiasaannya, kita akan menjadi terlalu sayang dengan kurniaan hingga
timbul perasaan takut untuk kehilangannya.

Bayangkanlah, jika kita seorang peniaga. Tiba² di suatu hari, setelah
sekian lama berdoa, Allah telah memberikan rezeki yang berlipat kali ganda.
Di hari itu, begitu ramai pelanggan yang menyerbu kedai kita hinggakan
tidak menang tangan. Katakanlah, pada ketika azan Zuhur berkumandang dan
pelanggan masih begitu ramai di kedai kita, apakah sanggup untuk kita
tinggalkan kedai itu semata² untuk ke masjid berjamaah?

Rasanya tidak.Walaupun pada hari kebiasaannya, muka kitalah yang pertama
sekali sampai ke masjid sebaik azan berkumandang. Inilah salah satu tanda
penjajahan oleh nafsu dan keinginan. Kemudian bayangkan pula kita seorang
pekerja di peringkat pertengahan. Gaji tidaklah sebanyak mana. Maka setiap
hari kita berdoa meminta Allah memberikan lebihan rezeki untuk kita
menampung keluarga.

Maka Allah izinkan dan secara tiba², kita mendapat limpahan kerja lebih
masa ditempat kerja kita. Jika biasanya kita pulang rumah jam 6 petang,
kini hampir jam 10 baru sampai. Dalam keadaan keletihan begitu, rasanya
kebanyakan dari kita akan menangguhkan solat Isya' sehinggalah rasa letih
itu hilang. Sekali lagi, ini juga tanda bahawa kita telah terjajah oleh
nafsu dan keinginan kita.

Sebenarnya untuk memerdekaan diri dari penjajahan nafsu sebegini hanya
memerlukan keimanan dan taqwa yang hakiki kepada Allah swt sahaja. Ia tidak
menuntut lebih dari itu. Kerana hanya dengan ketaqwaan dan keimanan yang
utuh, barulah kita dapat melihat segala dunia dan isinya begitu kecil untuk
dibandingkan dengan kenikmatan yang Allah janjikan kepada mereka yang
metaatiNya.

Dan keimanan dan ketaqwaan sebegini hanya terdapat melalui kesungguhan niat
dan perbuatan yang perlu dilakukan berulang kali dari masa ke semasa. Ia
tidak akan datang dengan mudah. Biasalah. Untuk menikmati durian, tentulah
kita terpaksa hadap durinya dahulu. Jika beli durian yang sudah siap
berkopek, bukankah rasanya kurang enak. Kata orang, sudah hilang 'gasnya'.

Hanya setelah kita mampu melihat kecilnya nikmat dunia ini, barulah kita
mampu meloloskan diri dari belenggu penjajahan spiritual sebegini. Kerana
di kala itu, harta yang menimbun bukan lagi matlamat hidup kita. Kerana
ketika itu, pangkat dan darjat bukan lagi menjadi impian kita. Kita hanya
mahu disanjung oleh para malaikatNya dan segala penghuni langit. Hati kita
telah sepi dari keinginan untuk disanjungi sesama manusia.

Mungkin ada yang akan tidak bersetuju dengan tulisan ini. Maafkan saya, ini
hanyalah pendapat dari seorang insan yang dhoif. Anda berhaq untuk
membangkang.

Di kesempatan ini, seiring dengan kemeriahan bulan kemerdekaan ini, ingin
saya ucapkan 'Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke
49'. Merdekakan diri dari penjajah. Merdekakan diri dari nafsu. Tetapi
jangan merdekakan diri dari Tuhan. Kerana hakikat tetap hakikat. Bahawa
kita adalah hambaNya dan akan kekal begitu hingga akhir masa...

Sekian  buat  kali.  Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen  dan  kritikan  membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke