Oleh Hasri Wazir

Seremban, 20 Ogos - "Malam Bersamamu Palestin" telah
dilangungkan dengan jayanya di Dataran Senawang ,
Seremban oleh JIM International dan JIM Negeri
Sembilan dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa Islah
Malaysia (Karisma) dan Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan.

Dianggarkan lebih kurang 2000 orang penduduk telah
menghadiri program ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh anggota
kumpulan nasyid In-Team, saudara Hazamin, diikuti
dengan ucapan aluan Prof Madya Badlishah Sham Baharin
yang mewakili Yang Dipertua JIM Negeri Sembilan yg
berada di luar negeri atas urusan kerja.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Presiden JIM, Tuan
Hj Zaid Kamarudin, dan disusuli dengan persembahan
oleh kumpulan In-Team dengan lagu salawat dan
kedamaian.

Tayangan video Palestin dimainkan selama 10 minit,
yang membuatkan ramai penonton terpegun dan tersedu
melihat rakaman penderitaan rakyat Palestin yang
pastinya tidak pernah ditonton sebelum ni. 

Selepas tayangan video, kumpulan One Faith membuat
persembahan dengan nyanyian nasyid bersemangat diringi
dengan peralatan muzik seperti dram, bonggo dan
sebagainya selama 30 minit. 

Di dalam slot "Terkini dari Lubnan", Dr Mohsen Soleh
dari Institut Al-Zaytuna telah menyampaikan mesej dari
rakyat palestin dan perkembangan terkini dari sana.

Walaupun beliau berucap di dalam bahasa Inggeris,
namun bahasanya mudah difahami oleh hadirin. 

Ustaz Maszlee Malik meyambung pula dengan ceramahnya
yang membawa impak yang besar pada malam itu terhadap
masyarakat sekitar tentang kepentingan membantu
saudara-saudara seIslam di Palestin.

Pengacara majlis iaitu saudara Nashiruddin Mohd Tahir
dan saudara Mohd Qhalid Abdul Hafiz dari kumpulan
nasyid Saff One telah mengumumkan edaran tabung untuk
kutipan dari para hadirin, yang mana jumlah sumbangan
yang terkumpul adalah lebih kurang RM8,000.00.

Jumlah kutipan dari edaran tabung sebelum ini kepada
premis perniagaan, sekolah, organisasi yang
dipulangkan pada malam itu juga lebih kurang
RM8,000.00.

Persembahan diteruskan dengan deklamasi sajak oleh
saudara Nashirudin dan saudara Shahid, diikuti
persembahan In Team dengan lagu 'Untukmu Palestin'
yang memukau hadirin. 

Ikrar 'Solidariti Bersamamu Palestin' telah dibacakan
oleh ahli-ahli Karisma bersama wakil-wakil NGO seperti
ABIM dan Yayasan Amal serta wakil-wakil JIM dan
jemputan, diikuti upacara melepaskan 12 ekor burung
merpati sebagai simbolik pembebasan bumi Palestin. 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang penuh syahdu
dari Ir Tuan Haji. Jamil Ibrahim merangkap imam 2
Masjid Kariah Paroi. Gerai-gerai jualan dan pameran
Palestin juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari
para pengunjung. - JIMedia
 
Ditambah oleh: Wan Muhammad Wan Ibrahim

http://www.jim.org.my/modules.php?module=berita&kerja=tengok&id=41


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<attachment: m1k.jpg>>

<<attachment: m2k.jpg>>

<<attachment: m3k.jpg>>

Kirim email ke