| Kemajuan Ekonomi: PKR kesal PM bohongi rakyat |
Oleh Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 3 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikritik hebat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana disifatkan tidak bercakap benar apabila memberi gambaran tentang keadaan ekonomi negara.
Berucap membentangkan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR ke-3, di sebuah hotel, dekat sini, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan PM sebagai membohongi rakyat kerana mendakwa kononnya negara telah mengecapi pemacuan ekonomi yang berkesan sedangkan ekonomi negara masih belum mampu bangkit
sejak berlaku krisis kewangan pada 1997.
"Perdana Menteri kelihatan terus membohongi rakyat dalam setiap ucapan beliau kononnya Malaysia telah bebas dari belenggu kewangan apabila ekonomi negara mencatat keuntungan yang besar. Sedangkan pada hakikatnya, kita ketinggalan jauh berbanding pendapatan perkapita," tegasnya tatkala membentangkan ucapan dasar bertemakan 'Masa Untuk Berubah'.
Malah Malaysia, jelasnya, gagal untuk bangkit bersaing dengan negara-negara lain di rantau Asia seperti Korea Selatan, Taiwan, China dan India.
Menurut Azizah, laporan Pembangunan Manusia (Human Development Report) dua tahun lalu menunjukkan Malaysia mempunyai jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang paling lebar berbanding negara-negara seratau.
Jelas beliau, nisbah perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia adalah 22.1 peratus berbanding Singapura (17.7 peratus),
Filipina (16.5 peratus), Thailand (13.4 peratus) dan Indonesia (7.8 peratus).
"Kadang-kadang kita terasa malu dengan peningkatan sektor ekonomi negara serantau (berbanding negara ini)," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Justeru itu, PKR jelasnya, telah merangka pelan Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang mampu menjadi alternatif kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan BN yang ternyata gagal mencapai matlamat yang digariskan lebih 30 tahun lalu.
Menurut beliau, DEB bukan sahaja gagal meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu bahkan tidak releven untuk menjadi pemangkin dalam menjana ekonomi negara keseluruhannya.
Sehbungan itu, beliau yakin AEB akan menjadi alternatif kepada rakyat miskin yang mengharapkan pembelaan tanpa mengira kaum dan agama dengan memperkenalkan konsep 'Kepedulian Rakyat' dan 'Ekonomi Yang Manusiawi'.
Hadir sama dalam
majlis perasmian Kongres PKR ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar dan wakil-wakil parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO)./tajdid
***************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
