Perdana Menteri tidak dihormati anggota kabinet?
Thu | Sep 07, 06 | 05:16:42 PM
Oleh Harakahdaily
KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) - Apa reaksi anda apabila diberitahu Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertelagah di depan Perdana Menteri ketika mendengar taklimat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

Dan lebih mengejutkan lagi sejurus selepas mendengar ucapan Ketua Umno Bahagian Tanjung, Dato' Ahmad Ibnihajar ketika merasmikan bangunan itu, tiba-tiba Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan semua agensi berkaitan penyertaan Bumiputera di Pulau Pinang dirombak.

Namun, lebih menggemparkan lagi apabila kadar saman yang diturunkan oleh polis sehingga 70 peratus tiba-tiba dipertikaikan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Chan Kong Choy.

Tidakkah Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan polis diterajui sendiri Abdullah. Maka bagi pemerhati politik, situasi itulah yang lebih mengejutkan apabila ada menteri lain seperti mencurigai bidang kuasa Perdana Menteri.

Bagi penyelidik bidang politik di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Haji Mohamad Hussin perkembangan yang berlaku mutakhir ini cukup merisaukan kerana kewibawaan Perdana Menteri seolah-olah dipertikaikan.

"Sebelum ini kita jarang sangat mendengar ada pertelingkahan pendapat di depan orang ramai di antara menteri kabinet dan ketua menteri pada majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri."

"Ini menggambarkan seperti tidak ada lagi rasa hormat di kalangan menteri kabinet kepada ketua negara yang ada sekarang," katanya di sini.

Pendapat itu turut disokong bekas pendidik, Zamzuri Mat Lazim yang mahu personaliti kepemimpinan negara benar-benar seorang berwibawa, sekiranya kestabilan yang ada sekarang mahu dikekalkan.

Bagaimanapun katanya, perkembangan dalam negara yang berlaku sekarang mengusarkan sekiranya turut diketahui rakyat negara lain kerana sebelum ini mereka cukup menghormati Malaysia.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sikap suka berdiam diri dan banyak tidak tahu yang dipamerkan Perdana Menteri menyebabkan negara ini tidak lagi dihormati di pentas dunia.

"Sebagai seorang ahli politik saya cukup bimbang dengan perkembangan dalam negara yang berlaku sekarang. Sedangkan sebelum ini ketika negara dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia dikenali sebagai jurucakap dunia ketiga dan negara membangun."

"Sekarang apa lagi yang ada hendak dibanggakan. Sebagai pengerusi Pergerakan Negara Berkecuali yang dianggotai 116 negara, Malaysia kurang lagi bergerak aktif tidak sebagaimana ketika baru menerajui jawatan itu pada 2003," katanya yang juga Penyelia Parlimen Kuala Krai.

Begitu juga peranan sebagai pengerusi Negara Persidangan Islam (OIC) sudah tidak mampu memperlihat kewibawaan sebenar kerana lambat bertindak bagi membantu negara anggota yang ditimpa bencana.

Sebaliknya, pihak lain pula lebih awal muncul membantu misalnya ketika peperangan melanda Lubnan baru-baru ini. OIC hanya mengadakan sidang tergempar selepas ramai rakyat Lubnan menjadi mangsa kerangkusan rejim haram Yahudi Israel.

Bagaimanapun ada penganalisis politik dengan sinis menyebut dengan sikap terbuka Perdana Menteri sekarang ia memberi ruang kepada anggota Parlimen BN menghentam pegawai kanan kerajaan dan menteri bertelagah sesama sendiri.

*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke