| Tahanan Guantanamo: PM akur kehendak Amerika? |
Oleh Harakahdaily
KOTA BHARU, 12 Sept (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri yang tidak melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan dua rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo disifatkan pelbagai pihak sebagai akur dengan kehendak Amerika Syarikat.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, reaksi yang diberi pemimpin negara berhubung isu penahanan dua rakyat Malaysia menampakkan seolah-olah mengikut apa sahaja yang dilakukan negara kuasa besar tersebut.
"Perdana Menteri seperti mengizinkan mereka ditahan
dan dibicarakan di negara tersebut," katanya ketika merasmikan Forum September 11, Konspirasi, Terorisma atau... di Balai Islam, malam tadi.
Forum tersebut dianjurkan kerajaan negeri dengan gabungan badan-badan bukan kerajaan di Kelantan. Gabungan itu dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof.
Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, George W Bush mendedahkan 14 suspek pengganas dipindahkan ke Guantanamo termasuk dua rakyat Malaysia iaitu Lillie @ Mohammed Nazir Lep dan Zubair.
Ketika memberi respon terhadap isu tersebut Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, kerajaan tidak berhasrat membawa pulang kedua-duanya untuk dibicarakan di sini memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang Amerika.
Husam berkata, sepatutnya Perdana Menteri tidak membuat kenyataan yang kelihatan lebih condong dengan kehendak Amerika yang menganggap dua rakyat Malaysia terbabit
sebagai pengganas.
Menyentuh mengenai laporan Charles Duelfer yang mengaitkan Abdullah dengan program pertukaran minyak untuk makanan di zaman Saddam Hussein katanya, dakwaan terbaru itu mungkin menyebabkan Perdana Menteri menjadi semakin tidak tenteram.
Laporan itu menyebut Saddam mengeluarkan baucer rahsia untuk pembelian minyak yang boleh dijual semula bagi mendapat keuntungan besar.
Dan antara pihak yang disenaraikan sebagai penerima baucer itu ialah Abdullah Badawi dari Malaysia yang dikatakan telah menjual dua juta tong minyak Iraq melalui syarikat bernama Tradeyear.
***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
