salaam..
saya rasa ada betulnya jgk kata en redzuan tu....saya kesal apabila mendapati ada juga mahasiswa yang berfikiran lembab cmtu...saya juga mahasiswa juga...rata2 mahasiswa yang pro Umno yang saya kenal masa saya jd mahasiswa dulu, faham akan keadaan unmno tu sendri...diorg ni tak byk ckp...diam je...sbb diorg ni pro umno sbb mak bapak diorg umno...so dia terpaksalah umno gk..padahal diorg tahu umno ni cmne sebenarnye...tapi pelik gk yang sorg ni..yang lembab ni...saya rasa dia yang sorng ni...baru bukak mate, bukak internet smalam dan jga kelmarin dulu...jd tak mengapalah jikalu dia merapu sedikit...mgkin dia mamai lagi...sekian...

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Wed | Aug 30, 06 | 10:50:25 AM
Oleh Taraknama
Beberapa hari lepas saya ada membaca surat khabar Utusan Melayu dan
di ruangan forom ada satu tulisan daripada seorang penuntut
Universiti yang menyatakan akan kekeliruannya dengan parti PAS.
Walaupun saya tahu tujuan sebenar suratkhabar Utusan Melayu nie
mengeluarkan artikel tersebut adalah untuk menghentam PAS dan
memberikan kecelaruan dalam pemikiran rakyat malaysia. Sungguh
malang saya rasakan kerana ia di tulis oleh seorang yang dianggap
terpelajar walaupun hakikatnya bagi saya dia ini bukanlah orang yang
berpelajaran.

Seorang pelajar universiti yang tidak membuat 'homework' sebelum
mengeluarkan tulisan yang tiada fakta amat menyedihkan. PAS tidak
pernah mengeluarkan kenyataan menjadi kafir apabila menjadi ahli
UMNO.

Perkataan kafir itu sendiri boleh memberi berbagai-bagai tafsiran
tertakluk kepada balaghah bahasa Arab. Kafir di sini bukan bermakna
terkeluar dari Islam. Sebaliknya kafir di sini menunjukkan kafir
dari segi sifat.

Saya ambil contoh hadis sahih Rasulullah yang bermaksud "Sesiapa
yang meninggalkan solah dengan sengaja, maka dia adalah kafir yang
nyata". Kafir dalam hadis ini ulama menafsirkan sifat kekafiran yang
nyata. Tidaklah membawa makna ianya terkeluar dari Islam. Matinya
perlu diuruskan seperti jenazah orang Islam lainnya. Tetapi sifat
meninggalkan solah itu membawa kepada sifat kafir yang nyata.

Bagaimanapun harus diingat, kata-kata Rasulullah adalah benar.
Sekiranya Allah membenarkan perkataan Rasulullah tadi, kita akan
dilihat Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah.

Sama juga orang yang mendokong prinsip-prinsip UMNO, ditakuti
menjadi kafir di sisi Allah walaupun kita masih tidak mengatakannya
kafir secara jelas. Sifat kekafiran ini bukan terletak kepada
berbaik-baik dengan orang kafir tetapi bertolak ansur dengan mereka
sehingga sanggup mengorbankan prinsip-prinsip Islam.

Tidak ada salahnya berbaik-baik dengan orang kafir, malah ianya
dianjurkan oleh Islam, tetapi bukan sehingga mengabaikan tuntutan
Islam demi menjaga persahabatan tersebut.

Mengenai pengharaman kaum wanita dari menjadi wakil rakyat, bukanlah
ianya haram mutlak. Haramnya bersebab. Pada suatu ketika dahulu
keadaan amat meruncing sehingga adanya tangkapan ISA, sebab itulah
ianya diharamkan menurut ijmak ulama. Sekarang ini keadaannya sudah
kembali stabil maka hukum tadi telah dimansuhkan.

Perkara seumpama tadi boleh dilihat dengan mengambil kira keadaan
seorang isteri yang bekerja. Seorang isteri itu dibenarkan bekerja.
Namun apabila keadaan rumahtangganya tidak terurus maka hukum dia
bekerja adalah haram.

PAS tidak pernah mengutuk Dr Mahathir sebagai firaun. Kata-kata
tersebut dihamburkan oleh orang UMNO yang pro-Anwar. Pemerintahan
Mahathir memang zalim. PAS tidak pernah menjemput Dr Mahathir di
majlis-majlis anjurannya.

PAS tidak pernah mempergunakan Al-Quran dan Al-Hadis untuk
kepentingan politik. Sebaliknya menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis
untuk memperkemaskan politik PAS agar sejajar dengan tuntutan
keduanya.

Petikan dari Utusan Malaysia

Surat terbuka buat pemimpin PAS

Saya mahasiswa di universiti tempatan ingin memberikan sedikit
teguran kepada pemimpin Pas. Jika kita imbau perjuangan P pada masa
lampau, para pemimpinnya selalu mengatakan bahawa haram dan kafir
menjadi ahli UMNO. Hujah mereka ialah UMNO berbaik-baik dengan MIC
dan MCA serta tidak melaksanakan hudud.

Mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang benar dan mereka
memperjuangkan hudud di Malaysia. Tapi kini mereka juga berbaik-baik
dengan bukan Islam.

Jika benar mereka sudah berbaik-baik dengan bukan Islam, adakah PAS
kini juga menjadi kafir? Itu yang menjadi persoalannya, atau mungkin
Pas boleh mengubah hukum Islam jika mereka ada kepentingan politik?

Persoalan lain, mengapa pada suatu ketika dahulu PAS mengatakan
wanita tidak boleh menjadi calon pilihan raya, tapi mereka juga
meletakkan calon wanita pada pilihan raya 2004. Adakah al-Quran
telah berubah? Kekalahan besar PAS pada pilihan raya 2004 mungkin
disebabkan mereka mempermainkan hukum Islam.

Pada tahun 1999, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan
Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin PAS sebulat suara mengutuk
Tun Dr. Mahathir dan menuduh Dr. Mahathir sebagai firaun. Pemimpin
Pas selalu mendakwa Mahathir adalah pemimpin yang teruk. Tapi kini,
pada tahun 2006, mengapa PAS menjemput Mahathir ke majlis-majlis
yang dianjurkan bersama oleh PAS?

Adakah Pas kini juga adalah pengikut firaun?

Wahai pemimpin Pas, janganlah anda mempermainkan al-Quran dan sunah
untuk tujuan politik.

ZAKI KELATE





jazakumullahu khairan katsira



Best Regards,

Muhammad Faizal Bin Lokmannul Hakim
Patent Examiner
Engineering Department
Malaysia Intelectual Properties Office
Aras 10, 27, 30, 31 & 32,
Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.
[EMAIL PROTECTED]


How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone call rates. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke