Pelbagai pihak sambut baik pengasingan Mahkamah Syariah, Sivil
Thu | Aug 24, 06 | 05:10:34 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Hrkh) - Pelbagai pihak berasa lega dan amat mengalu-alu jaminan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdullah bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan itu adalah satu penegasan yang  perlu.
Katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini  PAS gembira dengan wujudnya pengasingan kedua-dua mahkamah itu.
Ini katanya, supaya isu-isu yang dibawa ke Mahkamah Syariah tidak bercampur dengan Mahkamah Sivil.
"Jadi penegasan ini perlu kerana sekurang-kurangnya menghilang keraguan orang ramai terhadap isu-isu mutakhir ini yang melibatkan isu syariah tetapi dibawa ke Mahkamah Sivil," katanya.
Semalam  Ahmad Fairuz memberi jaminan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah tidak boleh dirampas oleh Mahkamah Sivil. Ini kerana ia jelas antara fungsi Mahkamah Sivil dan Syariah seperti  yang termaktub dalam  Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim, isu Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri contohnya kes-kes syariah orang bukan Islam dibawa ke Mahkamah Sivil seperti kes pendaki gunung Everest, Muhamad Abdullah atau M  Moorty.
"Ini menampakkan kefahaman rakyat  terhadap pengagihan bidang kuasa mahkamah masih rendah," katanya.
Beliau juga berkata bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu ditingkatkan contohnya dalam kes murtad mahkamah hanya berkuasa menghukum seseorang itu kepada hukuman maksimum iaitu enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau sebat enam kali.
Katanya sepatutnya  kes jenayah syariah seperti murtad melibatkan hukuman yang lebih besar malah boleh dihukum sampai ke peringkat hukuman bunuh.
"Kita harap bidang kuasa Mahkamah Syariah ditingkatkan lagi, dan secara keseluruhan kita rasa lega kenyataan daripada Ketua Hakim Negara semalam. Sekurang-kurangnya isu ini tidak jadi tanda tanya dan pelbagai sangkaan orang ramai terhadap isu yang  melibatkan agama ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Dr Maamor Osman berpendapat, jaminan itu adalah tepat kerana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah perlu independen secara mutlak.
Bagaimanapun katanya semasa dihubungi hari ini, jaminan itu  bukan setakat independen kerana Mahkamah Syariah sepatut lebih tinggi daripada Mahkamah Sivil.
"Ini disebabkan di Malaysia, Mahkamah Syariah lebih muda daripada Mahkamah Sivil maka kita kena naikkan taraf dan tahap profesionalisma mereka yang terlibat dengan perundangan.
"Maksud saya Mahkamah Syariah mesti ada Ketua Hakim Syariah  Negara, ada Peguam Syariah Negara, ada Pendakwa Raya Negara dan ltahapnya sepatutnya lebih tinggi daripada Mahkamah Sivil kerana syariah adalah satu ketentuan Allah SWT," katanya lagi. - mks

***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke