Wed | Aug 30, 06 | 08:50:10 PM Oleh Bedin bin Jusoh Assalamualaikum Saya sebagai Setiausaha Badan Bertindak Madrasatul Al-Ikhwan, Puchong Perdana kesal dengan pendirian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berhasrat menutup operasi madrasah dari sebarang aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah.
Isu ini semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini terutama sejak Masjid Terapung Puchong Perdana yang menelan belanja berjuta-juta ringgit telah siap dibina walaupun kontraktornya silih berganti. Apa yang menyedihkan, arahan JAIS ini berpunca dari aduan yang dibuat oleh segelintir pihak berkepentingan yang kurang senang dengan kelancaran aktiviti agama terutamanya majlis-majlis kuliah yang diadakan di madrasah ini. Mereka berasa terganggu kerana corong- corong pembesar suara madrasah begitu lantang menembusi tembok rumah mereka yang terletak berhampiran. Tanpa merujuk kepada penduduk dan jemaah surau, mereka mendesak JAIS untuk menutup surau itu. Tunduk kepada desakan itu, pihak JAIS telah mengeluarkan surat bertarikh 14 Februari 2006 bahawa madrasah yang kami makmurkan selama ini akan ditukar taraf kepada KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) Integrasi. Ekoran daripada itu, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan penduduk bertujuan mendapat tandatangan orang ramai dan penduduk sekitar surau bagi membantah cadangan menukar taraf surau itu. Apa yang menjadi kemusykilan kami, surau tersebut telah dibina atas ihsan orang ramai. Pekeliling atau surat kebenaran kutipan derma khusus untuk pembinaan surau itu telah dikeluarkan oleh JAIS hampir 10 tahun lalu. Demi memenuhi permintaan penduduk di taman-taman yang berdekatan dengan surau itu, sebuah sekolah agama rakyat telah dibina hasil persetujuan Ahli Jawatankuasa Madrasatul Al-Ikhwan di atas lot tanah yang telah pun diwakafkan kepada surau tersebut. Alangkah malang sekali, demi untuk memenuhi tuntutan segelintir pihak, JAIS dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan pekeliling kedua berhubung perkara yang sama, walhal surau tersebut adalah milik dan jariah orang ramai. Penukaran status surau kepada sekolah juga menjatuhkan martabat surau tersebut. Alangkah baiknya jika JAIS mendapatkan pandangan AJK surau sebelum mengeluarkan pekeliling itu. Demi untuk menuntut kebenaran, AJK badan bertindak akan sekali lagi bertemu dengan pihak JAIS menuntut agar arahan itu dibatalkan. Malah jika pihak JAIS tidak menghiraukan tuntuan dan hasrat kami, saluran undang-undang adalah jalan terakhir kami./tajdid Bedin bin Jusoh Setiausaha Badan Bertindak Madrasatul Al-Ikhwan Puchong Perdana -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
