Fri | Sep 01, 06 | 10:50:21 AM 
Oleh Raja Yatim Mustafa Raja Aldin  
suara dan kehebatan Khairy Jamaluddin terserlah kebelakangan ini. 
Pada dasarnya kita memang mengalu-alukan penyertaan Khairy ke 
gelanggang politik. Sebenarnya Khairy adalah antara insan yang 
paling bertuah kerana dapat mencapai kemuncak dengan begitu cepat. 

Walaupun ada cakap-cakap yang berkata penyertaan Khairy ke dalam 
Pemuda UMNO pada tahun 2004 adalah kerana kalibernya dan bukan atas 
tiket menantu Perdana Menteri, pada saya itu semua adalah cakap 
berlapik orang politik yang tidak mahu menyinggung perasaan 
ketuanya. 

Kebelakangan ini kehebatan anak muda Rembau ini semakin menyerlah. 
Setelah menang tanpa bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, 
beliau aktif mempromosikan pasukan bola sepak My Team yang 
berkesudahan menimbulkan kontroversi. 

Kemudian penglibatan beliau secara mendadak ke dunia perniagaan 
apabila ditawarkan saham dan diberi pula pinjaman wang oleh si 
penjual saham sebuah syarikat yang berprofail tinggi di kalangan 
ahli korporat negara, juga berakhir dengan masalah di mana beliau 
terpaksa menanggung kerugian akibat dari penjualan semula saham yang 
dimiliki. 

Apabila beliau berkawan baik dengan Jason Lo(seorang artis) beliau 
mula berkenalan dan bersahabat pula dengan rakan-rakan artis. Juga 
menimbulkan gosip kerana beliau sendiri yang mendedahkan diri dengan 
gosip. Cerita gosip Khairy dengan Maya Karin sebenarnya telah lama 
reda dari bualan orang artis dan politik sebenarnya. Entah macam 
mana secara tiba-tiba beliau sendiri mengungkitkan hubungan beliau 
dengan Maya Karin sedangkan orang ramai sudah mula lupa cerita 
tersebut. Sekali lagi masalah timbul. 

Apabila diberi peluang membuat "road show" politiknya, dengan bangga 
beliau berkata pada musim persidangan kali ini beliau akan 
merasmikan 30 mesyuarat Pemuda UMNO bahagian-bahagian di seluruh 
negara. Platform ini beliau gunakan untuk menjawab dan menangkis 
serangan Tun Mahathir terhadap beliau. Tetapi beliau lupa bahawa 
beliau berdebat dengan seorang negarawan yang tinggi falsafah 
politiknya. Akibatnya terduduk diam Khairy kerana kurang strategi 
dan pengalaman berpolitik. 

Tukar lagi stategi kali ini dengan mengungkitkan perpaduan dalam BN 
dengan orang Cina akan mengambil kesempatan akibat masalah dalaman 
UMNO. Persoalan utamanya siapakah yang memberi masalah kepada UMNO 
sekarang ini?. Sekali lagi beliau gagal untuk mendapatkan sokongan. 
Akibatnya tidak tentu pasal Ketua Pemuda UMNO pula yang tolong 
menjawab bagi pihak Khairy. 

Yang tebaru serangan balas MCA semasa perhimpunan agung parti itu 
jelas hebat kerana hampir semua pembahas usul semasa persidangan 
Pemuda MCA mengecam Khairy. Sekali lagi beliau gagal untuk berbaik-
baik dengan rakan komponen BN. 

Sebagai seorang veteran dalam UMNO dan Khairy saya anggap seperti 
anak, saya nasihatkan beliau agar berehat sebentar dalam politik 
untuk meredakan keadaan. Saya sudah 33 tahun menjadi ahli UMNO dan 
baru kali ini saya melihat seorang anak muda yang berjiwa besar, 
tetapi gagal dalam gelanggang politik kerana kurang pengalaman. 

Walaupun Khairy mempunyai back up yang sangat kuat iaitu sebagai 
menantu kepada Presiden UMNO, tetapi perlu diingat itu bukan batu 
loncatan untuk mencapai cita-cita besar dalam politik. 

Serang balas Pemuda MCA sebenarnya satu semboyan yang perlu Khairy 
fikirkan semasak-masaknya. Sebenarnya kritikan dan cemuhan yang 
dikeluarkan oleh MCA itu juga terdapat dikalangan ahli UMNO sendiri 
cuma tidak kesampaian untuk disampaikan kerana mengenangkan status 
anda sebagai menantu kepada Perdana Menteri. Ahli UMNO masih 
berpegang pada adap sopan berpolitik dan tidak sesekali mengkhianati 
pemimpin. Mereka sebenarnya membayangkan Pak Lah dibelakang Khairy 
yang menyebabkan kritikan kepada Khairy disejukkan sementara waktu. 

Akan tetapi orang Melayu juga terkenal dengan sifat pantang dicabar. 
Kesabaran seseorang itu pula ada hadnya dan sampai satu ketika akan 
memuncak letupannya bila sampai waktunya. 

Dalam menikmati dan diulit kedudukan sekuat ini, Khairy sebenarnya 
telah menonjolkan kepada umum bahawa beliau amat cetek pengalaman 
dalam berpolitik. Sanjungan dan penghargaan yang diberikan kepada 
anda sekarang ini boleh dipertikaikan sebenarnya. Khairy perlu 
berfikir secara matang dan terbuka bahawa anda sebenarnya telah 
mengundang lebih banyak musuh dari kawan sebenarnya. 

Kawan politik disekeliling anda sekarang amat mustahil untuk anda 
baca niat di hati mereka. Ada yang bertopeng sebagai kawan yang 
sebenarnya akan menjahanamkan karier politik anda. Yang anda sangka 
lawan anda itulah sebenarnya yang sayangkan anda kerana mereka 
memberi nasihat dan komen dengan hati yang ikhlas dan juga 
berdasarkan pengalaman. 

Jika anda kaji semula penyertaan anda dalam politik nasional pada 
tahun 2004, ada banyak persoalan yang belum terungkai sehingga kini. 
Mengapa calon yang lebih berwibawa tiba-tiba memberi laluan mudah 
kepada anda untuk menang tanpa bertanding? 

Tidakkah Khairy terfikir mereka itu juga mempunyai cita-cita politik 
seperti Khairy? Tidakkah juga Khairy terfikir jika tiada lagi Pak 
Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bolehkah anda kekal 
kekudukan politik anda seperti sekarang?. Fikirkanlah. 

Kesimpulannya saya berpendapat buat masa sekarang ini Khairy perlu 
kurangkan bercakap dan berehat seketika dalam politik. Mungkin agak 
keterlaluan saya yang sudah tua dalam UMNO ini berkata bahawa 
masalah Pak Lah sekarang adalah kerana masalah yang dibawa oleh 
anda. Saya amat mengenali peribadi Pak Lah. 

Sekarang ini sebenarnya Pak Lah sedang sibuk menyelesaikan masalah 
yang bukan ditimbulkan oleh beliau. Pantai Holding dan ECM-Libra 
sudah cukup memeningkan kepala Pak Lah. 

Kepada Khairy, jika anda sayangkan bapa mertua anda, berundurlah 
dari politik. Sengsara dan beban yang ditanggung oleh Pak Lah adalah 
ciptaan anda. Saya percaya Pak Lah akan lebih menghormati anda jika 
anda tidak lagi aktif dalam politik. 

 









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke