Misteri: Santau guna jin
Rawatan Islam secara ghaib pulih pesakit
SEORANG lelaki menemui doktor selepas tidak tahan menanggung kesengsaraan dan kesakitan pada beberapa bahagian tubuh. Secara tiba-tiba! Semalam dia sihat tetapi hari ini tubuhnya bagaikan dicucuk sembilu. Bagaimanapun, sebaik menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan
kesihatannya baik dan tiada sebarang penyakit.
Justeru, apakah misteri di sebalik kesakitan dan kesengsaraan lelaki itu jika doktor mengesahkannya sihat?
Pengamal Perubatan Islam Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia(Darus Syifa), Mohd Fauzi Mustaffa, berkata antara kemampuan jin adalah mendatangkan kecederaan kepada manusia menerusi kaedah ghaib yang tidak disangka manusia.
Kaedah ini dinamakan santau dan ia adalah sihir kerana membabitkan pertolongan jin. Selain santau, ada juga masalah kesihatan disebabkan gangguan jin yang berada dalam tubuh, katanya yang juga Pengurus Jabatan Syariah Takaful Malaysia dan penceramah agama.
Beliau berkata, kaedah santau dan gangguan jin dilakukan dalam pelbagai cara sejak zaman nabi sehinggalah sekarang dan berlaku menerusi alam ghaib yang tidak dapat dikesan dan dijangka manusia.
Antaranya, dalam perbuatan santau, jin digunakan untuk memasukkan benda fizikal seperti kaca atau miang buluh ke dalam tubuh seseorang menggunakan angin padahal jika difikirkan logik, ia sukar dilakukan.
Malah dalam kisah Nabi Ayub AS, iblis dan syaitan (jin kafir) menyebabkan tubuh badan Nabi Ayub cedera dengan teruk malah perkara seperti itu masih berlaku dalam kes santau dan gangguan jin sehingga kini, katanya.
Katanya, selain kesakitan, gangguan jin juga boleh mengganggu psikologi seseorang seperti tidak dapat tidur malam atau tidak berselera makan. Gangguan jin juga boleh menyebabkan pasangan gagal memperoleh anak walaupun sudah lama berkahwin kerana ada jin memakan telur si isteri.
Selain mendatangkan kecederaan menggunakan jin, ada juga bomoh menggunakan khidmat makhluk itu untuk memulihkan gangguan bersifat ghaib yang mungkin disebabkan jin juga.
Jika berubat dengan bomoh yang menggunakan perantaraan jin, ia mungkin sembuh secara sementara iaitu selagi kemahuan jin itu diikuti dan apabila tidak diikuti, penyakit datang balik, katanya.
Berbanding berubat dengan bomoh yang menggunakan bantuan jin, kaedah perubatan Islam menggabungkan tiga unsur iaitu individu yang merawat harus memiliki kekuatan rohani menerusi iman dan amal ibadat; doa yang serasi dengan penyakit serta bahan digunakan adalah halal seperti herba, air atau madu.
Dengan menggunakan rawatan Islam, bahan santau seperti kaca dan miang buluh boleh dikeluarkan dari dalam tubuh badan secara ghaib di hadapan pesakit, sama seperti ia dimasukkan secara ghaib, katanya yang menyatakan bahawa rawatan Islam turut mampu menangani gangguan jin,
dengan izin Allah.
Fakta: Ciri-ciri pembomohan
Ciri-ciri bomoh yang menggunakan perantaraan jin atau menggunakan amalan yang salah di sisi syariat bagi mengubati pesakit dan perlu dihindari umat Islam adalah:

pesakit.
disembunyikan dalam tangkal atau barang tertentu.
Diskusi agama di http://ummahonline.com
Get your email and more, right on the new Yahoo.com __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___