TV Malaysia bankrap idea - Teras
Mon | Sep 04, 06 | 07:19:24 PM
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Hrkh) - Radio Televisyen Malaysia (RTM) dianggap sudah bankrap idea apabila menyiarkan rancangan hiburan 'Mawi...', '...Ina' secara langsung dengan kerjasama Astro yang pada dasarnya menjurus kepada masalah peribadi artis berkenaan, demikian menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mohd Azmi berkata, beliau kesal dan terkejut dengan tindakan RTM yang turut terlibat dalam penyiaran rancangan hiburan itu yang jelas keutamaannya tidak ada sama sekali.

Jelasnya, RTM merupakan saluran rasmi kerajaan dan hak awam sudah pasti akan melibatkan peruntukan negara.

"Program itu tentunya menghabiskan duit begitu sahaja, RTM pun tidak memikirkan manfaat rancangan tersebut kepada umum sebaliknya hanya untuk mendapat 'rating' tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, langkah menyiarkan program seperti itu menunjukkan kerajaan  seolah-olah tidak ada benda yang bermakna dan penting daripada dua selebriti itu.

"Isu masalah rakyat dan rancangan-rancangan yang membina minda rakyat menjelang hari kemerdekaan sepatutnya disiarkan tetapi ia tidak dihidangkan kepada penonton,"katanya.

Beliau meminta agar Perdana Menteri menegur dan menjelaskan polisi sebenar serta kriteria-kriteria yang digunakan oleh RTM dalam menyiarkan rancangan untuk rakyatnya.

"Kenapa pemikiran RTM begitu rendah dan sanggup berlumba-lumba melibatkan diri mendapatkan penonton, ini memalukan orang Melayu di mana dalam masa yang sama kita juga menyebut soal modal insan," tegasnya.

Selain itu, TV3 juga turut kehilangan idea kerana menyiarkan perkahwinan selebriti dan rancangan itu dianggap ditiru daripada Barat yang saban hari menyiarkan perjalanan hidup artis mereka.

"TV kita sudah sampai ke peringkat memomokkan budaya Barat yang tidak tahu apa sebenarnya yang dikehendaki mereka," katanya.

*******************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke