| "Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis" |
Oleh Harakahdaily
Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri
Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr. Mahathir berkata: "Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru."
Bagaimanapun, beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak.
Dr Mahathir juga menyifatkan perbuatan sesetengah pihak yang cuba menyekat beliau bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu sebagai penghinaan terhadapnya.
Bertanding perwakilan bahagian
Beliau menyifatkan tindakan menghalangnya itu lebih pelik daripada hasratnya, sebagai bekas Presiden Umno, mahu bertanding menjadi perwakilan bahagian itu pada 9 September ini.
"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam
Umno," katanya semasa ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini.
Beliau yang tiba dari Perak bagi lawatan peribadi di Kedah, mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno mengenai pertandingan beliau di Umno Bahagian Kubang Pasu, dengan ada di antaranya menyifatkan hasrat beliau itu sebagai pelik.
Tidak ada mana-mana bekas Presiden Umno mengambil bahagian sebagai perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu.
Menurut Dr Mahathir, walaupun menang pada pemilihan untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu itu sekalipun, beliau melihat masih ada halangan untuk bercakap pada perhimpunan agung Umno November nanti.
Beliau menjangkakan, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid, selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri sudah tentu tidak memilihnya mewakili Kedah berucap pada perhimpunan agung nanti.
Menteri Besar
Kedah penyokong kuat Abdullah
Mahdzir, yang pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terkenal sebagai penyokong kuat Abdullah dan antara pemimpin Umno yang dikatakan pernah mencadangkan tindakan yang maksimum diambil ke atas Dr Mahathir.
"Sekalipun saya dipilih oleh Badan Perhubungan Umno Kedah untuk berucap pada Perhimpunan Agung Umno, tentu saya diberi masa yang pendek, mungkin sekadar lima minit. Dengan masa banyak itu, tidak boleh berkata apalah," katanya.
Wakil setiap negeri yang akan berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno ditentukan Badan Perhubungan Umno Negeri.
Dr Mahathir enggan memberitahu isu-isu yang akan beliau bangkitkan sekiranya terpilih menjadi perwakilan dan dibenarkan berucap.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan, Nazri menyifatkan tindakan Pemuda Umno Bahagian
Kubang Pasu, Kedah meluluskan usul meminta beliau dipecat dari parti itu dan jawatannya dalam kabinet sebagai sesuatu yang 'bodoh' dan 'keliru'.
Usul minta Mahathir henti kritik
Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Pemuda Umno bahagian tersebut sepatutnya meluluskan usul meminta Dr Mahathir menghentikan tindakan mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gelang Patah, Nazri berkata, perlembagaan Umno tidak menyatakan bersikap kurang ajar terhadap bekas pemimpin merupakan suatu kesalahan yang boleh dibuang parti.
Persidangan perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu telah meluluskan usul memecat beliau daripada mengganggotai Umno dan jawatan kabinetnya berikutan kenyataannya yang disifatkan biadap terhadap Dr Mahathir.
Menurut Nazri, pada
mulanya beliau tidak mahu bercakap kepada media tentang isu kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan kerajaan sebagaimana yang diarahkan oleh Kebinet tetapi kini terpaksa mengubah pendirian kerana tindakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu itu.
Katanya, beliau diberitahu bahawa apa yang sebenarnya berlaku adalah pemuda Umno bahagian Kubang Pasu tidak meluluskan usul memintanya dipecat tetapi sebaliknya beberapa wakil pemuda bahagian meminta beliau dipecat semasa ucapan penangguhan mesyuarat itu.
Nazri berkata beliau akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Dato' Johari Baharum mengenai usul pecat itu.
Nilai diri sendiri
Terdahulu dalam ucapannya, Nazri menasihatkan Pemuda Umno Kubang Pasu agar menilai diri mereka sendiri sebelum bertindak mencadangkan beliau dipecat daripada parti itu.
Beliau juga berkata,
walaupun digelar sebagai kurang ajar kerana kelantangannya mengkritik Dr Mahathir tetapi menegaskan akan meneruskan apa yang dibuatnya kerana tidak melihat sebarang kesalahan di dalam mempertahankan Abdullah dan kerajaan.
Tindakan Nazri itu juga direstui oleh pemimpin Umno yang menyifatkannya tidak salah kerana beliau mempertahankan Perdana Menteri mengikut 'cara sendiri'.
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana Umno tidak semestinya mengambil tindakan disiplin kepada anggotanya hanya berdasarkan usul yang dikemukakan pada mesyuarat perwakilan.
"Nazri bertindak setelah beliau merasakan perlu berbuat demikian kerana 'terasa' dengan kritikan yang agak tajam. Pada pendapat saya, tidak ada keperluan untuk diambil apa-apa tindakan terhadap Nazri," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kelana
Jaya.
Sementara itu di Kuala Selangor, Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usul itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar Pemuda Umno yang kini kuat dan maju.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno Kuala Selangor hari ini. - lanh
*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
