minta maaf kerana mencelah cuma hendakkan kepastian.. saya telah lama ban KFC ni kerana selalu terbaca didalam internet pasal cara penyembelihan dan macam macam lagi la .. satu hari saya tertanya pada seseorang yang bagi pandangan saya Alim (saya panggil ustaz la senang) tentang KFC ni masa tu ada majlis berbuka puasa di rumah boss saya pada tahun lepas. ustaz ni telah memberi jaminan pada saya bahawa KFC tu halal dimakan sebab dia sendiri yang pantau cara penyembelihan ayam ayam tu (ustaz ni kerja dengan KFC bahagian keagamaan (macam tu la kata dia )) dan ada juga saya ajukan soalan soalan yang saya terima dari internet dan ustaz ni kata semuatu jangan percaya sebab sebagai umat islam kita kena siasat dulu dari mana berita tu datang... selepas dari hari itu saya mulamakan KFC semula ... Nama saya fauzi muhammad 0163203468 --- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
> salam.. saya tambah yang tadi.. disini ada rukun dan > syarat yang lebih jelas.. diambil dari laman web > JAIS > > > Pengenalan > Sembelihan menurut Islam bermaksud menghilangkan > nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan > alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang > untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh > orang Islam. Hukumnya wajib dilakukan ke atas > sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal > dimakan. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum > Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis. > Haiwan > Secara amnya, haiwan boleh dikelaskan kepada tiga > kumpulan, iaitu haiwan darat, haiwan laut dan haiwan > udara > Haiwab Darat > Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, > kecuali seperti berikut: > Babi dan keturunannya > Anjing > Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum > syarak > Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk > mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas > seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya > Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan > secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan > sebagainya > Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam > membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala > jengking, dan seumpamanya > Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu > seperti semut dan lebah > Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, > seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya > Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di > darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan > sebagainya > > > Haiwan Laut > Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam > air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, > kecuali: > Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun > Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika > dimakan; dan Semua jenis haiwan laut yang boleh > mendatangkan kemudharatan / bahaya pada kesihatan > manusia. > > Dalil Sembelihan > Firman Allah yang bermaksud: > "Makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah > atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada > ayat-ayat-Nya." > (Surah Al-Anam : 118) > > "Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak > disebut nama Allah atasnya, kerana ia suatu > kedurhakaan." > > (Surah Al-Anam : 121) > > Sabda Rasulullah S.A.W. > "Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik > terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu > membunuhnya, perelokkanlah cara membunuhnya, apabila > kamu menyembelih maka perelokkanlah cara > penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan > mudahkanlah penyembelihannya itu." > (Riwayat Muslim) > > Rasullullah s.a.w bersabda : > [Dari Abdullah Nikman Bin Basir katanya : Aku dengar > Rasullullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang halal > itu nyata (terang) dan yang haram itu nyata > (terang), dan diantara keduanya ada perkara-perkara > yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh > kebanyakkan manusia. Maka barangsiapa memelihara > (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya > terpeliharalah baginya agama dan kehormatannya. Dan > barangsiapa jatuh kepada perkara kesamaran, maka > jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang > pengembala yang mengembala disekeliling kawasan > larangan, hampir saat, (ternakannya) makan > didalamnya.Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada > kawasan larangan. Ketahuilah, bahawa larangan Allah > itu adalah segala yang haramnya. Ketahuilah dalam > badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah > badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah > sekaliannya. Ketahuilah!, itulah yang dinamakan > hati]. > ( Riwahul Al-Bahari Wamuslim) > > Al-Imam Ghazali dalam Ihya Ulum Ad-Din menyatakan > bahawa memakan daging binatang yang tidak disembelih > akan menyuburkan sifat ganas, riyak, sombong, > pendendam dan ego yang melampaui batas, manakala > hikmat diharamkan bangkai adalah keranan naluri > semulajadi manusia yang menganggap ia sebagai kotor > dan menjijikkan. Disamping itu haiwan yang mati > dengan sendiri amat merbahaya untuk kesihatan kerana > mungkin ia mati kerana penyakit yang mengancam atau > makan makanan beracun dan sebagainya yang jika > diambil akan memudaratkan kesihatan itu > sendiri.Firman Allah s.w.t didalam surah Al-Baqarah > ayat 173 : > > [Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepadamu > bangkai, darah,daging babi dan binatang yang > disembelih bukan kerana Allah. Barang siapa dalam > keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak > melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya kerana > sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha belas > kasihan]. > Firman Allah s.w.t didalam surah Al-An am ayat 121: > > [ Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang > tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. > Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu > kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan > kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu, > dan jika kamu menurut mereka, kamu tentulah menjadi > orang-orang musyrik]. > > Rukun dan Syarat Sah Sembelihan > Setiap proses penyembelihan, adalah diwajibkan untuk > mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh > syarak. Rukun dan syarat sah penyembelihan adalah > seperti berikut: > > Rukun Sembelihan > Penyembelih > Islam samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak > yang mumayiz (perempuan - makruh) > Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani > Berakal - berfikiran waras > Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji > (bagi binatang buruan) > > > Binatang Yang Disembelih > Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang > baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang > yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan > sebagainya. > > > Alat Penyembelihan > Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah > tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah > binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, > dan sebagainya. > Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat dari > gigi, tulang, atau kuku. > > > Tempat Yang Disembelih > Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halkum ( > saluran pernafasan) dan marih ( saluran makanan dan > minuman ) dan memutuskan vena jagular dan arteri > karotid. Hukum memutuskan halkum dan marih adalah > wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri > karotid adalah sunat > Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher > kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka > adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana > bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya > dengan syarat niat menyembelih. > > Syarat Sah Penyembelihan > Antara syarat sah proses penyembelihan adalah > seperti berikut ; > Sembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli > kitab. > > Penyembelihan mestilah dilakukan oleh orang Islam > yang sempurna akal dan mengetahui rukun-rukun dan > syarat-syarat sembelihan. > > Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan niat > menyembelih kerana Allah s.w.t. > > Haiwan penyembelihan masih hidup ketika disembelih ( > hayat mustaqirrah ) > > Haiwan berkenaan adalah halal untuk dimakan. > > Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, > gigi, dan tulang. > > Putus urat halkum dan urat marih dengan sebab > sembelihan. > > Haiwan tersebut mati dengan sekali sembelihan > sahaja. > > Tidak melakukan penyembelihan selain kerana Allah > s.w.t. > === message truncated === Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
