Ringkasan Jawapan Bagi Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Web Site : www.zaharuddin.com
Email : [EMAIL PROTECTED]


Terlalu ramai yang menghantar pesanan ringkas `sms', email,
telefon dan
bertanya kepada saya berkenaan Pelaburan Swiss Mutual Fund atau swiss
cash
atau yang sepertinya, sehingga memaksa saya memperuntukan sedikit waktu
saya
bagi menulis jawapan ringkas ini. Saya sedar sebenarnya amat sukar bagi
meringkas jawapan kerana setiap penerangan hanya akan mampu difahami
sekiranya si pembaca mempunyai asas Shariah dan instrument kewangan
moden
yang memuaskan.

Saya telah menyemak investment plan bagi pelaburan Swiss mutual Fund dan
mendapati bahawa ia adalah sebuah pelaburan beroreintasikan system
konvensional dan Riba yang terlarang. Ia amat nyata apabila tiada satu
pun
maklumat di dalam web tersebut yang memberitahu bahawa pelaburannya
ditadbir
urus menurut kehendak Shariah, tiada juga disebut nama-nama penasihat
Shariah.

Sebagaimana diketahui oleh korporat dan umum; Syarikat, Badan pelaburan
dan
pengurus kewangan di Barat sentiasa bersifat professional dalam iklannya
bagi menonjolkan apa jua jenis dan kelebihan yang ada pada mereka.
Justeru,
jika mereka mengurus secara Islam, sudah pasti mereka akan menghebahkan
dengan jelas bahawa mereka adalah sebuah syarikat pelaburan yang menurut
prinsip-prinsip Shariah, di samping itu, suatu kemestian bagi sesebuah
syarikat pelaburan untuk menyiarkan nama-nama panel penasihat Shariahnya
bagi menarik keyakinan orang ramai.  Bagaimanapun, jika di lihat di
dalam
web pelaburan swiss ini, tiada satu pun yang menonjolkan imej ini, malah
apa
yang saya perolehi menunjukkan ia amat bertentangan dengan ciri-ciri
pelaburan Islam samada dari sudut penggunaan `terminologi'
pelaburannya,
mahupun bentuk cara ia menjana keuntungan.

Lebih jelas dari itu, jika pembaca meninjau kepada ruangan
"Frequently Asked
Questions" (FAQ) yang terdapat di dalam web mereka juga tiada satu
perkataan
dan soalan pun yang berkaitan tentang keislaman produk mereka ini. Semua
ini, tanpa perlu mengkaji dengan lebih dalam pun sudah mampu diketahui
akan
tidak menepati Shariahnya pelaburan mereka ini.

Adapun, jika pembaca inginkan penjelasan lebih terperinci akan cara yang
digunakan oleh pelaburan Swiss, saya kira ia amat jelas. Sebagai sebuah
syarikat pelaburan berasaskan konvensional dan riba yang sentiasa
mempromosi
keuntungan yang luar biasa sebagai satu-satunya alat penarik. Pelaburan
yang
dilakukan pastinya menggunakan instrumen-intstrumen yang terlibat dengan
riba, gharar dan perjudian, tanpa sebarang pertimbangan. Antara
instrumen
yang digunakan adalah (ia terkandung samada tersirat dan tersurat di
dalam
`investment plan' nya yang di paparkan di halaman webnya iaitu
http://www.swisscash.biz/Web/sff_sip.aspx  ) sebagaimana berikut :-

a) Hedging (Lindung Risiko Perubahan Nilai matawang): Ia biasanya
digunakan
oleh industri import eksport yang melibatkan penggunaan matawang yang
berbeza. Ia digunakan bagi memastikan perubahan nilai matawang tidak
memberi
kesan amat buruk kepada pembeli jika nilai yang yang dguna (cth ringgit)
jatuh teruk. Yang mana jika ini berlaku, pihak pembeli terpaksa
menanggung
kos berkali ganda. Justeru, salah satu cara yang biasa digunakan adalah
`hedging'. Instrument `hedging' ini juga boleh digunakan
untuk mendapatkan
keuntungan dalam perdagangan spekulasi matawang. Menurut Fatwa oleh
ulama
Shariah antarabangsa, `hedging' hanya dibenarkan bagi tujuan
pertama di atas
(iaitu untuk melindungi penjual dan pembelian asset sebenar dari risiko
perubahan nilai matawang sahaja).
      Ia adalah salah satu resolusi Persidangan Kewangan & Perbankan
Islam
Al-Barakah bernombor 6/27 dari persidangannya yang keenam tarikh 2-6 Mac
1990 bertempat di Algeria. Adalah amat jelas, `hedging'
merupakan salah satu
instrument yang diguna oleh pelaburan swiss ini bagi mendapatkan
keuntungan.
Secara terang-terang boleh kita simpulkan, pelaburan ini pasti akan
terlibat
dengan elemen perjudian, spekulasi berlebihan yang bersifat judi serta
tidak
menurut bentuk yang diterima oleh Shariah, iaitu hanya untuk tujuan
menghalang risiko dan bukannya mencari keuntungan.

b)  Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan
Mata
wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang
memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya
yang
melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara
berterusan.

      Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya
tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan
dari
hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-
• Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan
yang
mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama
ia
disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya
adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :'

ÇáÐåÈ ÈÇáÐåÈ , æÇáÝÖÉ ÈÇáÝÖÉ , æÇáÈÑ ÈÇáÈÑ ,
æÇáÔÚíÑ ÈÇáÔÚíÑ , æÇáÊãÑ ÈÇáÊãÑ
, æÇáãáÍ ÈÇáãáÍ , ãËáÇð ÈãËá , ÓæÇÁ ÈÓæÇÁ , íÏÇð
ÈíÏ , ÝÅÐÇ ÇÎÊáÝÊ åÐå
ÇáÃÕäÇÝ ÝÈíÚæÇ ßíÝ ÔÆÊã
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan
perak,
gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah
sama
timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan
sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang
disukai"  ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

Untuk makluman : FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh konvensional
tidak
menjaga syarat ini maka ini menjadi Riba Nasiah.

• Mestilah terdapat serah terima atau disebut "qabadh" dalam
Islam secara
benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama.
Masalah dalam implementasi
FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala
itu
aqad menjadi batal ( Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Untuk makluman : FOREX yang diuruskan oleh konvensional juga tidak
menjaga
syarat ini lalu ia batal dan termasuk dalam bab menjual sesuatu sebelum
memilikinya yang di haramkan oleh Nabi SAW.

Pemain-pemain forex kelihatan bersungguh cuba mempertahankan
keharusannya,
pelbagai fatwa di momokkan kepada saya, fatwa dari Jabatan Mufti Perak,
fatwa seorang penasihat Shariah sebuah bank Islam dan lain-lain.
Hakikatnya,
semua fatwa keharusan adalah tertakluk kepada syarat di atas dan
bukannya
secara mutlak. Secara mudah, bagi saya anda perlu memastikan siapa yang
menguruskan transaksi `permainan' forex anda, adakah sebuah
institusi
kewangan Islam atau konvensional?; Jika institusi kewangan Islam,
penasihat
Shariah akan menanggung tanggungjawab, justeru, ia adalah harus bagi
orang
awam selagi penasihat Shariah ini mengatakannya harus.

Bagaimanapun dalam hal pelaburan Swiss yang menggunakan FOREX sebagai
instrumennya ini, ia sudah ternyata sebagai sebuah institusi kewangan
konvensional dan kapitalis. Sesebuah institusi kewangan konvensional
sudah
pasti akan menggunakan instrument forex tanpa sebarang ikatan syarat
yang
ditetapkan Shariah di atas. Tanpa syarat itu, transaksi antara matawang
dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan `Riba
an-Nasiah' yang
diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah
keputusan
Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting &
Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel
penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh
Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah
al-Mani',
Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain
Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh
Al-Ayashi
al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi


c) SWAP : Ia adalah satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak
bagi
pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset
material
atau kadar faedah. Dalam beberapa kes jualan komoditi atau jualan
matawang
secara tangguh, ia dibuat tanpa sebarang pertukaran sebenar. (AAOIFI
Shariah
Standard, hlm 358)

Hukumnya menurut Fatwa kumpulan Ulama Fiqh Antarabngsa yang pakar dalam
hal
kewangan Islam : Haram kerana contractnya melibatkan pertukaran matawang
secara bertangguh, ia adalah riba nasiah. Di sebutkan di dalam keputusan
Penasihat Shariah AAOIFI :- " SWAPS are not permitted in the forms
in which
they are practiced in commodity exchange" ( AAOIFI Shariah Standard,
hlm 358
)

d) Options : takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan
(tetapi
tidak menjadi kewajiban) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang
dipersetujui ( samada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan
hutang) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk
memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi
penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak. ) (AAOIFI Shariah
Standard, hlm 356).

Saya tahu takrifnya memeningkan pembaca, tetapi ia memang sukar untuk
diterangkan menggunakan ayat-ayat ringkas tanpa contoh panjang lebar.
Secara
kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan kerana ia
bercanggah dengan beberapa konsep dan panduan Shariah iaitu :-

• Menjual sesuatu sebelum memilikinya secara benar. Ia diharamkan
berdasarkan hadis : "Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena
sesungguhnya
jual beli yang demikian itu mengandung penipuan". (Hadis Ahmad bin
Hambal
dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)
• Unsur `Gharar Fahish' (ketidak tentuan) dan perjudian yang
besar. Ia
timbul kerana si pembeli berhasrat untuk membeli sesuatu asset pada satu
harga ditetapkan cth RM 100, dengan ramalan bahawa harga asset itu akan
naik
pada masa hadapan kepada RM 200. Untuk itu, si pembeli akan membyaar
bayaran
pendahuluan RM 10, tetapi si pembeli mempunyai hak untuk membatalkan
pembeliannya jika didapati bahawa harga ramalannya tidak tercapai.
• Ia juga terlibat dalam jual beli pada masa hadapan (forward) yang
tidak
sah menurut syara'.
• Ia adalah Riba, jika item yang dijual beli adalah hutang dan
matawang.
• Ia juga bertentangan dengan syarat serah terima atau disebut
"qabadh"
dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada
waktu yang sama. Tatkala
itu aqad menjadi batal ( Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Hukum Options di sebutkan oleh majlis Penasihat Shariah AAOIFI "
Options are
not permitted neither with respect to their formation not trading" (
Shariah
Standard, hlm 357)

e) Futures ; Menurut The encyclopedia of Britanicca, futures adalah :-
"
Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan
satu
asset dalam satu kuantiti yang khusus dan pada tarikh akan datang yang
khusus" ( Britannica Encyclopedia, 1988, 5/65)

Ia dibenarkan oleh Shariah dengan syarat kontrak komersial yang dibuat
itu
hanya janji dari satu belah pihak "unilateral promise from one
side". Jika
syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak itu tidak sah menurut Shariah
kerana
:-
• Ia dianggap aqad / kontrak jual beli pada masa akan datang. Untuk
pengetahuan pembaca, Islam tidak membenarkan aqad jual beli di meterai
hari
ini bagi transaksi pada masa akan datang; ia tidak sah menurut Shariah.
Ia
menjadi semakin ketara tidak sah apabila kedua-dua pihak tidak
menyerahkan
apa-apa, samada asset ataupun bayarannya. ( `Aqd al-Bai', Syeikh
Mustafa
Az-Zarqa, hlm 36)
• Ianya tidak boleh sama sekali dilakukan antara matawang kerana ia
akan
menjadi Riba an-Nasiah (riba sebab bertangguh serah-terima). Tetapi
inilah
salah satu cara yang terbaik bagi pihak konvensional bagi mendapatkan
untung.
• Ia akan tergolong dalam jualan hutang dengan hutang " Bai'
ad-Dayn bi
ad-Dayn"   yang di haramkan oleh Nabi SAW kerana faktor
`gharar' atau
ketidak tentuan yang amat tinggi. ò Sebuah hadith yang lemah menyebut
: "
Nabi SAW melarang dari menjual secara hutang dengan hutang" (Riwayat
Ad-Dar
Qutni, al-Hakim dan Al-Hakim mengatakannya sohih menurut syarat Bukhari
dan
Muslim). Bagaimanapun menurut Syeikh Prof Dr Muhydin Qurra Ali Dhaghi,
pengharaman jual beli hutang dengan hutang adalah diharamkan melalui
dalil
Ijma'. (Dalil ijma; ini boleh dirujuk di dalam Naylul Awtar 5/177).
Pengharamannya juga telah di putuskan di dalam resolusi persidangan
ke-16,
Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada 5-10 /1/2002.

Apabila transaksi `futures' ini dilakukan oleh sebuah Institusi
Kewangan
Konvensional, sudah tentu ia tidak akan menjaga displin Islam di atas,
kerana itu ianya di haramkan. Malah unsur perjudian dan ketidaktentuan
juga
amat tinggi. Seorang ilmuan Shariah menulis :-

Considering the case of the basic exchange contracts, it may be noted
that
the third type of contract where settlement by both the parties is
deferred
to a future date is forbidden, according to a large majority of jurists
on
grounds of excessive gharar. Futures and forwards in currencies are
examples
of such contracts under which two parties become obliged to exchange
currencies of two different countries at a known rate at the end of a
known
time period. For example, individuals A and B commit to exchange US
dollars
and Indian rupees at the rate of 1: 22 after one month. If the amount
involved is $50 and A is the buyer of dollars then, the obligations of A
and
B are to make a payments of Rs1100 and $50 respectively at the end of
one
month. The contract is settled when both the parties honour their
obligations on the future date.

Traditionally, an overwhelming majority of Sharia scholars have
disapproved
such contracts on several grounds. The prohibition applies to all such
contracts where the obligations of both parties are deferred to a future
date, including contracts involving exchange of currencies.

Keputusan Majlis Penasihat Shariah dunia bagi AAOIFI menyebut dalam
fatwanya
: "Futures is not permitted according to the Shariah to undertakes
futures
contracts either through their formation or trading" (Shariah
Standard, hlm
356)

f) Guaranteed Capital (jaminan wang modal tidak lupus) : Keistimewaan
ini
adalah tidak sah menurut SELURUH  ULAMA EMPAT mazhab.  Ini kerana dalam
konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah,
tiada
sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab
Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana
pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak
akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau
tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284
;
Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi
dan
Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada'
as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Bagaimanapun pelaburan Swiss Mutual Fund ini sudah pasti lebih teruk
lagi,
kerana ia langsung tidak menggunakan kontrak pelaburan yang diurus
menurut
Shariah. Pastinya kontrak pelaburan seperti ini adalah batal menurut
empat
mazhab dan segala keuntungan yang diterima adalah tidak sah.

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad
Mudarabah iaitu :-
• Jaminan modal dikembalikan jika pihak `mudarib' ( pengurus
pelaburan)
mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan
dan
yang sepertinya.
• Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan
(mudarib)
Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan swiss.

g) Guaranteed Fixed Return : Ia tidak ubah seperti `Fixed
Deposit' : Fixed
deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau
keuntungan
dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai
contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi
tempoh 5
bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti
RM
5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %)  dari jumlah pelaburan
anda. Ia
telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba. Kaedah Fiqh
menyebut
: Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk)ertinya : "(Bagi
mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi
risiko"
(Some Observations on the Question of RIBA and the Challenges Facing
Islamic
Banking, Ibrahim F I Shihata). Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan
pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.

Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah
sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia
berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin.
Ia
adalah haram.

h) "Equity" dan "commodities": pastinya apabila ia di
urus secara
konvensional, ia akan terlibat dengan unsur-unsur perjudian.

i) Companies / pelaburan dalam syarikat-syarikat kukuh dengan jual beli
saham: Sebarang syarikat yang ingin diletakkan duit pelaburan sepatutnya
disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh Panel Penasihat Shariah. Ia
amat
penting bagi menentukan samada syarikat itu menjalankan aktiviti yang
menurut nilai Islam atau tidak. Apabila tiada sebarang panduan seperti
Pelaburan Swiss ini, sudah tentu pelaburannya akan dibuat dalam apa jua
syarikat, tidak kira yang terlibat dengan judi, arak, pelacuran dan
lain-lain. Syarikat seperti ini sememangnya amat diminati kerana
pulangannya
lumyaan seperti genting di Malaysia. Bagi sebarang pelaburan di luar
Negara,
semua syarikat yang dilabur sepatutnya mesti disemak samada ia
diluluskan
oleh Dow Jones Islamic atau tidak. SIla rujuk web dow jones Islamic di
http://www.investaaa.com/ atau
http://www.djindexes.com/mdsidx/index.cfm?event=showHome


Kesimpulannya, tiada satu pun yang dibuat dan diurus tadbir secara
Islamik
oleh Badan Pengurusan Pelaburan Swiss ini. Semuanya terlibat riba dan
perjudian, maka semua untungnya samada riba atau tidak halal satu sen
pun,
walaupun pulangan lumayan beratus ratus peratus tetapi ia adalah haram ,
HARAM DAN HARAM...MANIS DI DUNIA, PAHIT DI BARZAKH DAN AKHIRAT.

Keputusan-keputusan di atas adalah menurut keputusan Majlis Penasihat
Shariah oleh Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions
atau OIC Interntional Fiqh Academy (Majma Fiqh Islami) yang dianggotai
oleh
ahli-ahli pakar Shariah sedunia.

Sekian









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke