Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Saya tertarik dengan artikel yang disediakan oleh saudara kita berkenaan dengan sejarah dan makna lambang bendera negara kita. Cuma saya ingin mengemukakan sedikit pendapat saya berdasarkan pengamatan saya terhadap bendera negara kita dan tambahan kepada artikel yang ditulis.
Pertamanya, bila sekali dipandang akan bentuk (selain bulan dan bintang) bendera negara kita, yang terlintas di hati saya adalah bendera Amerika Syarikat. Benarlah, penjajah tidak akan dengan sewenang-wenangnya memerdekakan negara yang dijajah melainkan meninggalkan kesan penjajahan samada yang tersirat atau tersurat. Yang membezakan bendera negara Malaysia dan Amerika adalah bulan dan bintang tetapi yang lainnya masih 'dijajah' oleh barat. Saban tahun rakyat malaysia memuja hasil penjajahan barat pada setiap malam menjelang malam kemerdekaan. Benarlah hanya bulan dan bintang yang masih belum dijajah manakala yang lainnya (pemikiran) masih terikutkan agenda penjajah sehingga ke hari ini. Keduanya, saya tertarik dengan tulisan saudara berkenaan dengan sejarah penciptaan bendera negara kita yang dibuat dalam keadaan 'aman' di mana di adakan pertandingan untuk mencipta bendera negara kita. Samada kita sedar atau tidak kemananan negara pada ketika itu adalah kesan daripada tindakan daripada pihak penjajah yang menangkap, mengambil tindakan dan memerangi golongan yang dikenali sebagai golongan kiri yang menentang mereka. Hasilnya orang Melayu ketika itu tidak berani untuk menentang mereka secara terbuka dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin melayu termasuk Tuanku Abdul Rahman telah diterima oleh pihak penjajah ke arah mencapai kemerdekaan. Terlalu panjang untuk nak diceritakan berkenaan dengan sejarah tersebut, cumanya saya ingin menjelaskan bahawa keadaan 'aman' seperti yang disebutkan oleh penulis bukanlah aman dalam ertikata yang sebenarnya kerana ada juga pejuang melayu termasuk alim ulama yang berjuang dan sanggup berperang menentang penjajah tetapi sejarah negara kita tidak mengabadikan diri mereka sebagai pejuang kemerdekaan negara kita pada ketika itu. Bukan niat saya untuk memburukkan bendera negara sendiri cuma sekadar berkongsi pendapat dan harap diperbetulkan kiranya ada kesilapan. Terima kasih. Rosham ----- Original Message ----- From: Radio, Malaya Date: Friday, September 1, 2006 8:06 am Subject: Boycott Israel [hidayahnet] SN85 : BENDERA KITA > BENDERA KITA > > Merdeka! Merdeka! Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 > bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan > dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh > kegemilangan, melambangkan kewujudan sebuah negara bangsa yang > selama ini menjadi agenda perjuangan. Beribu-ribu rakyat dari > pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta kakitangan British > menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh kebanggaan. Masyarakat > Tanah Melayu bangga kerana mendapat sebuah kemerdekaan, British > pula bangga kerana dapat secara rasminya, memecahkan sekelompok > lagi dari umat Islam berdasarkan racun yang telah mereka tanam, > assabiyyah dan wathaniyyah. Bermula dari tarikh 31 Ogos 1957 > hinggalah ke hari ini, saban tahun masyarakat Malaysia berpesta > menyaksikan upacara penaikan bendera, sempena mengingati tarikh > keramat tersebut. > > Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia > Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga > emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi mungkin sebahagian > besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera > Malaysia boleh wujud. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah > Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana > sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk > menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera > Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat > kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah > Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis > Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan > telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah > terpilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang > keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 > bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan > rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah > lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang > tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan > Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. > > Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan > pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu > telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang > disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai > memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan > seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad bin Hamzah. > Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat > perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. > Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan > usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara > seperti berikut: > > That in the opinion of this Council the Flag of the Federation > of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes > alternately red and white in colour, the uppermost stripe being > red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star > in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six > feet by three feet. (Pada pandangan majlis ini, bendera > Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:-Sebelas jalur > berbelang putih dan merah. Jalur teratas adalah merah dengan sudut > berwarna biru yang mengandungi bulan sabit serta bintang pecah > sebelas berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki kali > tiga kaki). > > Samada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis > (atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal > keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu yang > begitu aman di bawah naungan British!! Dalam keadaan negara > sedang dijajah, pertandingan mencipta bendera masih boleh > dilakukan. Akhbar pula dengan aman boleh melakukan pungutan suara > dan masyarakat juga secara aman boleh memberikan pandangan masing- > masing. Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di manakah > pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah pemberontakan, di manakah > peperangan? Bukankah kita sepatutnya menyaksikan satu > pertempuran sedang berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah > semua itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah > kenikmatan walaupun tanpa sebuah kemerdekaan. > > Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara rasminya bahawa > rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah > mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. (King George > VI atau nama penuhnya Albert Frederick Arthur George Windsor > merupakan Raja yang memerintah United Kingdom of Great Britain > pada waktu itu sehingga kematiannya pada tahun 1952). Pertama kali > Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu > majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya > Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan > Selangor dengandihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai > King George Vl. > > Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan > Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. > Sebelum itu, satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang > pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa rekabentuk > Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan > Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan > bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi > Persekutuan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah daripada > Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 > terus dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah > dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan > lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963. Pada malam 31 Ogos 1997 > sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka, > Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada > masa itu telah memberi nama baru kepada Bendera Malaysia iaitu > Jalur Gemilang. > > Wahai kaum Muslimin! Itulah hakikat sejarah kewujudan dan > perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat Malaysia dipaksa > untuk berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi setiap kali > menjelang kemerdekaan, lain halnya dengan bendera di mana rakyat > dituntut untuk berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku, > pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan hati yang > bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi, adakah kalian > berbangga dengan bendera Malaysia yang diluluskan pemakaiannya > oleh British? Tidakkah kalian nampak bahawa negara British yang > kafir itu tidak akan melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman > mereka? Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara > berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat, penerapan > undang-undang, sistem dan sebagainya. Sehingga persoalan bendera > yang sebenarnya merupakan salah satu syiar Islam pun ditentukan > oleh mereka. Di lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah > tentang mereka, > > Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu > sehinggalah kamu mengikuti milah mereka [TMQ al-Baqarah (2):120]. > > Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam > Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di > dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau > sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan > membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya adakah Negara Islam > pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu > alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, > bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum > pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum > Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam > adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. > Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan > dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah > ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah > jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera > Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan > si kafir penjajah. Mereka berjaya > membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera > Islam yang sebenarnya. > > Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa) dan juga > panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh > Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah > Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, > bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut alam. Mengikut > Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-alam, > yang jamanya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan > dari akar kata lawiya bahawa al-liwa adalah al-alam, yang > jamanya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syari, syara > telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai > maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:- > > 1) Bendera (Liwa) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya > kalimah La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah dengan warna > hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, Bahawa > bendera Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam berwarna hitam, > sedangkan panji beliau warnanya putih. Riwayat Ibnu Abbas yang > lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, Bahawa pada bendera Nabi > Sallallahu alaihi wa Sallam. tertulis kalimat La ilaha illallah, > Muhammad Rasulullah. Semasa perang (jihad), bendera ini akan > dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan > menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang > menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af al) Nabi Sallallahu > alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa > pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih > bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, Bahawa Nabi Sallallahu > alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa) > berwarna putih. [HR Ibnu Majah]. > An-Nasai juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa > Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid > sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan > bendera (liwa) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri. > > 2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya > kalimah La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah dengan warna > putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada > kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada > Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya > adalah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, semasa menjadi > panglima perang di Khaibar, bersabda, Akubenar-benar akan > memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan > Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu > Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali. [HR Bukhari]. Saidina > Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak > sebagai ketua division ataupun regimen. > > Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, > Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu > alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu > Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan > di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu > aku bertanya: Ini panji-panjii apa? Mereka pun menjawab: (panji- > panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba > dari peperangan. > > Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, Aku datang ke > Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak > dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, > sementara Bilal ketika itu- tangannya sedang memegang pedang > dekat Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: > Ada apa dengan orang-orang itu? Mereka menjawab: Beliau > Sallallahu alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu > tempat. Maksud ungkapan terdapat banyak rayah (panji) hitam > menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh > para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, > iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasai, dari Anas, Bahawa > Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran > bersama Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam. Hadis-hadis di atas > dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa > itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu alaihi > wa Sallam. Nas-nas tersebut juga > menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa) di dalam > satu pasukan, tetapi > boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam > pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing. > > Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera > Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang > diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji > Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain > selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang > Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan > diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan para > sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana > mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di > kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang > menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan > geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan > kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada > pada bendera Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.....kalimah > LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH!. > > Bendera Sebagai Syiar Islam > Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. > Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta > hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu > untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai > peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan > rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya > ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan > negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera > Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang > mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan > bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan > bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan. > > Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam > ialah Perang Mutah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke- > 8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan > elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat > Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, Jika Zaid > gugur, maka Jafar bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, > jika Jafar gugur, maka > Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya. Pasukan pun > berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk > Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka > telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah > mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang > dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam > berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan > untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah. > > Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin > dan berkata dengan lantang dan berani, Wahai sekelompok kaum! > Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang > kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan > kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita > memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan > kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita > ada dua kebaikan; menang atau syahid. Kata-kata ini telah > membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh > keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka > terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mutah, di mana di > tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin > untuk dibayar dengan syurgaNya. > > Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan > 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika > difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat > yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dan dibantu olehNya > pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk > Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju > menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu > alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi > tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh > Jafar bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. > Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, > Jafar justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh > menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan > berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh > Jafar terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. > Bendera lalu disambar oleh > Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda > menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua- > dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya > menjerit, Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling > seseorang. Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid > bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang > kemudian terus mengetuai pasukan. > > Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan > awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa > bendera Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bendera yang > menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap > peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah > syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh > para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar- > benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum > Muslimin yang mulia sebagai syiar Islam. Bendera yang bagi setiap > orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam > setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian > wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan! > > Khatimah > Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera > kita, bendera Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, bendera > yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, > apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah > bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat > Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada > Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah > Sallallahu alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika > Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang > Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? > Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh > umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran > bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk > dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam > berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah > dibawa dan dijulang oleh para > pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu- > satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera > Negara Islam, bendera Daulah Islam!! > > Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di > seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan > kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. > Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para > pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan > dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum > Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum > berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya > ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan > dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan > kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah > telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali > meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan > megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan > pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh > berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari > yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita > benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah > Khilafah ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul > menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha > Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita > semua. Amin ya Rabbal alamin. > > > --------------------------------- > Get your email and more, right on the new Yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
