ImageCADANGAN... "Kita cadangkan
kaedah menggunakan dakwat untuk celup jari mereka yang telah mengundi" kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, ketika mengadakan sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu di Markas PAS Taman Melewar hari ini (10 September). Foto Wan Zahari Salleh


Guna dakwat untuk celup jari, PAS kecam dolak-dalih SPR
Sun | Sep 10, 06 | 03:21:18 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - PAS hari ini secara terbuka mengecam sikap dolak-dalih Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mempertimbangkan cadangan PAS supaya menggunakan kaedah celup jari dengan menggunakan dakwat ke atas pengundi yang telah membuang undi.

"Kita cadangkan kaedah menggunakan dakwat untuk celup jari mereka yang telah mengundi.Tetapi kita kesal SPR termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat kenyataan yang antaranya menunjukkan sikap dolak-dalih.Sebagai contoh kita dapat maklumat dan ianya disahkan oleh DAP bila DAP jumpa SPR, SPR kata PAS tak terima cadangan celup jari," kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu di Markas PAS Taman Melewar hari ini. Beliau turut ditemani Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, SPR telah memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh PAS tidak menerima cadangan celup jari yang dikatakan bercanggah dengan Islam dalam pertemuan dengan DAP.

Islam tidak haramkan celup jari
"Dalam perjumpaan itu beliau (Pengerusi SPR) berkata, ada golongan Islam di India mengharamkan celup jari ini.PAS tidak pernah menyatakan demikian kerana sebagai contoh orang Islam di India mengundi dengan guna kaedah ini, dan beberapa buah negara Islam seperti Mesir dan Yaman adakan kaedah ini.Indonesia juga buat untuk elak penipuan," katanya.

Kenyataan Pengerusi SPR itu nyata bercanggah dengan kenyataan dan tuntutan PAS dalam satu pertemuan pada 7 September lalu bagi memastikan demokrasi di negara ini dipulihkan, katanya.

PAS mencadangkan penambahbaikan proses pilihan raya antaranya penggunaan dakwat untuk memastikan penipuan yang sering berlaku dalam pilihan raya tidak berulang kembali, katanya

PAS dalam satu cadangan yang dibawa dalam satu pertemuan dengan SPR pada 7 September lalu mendesak supaya SPR menghapuskan sistem undi pos, menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat kepada pengundi yang telah membuang undi dan memastikan warganegara yang genap 21 tahun secara automatik menjadi pengundi berdaftar, kata Tuan Guru Abdul Hadi.

Menurutnya, cadangan itu telah dibawa oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam pertemuan pada 7 September lalu melalui satu badan khas yang ditubuhkan PAS iaitu Badan Penggerak Demokrasi (BAP).

Meskipun kesal dengan kenyataan Abdul Rashid itu, PAS bagaimanapun akan terus menuntut SPR menerima cadangan PAS itu yang turut dipersetujui parti pembangkang lain seperti KeADILan dan DAP.

"Kita ada bertemu dan berbincang dengan DAP, dan pembangkang lain untuk sama-sama memastikan usaha memulihkan demokrasi dijalankan.Mereka telah bersetuju untuk perkara itu dalam satu perbincangan di Petaling Jaya baru-baru ini," katanya lagi.

Sehingga kini, PAS masih meneruskan usaha memulihkan demokrasi dalam negara ini yang pincang perjalanannya kerana ditempangkan oleh kerajaan yang memerintah hari ini, katanya.

BPD serah memorandum kepada SPR
Terdahulu sebelum ini BPD yang dipimpin oleh Mohamad Sabu menuntut tiga perkara dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Pengerusi SPR ketika satu dialog di ibu pejabat SPR, Putrajaya.

Kata Mohamad, tuntutan tersebut perlu disegerakan kerana ia sebagai satu mekanisme bagi mewujudkan satu pilihan raya yang lebih adil dan bersih di negara ini.

"Pilihan raya yang penuh dengan amalan kotor dan penipuan bukankan satu pilihan raya dalam erti kata yang sebenar meskipun ia diadakan dari semasa ke semasa," katanya kepada Harakahdaily selepas majlis dialog.

Mengulas mengenai rakyat yang berumur 21 tahun secara automatik menjadi pengundi, katanya ia akan menjamin sikap bertanggungjawab rakyat dalam menentukan arah dan masa depan kepimpinan negara ini.

Manakala penggunaan dakwat sebagaimana digunakan banyak negara katanya, sebagai satu mekanisme paling berkesan dan murah bagi mengatasi masalah penyamaran atau fenomena pengundi hantu.

Bagi tuntutan penghapusan pengundian pos beliau berkata, kemudahan teknologi moden sekarang pastinya tidak ada sebarang masalah untuk menghapusnya.

Delegasi tersebut disertai tujuh ahli antaranya, Setiausaha Eksekutif BPD, Anuar Tahir; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman dan peguam, Hanipa Maidin.

Ubah seluruhnya?
Dalam pada itu Rashid, yang ditemui selepas itu berkata, masalah yang terlibat dalam tuntutan BPD akan dikaji.Namun katanya, apa yang dikemukakan BPD adalah perkara yang boleh dilihat sebagai prosedur saja.

"Ia tidak melibatkan sistem pilihan raya kerana yang penting bagi SPR ialah kita lihat semula seluruh sistem pilihan raya.

"Jadi saya bagi nasihat kepada kumpulan itu yang mahukan satu pilihan raya yang lebih adil, lebih bebas dan itu menjuruskan kepada sistem pilihan raya keseluruhannya.

"Saya bagi sedikit gambaran macam mana sistem itu boleh diubah, kalau kita nak ubah prosedur sikit sana, sikit situ, ini tidak mengubah sistem keseluruhannya dan tidak membawa kepada satu keadaan di mana pilihan raya itu begitu bebas, adil dan demokratik," katanya. - mks.

*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke