| Dedah PTI dalam Umno Silam: Mutalib MD diancam bunuh |
Oleh Ahmad Tajdid
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Ahli Umno Rancangan Silabukan Lahad Datu, Mutalib MD menerima ancaman bunuh daripada beberapa individu setelah pendedahan beliau berhubung wujudnya pendatang tanpa izin (PTI) yang menjadi perwakilan di Mesyuarat Agung Umno Kawasan Silam didedahkan media tempatan.
Mutalib yang juga mantan Setiausaha Eksekutif Umno Silam bagaimanapun berikrar tidak akan berganjak daripada pendirian
mendesak Majlis Tertinggi Umno membatalkan Persidangan Agung Umno Silam pada 27 Ogos lalu kerana dicemari perwakilan yang dikenal pasti sebagai PTI.
Setia pada parti
"Sebagai ahli yang setia kepada parti, saya tidak gentar untuk menghadapi pelbagai ancaman sejak membuat kenyataan terbuka yang disiarkan di dalam beberapa akhbar tempatan dan nasional terutama ugutan dan ancaman melalui panggilan telefon dan SMS.
"Setiap hari saya menerima ugutan dan ancaman bunuh daripada PTI yang tergugat dengan laporan saya dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," tegas beliau.
Dalam kenyataan akhbar beliau yang die-mel kepada Harakahdaily, Mutalib menjelaskan keengganannya untuk membuat laporan polis kerana aduan yang dilakukannya pada 1999 tidak pernah disiasat polis.
Sebaliknya, beliau telah dipukul dan dicederakan di khalayak ramai selepas
aduan polisnya diketahui umum.
"Semalam (31 Ogos) saya menerima panggilan telefon daripada mereka yang tidak dikenali dengan menggunakan 'private number' mengugut untuk membunuh saya jika tidak menarik balik laporan berkenaan kepada Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia."
"Pemanggil tersebut memberikan saya sehingga jam 2 petang ini (1 September) untuk menarik balik laporan berkenaan dan membuat kenyataan akhbar bahawa laporan saya tidak betul."
"Tetapi sebagai warganegara Malaysia yang memegang prinsip Rukun Negara tidak mempedulikan karenah pemanggil berkenaan," ujarnya. - tajdid
(Ikuti laporan lanjut di Harakah edisi cetak)
********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
