Tadi, ketika waktu minum, saya berbual² dengan operator radio yang bertugas
untuk shift malam. Ketika berbual², tiba² dia membuka cerita pengalamannya
pada suatu hari dalam sebuah bas ekspres. Katanya, ketika itu dia di dalam
perjalanan dari Kerteh, Terengganu untuk ke Kuala Lumpur. Ceritanya
berkenaan dengan sepasang suami isteri yang duduk di belakang tempat
duduknya.

Dalam perjalanan, katanya, tiba² dia terdengar satu bunyi yang kuat seraya
diikuti suara perempuan itu yang mengaduh. Teman saya menoleh ke belakang
dan melihat isteri kepada pasangan tadi telah keluar darah dari hidungnya.
Teman saya melihat sekeliling dan dilihatnya semua penumpang yang lain
tidak berbuat apa². Lalu teman saya memberanikan diri untuk menegur sikap
lelaki itu.

“Relax la brother...” (teman saya seorang penganut Kristian Orthodoks
berbangsa India) dan kemudiannya diikuti oleh satu pukulan dari botol air
mineral bersaiz besar yang mengenai tepat ke mata teman saya oleh suami si
wanita itu. “Mau lagi ka?” tanya lelaki itu. Teman saya lalu menjawab “Ei
lu bodoh. Lu apesal pukul curi sama wa?” soal teman saya yang seolah²
mencabar kelelakian si suami.

Lantas si lelaki segera meminta bas berhenti (untuk bergaduh di luar).
Lelaki itu turun dahulu sebaik pintu terbuka. Namun ketika teman saya
hendak melangkah keluar, pemandu bas terus meandu bas tersebut dan
meninggalkan si lelaki tadi terkontang-kanting sendirian. Saya tergelak
mendengar ceritanya. “Padan muka!” kata saya. Terbayang bagaimana keadaan
lelaki itu menggelabah mencari jalan untuk pulang.

Namun seketika kemudian teman saya menyambung lagi. “Saya peliklah. There
was not one person you know. A lot of them. Small fella. Big fella. Young
fella, old fella. Tapi semua buat tak tau saja.” Kata²nya membuatkan saya
terdiam sebentar. “Well you know Luke, this not happen only in here. It
happen in all the developed contries. And now it’s coming here. We’re going
towards them.” Jawab saya. Saya lihat dia terangguk².

“Yeah… In the developed contries it’s like ‘F*** you! I don’t have time’”
katanya lagi. Kali ini saya tidak ketawa lagi. Kerana saya rasa apa yang
teman saya bangkitkan cukup benar. Kita kini mula kehilangan masa untuk
mengambil tahu hal orang lain. Saya cuba membayangkan bagaimana jika saya
turut berada di dalam bas tersebut. Apakah tindakan yang akan saya ambil?
Seperti teman saya, atau seperti manusia² penakut yang lain..

Saya bukan mahu bercerita kisah rumahtangga di sini. Bukan tidak mahu
tetapi saya rasakan tidak sesuai untuk bercerita tentangnya. Saya terlalu
muda dan belumpun sampai 3 tahun menjalani alam rumah tangga. Takkanlah
saya yang pengalaman baru setahun jagung ini hendak menasihatkan orang yang
lebih berpengalaman? Jadi, isu bagaimana suami melayan isteri itu, biarlah
kita tinggalkan dahulu.

Apa yang cukup menarik minat saya di sini ialah tentang perangai manusia
hari ini yang tidak lagi mengambil tahu hal orang lain. Bukan setakat tidak
ambil tahu, bahkan tidak kisah dan tidak mahu membantu walaupun melihat
kecelakaan terjadi kepada orang lain. Lebih mengecewakan, orang lain itu
adalah orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Jangankan hendak
menolong, bersimpati pun mungkin tidak.

Di manakah silapnya kita? Apakah kerana arus kemodenan yang kita kecapi
sekarang ini menghalang kita dari berbuat baik dan bantu membantu sesama
muslim? Atau apakah kita terlalu sibuk dengan urusan lain hinggakan tidak
ada masa walaupun barang seminit dua untuk menghentikan kekejaman dan
ketidak adilan? Atau apakah keselesaan hidup kita membuatkan kita tidak
perlu risaukan penderitaan orang lain?

Ini hanyalah satu contoh. Perkara ini tidak terhad kepada kes suami pukul
isteri sahaja. Jika kita baca surat khabar, tentu kita pernah baca kisah
orang yang begnya diragut kemudian tidak ada orang yang ambil peduli.
Bukan? Begitu juga dengan kisah² lain. Kisah keluarga yang hidup miskin
tetapi terbiar dalam pondok usang. Kisah keluarga miskin yang dihalau dari
tanah yang ditumpanginya dan banyak lagi kisah yang menyayat hati.

Bukanlah bererti kita harus menjadi seperti orang kepoh yang hinggakan
warna seluar dalam yang dipakai jiran kita pun kita perlu ambil tahu.
Tetapi, jika kemungkaran telah berlaku di hadapan mata, bukankah wajib kita
menghalangnya? Jika kecelakan telah berlaku terhadap saudara seagama kita
di hadapan mata, bukankah wajib kita membantunya? Jangankan seagama, kafir
zimmi pun wajib kita bantu.

Sebenarnya, setiap muslim mempunyai tanggungjawab mereka terhadap muslim
yang lain. Setiap daripada jiran kita juga, mempunyai haq ke atas diri
kita. Dan kesemua haq ini adalah wajib untuk kita penuhi jika terdaya.
Terdapat banyak hadits yang menyentuh tentang haq² ini. Jika anda berminat,
dapatkan kitab Mantakhab Ahadith. Topik Ikhwanul Muslimin menyentuh khusus
berkenaan perkara ini.

Pada kebiasaannya, orang mudah menggunakan alasan ‘asalkan kita menentang
dengan hati cukuplah…’. Sebenarnya tidak. Menentang dengan hati adalah
bukti iman kita adalah selemah² iman. Apakah kita mahu berbangga memiliki
iman yang lemah? Atau apakah kita ingin memulakan perjuangan dengan sebuah
iman yang lemah? Tentu sekali tidak. Maka sebenarnya, menentang dengan hati
adalah usaha yang sepatutnya terakhir sekali.

Sebelum itu, sebelum menentang dengan hati, mestilah didahulukan dengan
penentangan menggunakan tangan. Ini bukan bermaksud kita harus bergaduh
atau memukul seseorang sebaliknya ianya bermaksud dengan kuasa yang ada
pada kita. Contohnya sebuah kerajaan yang mengawal rakyat mereka dengan
penggubalan undang², seorang suami menegur atau membetulkan isterinya dan
seorang bapa terhadap anak²nya.

Kemudian, jika kita tidak punyai kuasa, barulah dengan mengguankan lidah.
Ini juga bukan bermaksud kita perlu menghamun mereka yang berbuat salah.
Juga bukan untuk ajak mereka bertikam lidah. Tetapi dengan cara hikmah.
Dengan berhemah. Mungkin dengan nasihat, ceramah atau dengan melaporkan
kepada pihak berkuasa mengenai apa² kepincangan atau kebejatan yang di
sekitaran atau yang terlihat pada mata kita.

Jika benar inilah kesan pembangunan yang kita miliki sekarang, pendapat
saya, adalah lebih baik kita tidak maju. Bayangkan jika kita benar² telah
menjadi negara maju nanti? Entah baimana agaknya keadaanya kita. Entah²,
selepas 3 bulan kita mati dalam bilik pun, belum dikebumikan. Kerana orang
tidak tahupun kita telah lama mati. Kerana semua orang sedang sibuk
membantu diri mereka sendiri… Wana’uzbillahi minzalik…

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke