Kelantan anjur karnival sukan wanita
Thu | Sep 07, 06 | 06:56:44 PM
Oleh Rizal Tahir KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) – Apakah Islam menghalang wanitanya terbabit dalam lapangan sukan. Sebenarnya tidak, selagi batas-batas agama dapat dijaga dan permainannya tidak melanggar syariat.

Mengambil kira aspek tersebut kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan akan menganjurkan Karnival Sukan Wanita Kelantan pada 15 dan 16 September ini bertempat di Putik, Pengkalan Chepa.

Penolong Pengarah Sukan, Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Mohd Ridza Zain berkata, karnival sukan itu mengambarkan kerajaan negeri tidak pernah mengenepikan peranan wanita dalam bidang sukan.

"Kerajaan Negeri tidak pernah mengenepikan peranan wanita. Karnival ini juga diharap dapat memperkembangkan lagi kegiatan sukan untuk golongan wanita di negeri ini,” katanya di sini.

Menurutnya, wanita Kelantan yang terkenal dengan sifat gigihnya dalam pelbagai bidang akan turut cemerlang dalam lapangan sukan sekiranya diberi peluang.

Karnival itu terbuka kepada wanita dan mereka yang berminat boleh menghubungi Nisa' di kawasan masing-masing. Penonton juga hanya dibenarkan di kalangan wanita. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu  badminton, bola jaring dan bola tampar.

Perasmiannya akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood.

***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke