Wed | Aug 30, 06 | 12:24:11 PM 
Oleh Bapa Cakna, Kemaman  
Nampaknya Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh begitu ghairah untuk 
membina lebih banyak lagi universiti di negerinya. Beliau menyatakan 
perkara itu semasa merasmikan Majlis Pelancaran Program Pemuafakatan 
Cakna Cemerlang Peperiksaan Awam 2006 peringkat negeri di Dewan 
Sultan Mizan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) 
pada 27 Ogos lalu.

Saya hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran negeri 
itu bagi menemani anak saya yang akan menduduki peperiksaan 
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya dan beberapa rakan berasa agak 
keliru dan janggal dengan kenyataan itu. Ini kerana seorang menteri 
besar membuat kenyataan untuk membina universiti. Lazimnya perkara 
itu disebut oleh Perdana Menteri atau menteri yang berkaitan. 

Mungkin suasana sudah berubah di zaman Islam Hadhari. Sesiapa sahaja 
yang menjadi pemimpin kerajaan negeri (BN), boleh menjanjikan 
perkara-perkara seperti itu. Begitupun, seingat saya, dalam beberapa 
ucapan semasa lawatan kerja Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi 
awal Ogos lalu pun, Idris juga dengan bangganya menyebut `kita' 
membina lapangan terbang, lebuh raya, universiti dan lain-lain 
sedangkan rakyat tahu semuanya itu adalah projek kerajaan Pusat. 

Pada majlis kelmarin, Idris terus memaklumkan bahawa Universiti 
Darul Iman Malaysia (UDM) akan dibina di negeri itu dengan 
menganggap masih ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui 
mengenainya. Beliau juga menyebut beberapa institusi pengajian 
tinggi awam (IPTA) yang ada di Terengganu seperti Universiti 
Teknologi Mara (UiTM), Kustem dan politeknik dengan menyebut `kita 
beri'. 

"Kita beri universiti keempat," ujarnya sambil menyebut sebuah UiTM 
akan dibina di Bukit Besi, Dungun yang berharga RM100 juta. "Kalau 
nak lagi, kita nak beri," ujarnya lagi. 

Bagi saya, sebagai menteri besar, istilah kita adalah kerajaan 
negeri. Jadi, saya dan rakan-rakan merasakan Idris sudah lupa bahawa 
sebenarnya yang mewujudkan IPTA itu adalah kerajaan Pusat, bukannya 
kerajaan negeri. Kalau nak kira negeri, semasa pemerintahan PAS 
sebelum inipun banyak sekolah-sekolah rendah dan menengah yang 
dibina oleh kementerian. Tapi mungkin sudah menjadi tabiat Idris 
berucap di mana-mana termasuk di kampung-kampung, itulah yang selalu 
dijajanya. 

Padahal pada majlis itu, yang hadir bukan sekadar ibu bapa dari 
pedalaman tetapi juga pegawai-pegawai jabatan pelajaran. Mungkin 
baginya, standard hadirin pada majlis itu sama taraf dengan pengundi 
BN di pedalaman. Begitu juga apabila menyuruh hadirin melaungkan 
`bestari' setelah dia sendiri yang melaungkan `Terengganu', macamlah 
majlis itu anjuran Umno atau BN negeri. 

Tidak cukup dengan itu, Idris yang begitu ghairah mahu menunjukkan 
bahawa lebih banyak universiti akan diwujudkan di negerinya. Saya 
kira beliau juga tersasul apabila mengisytiharkan Kustem akan 
ditukar nama kepada Universiti Malaysia Terengganu. Katanya, perkara 
itu akan digazetkan tidak lama lagi. 

"Dulu nak sebutir, payah," ujarnya seolah-olah memperlekeh 
kepemimpin kerajaan negeri di bawah BN terdahulu. Walaupun rakyat 
tahu bahawa pemimpin terdahulu, pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar, 
kerajaan negeri menubuhkan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) 
dan Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) tetapi tidaklah 
seheboh Idris mencanangnya kepada rakyat. Anehnya, Idris pula 
`menjual' Kusza kepada kerajaan Pusat dan tinggallah Kusza sebagai 
kampus UDM. 

Seperkara lagi, saya terdengar para pelajar terutama sekolah rendah 
yang tertanya-tanya bagaimana memulakan ucapan. Ini kerana Idris 
selepas mengucapkan salam, terus menceritakan dia berjumpa dengan 
rakannya dari Jerman di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia 
langsung tidak menyebut pengerusi majlis termasuk jemputan utama 
seperti Rektor Kustem, Dato' Dr Sulaiman Md Yassin dan Pengarah 
Pelajaran negeri, Haji Draman Muda. 

Saya tak tahu sama ada itulah cara dia berucap pada majlis rasmi 
atau bersyarah di kampung-kampung yang langsung tidak mengikut 
protokol. Maknanya kalau pelajar mahu membuat karangan berbentuk 
ucapan, cara Idris sememangnya langsung tidak boleh dijadikan 
contoh. Bagi saya, ucapan Idris itu sedikitpun tidak mengandungi 
semangat hadhari apatah lagi bestari, mungkin sesuai kalau dikatakan 
sebagai BESuT mARI. 

Kepada pihak jabatan pelajaran negeri, kalau setakat untuk `memaksa' 
hadirin mendengar ucapan sebegitu daripada seorang menteri besar, 
tak payahlah. Ini kerana tidak sepadan dengan saya dan rakan-rakan 
yang datang dari Kemaman, Dungun dan Besut, yang memandu lebih 100 
kilometer. 

Ucapan daripada wakil pelajar, Rabiatul Adawiah A Basir dan wakil 
PIBG, Mohd Omar Abd Rahman lebih bertenaga daripada ucapan Idris. 
Untuk masa lain, saya rasa cukuplah dengan ucapan daripada pengarah 
pelajaran sahaja, atau mungkin juga Exco pendidikan, Dato' Dr Abdul 
Latif Awang. - lanh
 









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke