Kritikan Membina Sheikh Abu Bakar Bashir kepada PAS dan Datuk Seri Anwar
Assalamualaikum,
Ramai Ahli PAS mungkin berasa tersinggung dengan kritikan yang di buat oleh Syeikh Abu Bakar Bashir tempohari, Kritikan Sheikh Abu Bakar Bashir bertepatan pada masa dan tempatnya kerana PAS semakin hari semakin jauh meninggalkan Perjuangan asal, Sebelum ini PAS Memperjuangkan
Islam tetapi kini PAS telah berubah kepada Perjuangan untuk Memenangi Pilihanraya sahaja
Wartawan untuk wawancara ini ialah Farish A.Noor yang suatu masa lalu pernah menghina Nabi SAW didalam Akhbar (The Star kalau tak silap saya), membangkitkan kemarahan Umat Islam sehingga Persatuan Ulama juga masuk campur dengan menghantar memo kepada Para Sultan dan Raja Tanah Melayu, Farish A.Noor ada menulis dalam Akhbar Harakah pada pilihanraya ke 11 tahun 2004, Farish A.Noor memang licik mencari ruang untuk provoke serta menyebarkan propaganda, tetapi di sebalik itu Umat Islam terutama Ahli PAS perlu positif dan mengambil NASIHAT daripada apa yang cuba di sampaikan Syeikh Abu Bakar Bashir
Mesej yang cuba di sampaikan oleh Sheikh Abu Bakar Bashir ialah PAS perlu kembali kepada Matlamat Asal Perjuangan Islam, Perjuangan asal PAS ialah Menegakkan Islam dengan Kekuatan Dakwah dan Tarbiyah, PAS tidak boleh menunggu sehingga Menang Pilihanraya untuk baru memulakan langkah Berdakwah dan Mentarbiyah Umat Islam dan Rakyat Malaysia ini, Walaupun PAS tidak menang pilihanraya tetapi PAS perlu teruskan juga usaha Berdakwah dan Mentarbiyah yang baik lagi mulia ini
Dakwah bermaksud Menyampaikan Kebenaran, Kelebihan Umat Islam ialah IMAN, Islam tak bermakna tanpa Iman, Dengan Iman kita Umat Islam dapat menyampaikan Kebenaran Islam (Berdakwah), Dakwah ibarat Marketing atau Memasarkan Islam, dalam ertikata lain Berdakwah ialah Berdagang, Umat Islam Wajib Berdakwah kerana Berdakwah Tanda kita Cinta kepada ALLAH SWT, Berdakwah juga membuktikan Tahap Iman kita Umat Islam
Kegagalan Umat Islam Berdakwah pada masa kini menunjukkan Umat Islam berada dalam keadaan yang amat membimbangkan, Umat Islam yang Beriman semakin sedikit manakala Umat Islam yang Kafir (Menentang Islam) semakin bertambah akhirnya terjadilah gejala Murtad dan kejatuhan Negara-negara Islam kepada tangan Musyrikin Kafir, Tanggungjawap Umat
Islam ialah memasarkan Islam (Berdakwah), Apa guna menjadi Seorang Islam tetapi tidak tahu tentang Kebenaran Islam?
Islam berbeza dengan agama lain, Islam adalah Satu-satunya Agama yang Sebenar di atas muka bumi ini, Semua Umat Islam Yang Beriman Bertanggungjawap Berdakwah (Menyampaikan Kebenaran), di sini sahaja kita dapat lihat Perbezaan Islam dengan agama lain dimana agama lain (Musyrikin) hanya mengharapkan kepada Sami-sami dan Paderi-paderi mereka sahaja untuk Berdakwah (Yahudi tak berdakwah kerana agama yahudi untuk bangsa yahudi sahaja), tetapi keadaan sekarang berlaku sebaliknya di mana Umat Islam sendiri kebanyakkannya hanya meletakkan Tanggungjawap Berdakwah keatas Para Ulama sama seperti kaum Musyrikin
Ini ialah satu sikap tak bertanggungjawap Umat Islam sekarang, Ulama akan di persalahkan apabila Islam rosak atau jatuh sedangkan Umat Islam sekarang berusaha untuk menjauhkan diri daripada Ulama, Nasihat Ulama langsung tidak diendahkan, Umat Islam sekarang terlalu sombong angkuh dengan Idea mereka sehingga Ulama di ketepikan begitu sahaja, Sedangkan Idea-idea Hebat semuanya terdapat didalam Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Nabi SAW dimana hanya Ulama sahaja yang dapat Mentafsirkannya, Akibat daripada kegagalan Berdakwah Umat Islam telah melantik Orang-orang Islam yang Jahil/Bodoh serta Tak Beriman menjadi Pemimpin, Budaya tak minta izin Ulama sudah semakin menular, Umat Islam dahulu Maju dan Kuat kerana sentiasa meminta Pandangan dan Nasihat Ulama, Ulama di jaga ,
di bela dan di pertahankan
Inilah yang di maksudkan oleh Syeikh Abu Bakar Bashir apabila beliau memuji Tun Mahathir, Sokongan segolongan ahli PAS kepada Tun Mahathir menunjukkan Ulama-ulama PAS di ketepikan, Sheikh Abu Bakar Bashir tidak mengkritik Para Ulama PAS terutama Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz dan Ulama PAS lain tetapi Sheikh Abu Bakar Bashir mengkritik Pemimpin-pemimpin PAS yang bukan Ulama dan sesetengah pengikut PAS yang memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Umno Tun Mahathir
Kerjasama PAS dengan Tun Mahathir amat membingungkan Umat Islam Yang Beriman terutama Penyokong PAS, dapat di lihat dengan jelas sekali terdapat juga Ahli PAS yang begitu senang di perdaya oleh Tun Mahathir, Tun Mahathir memang licik dengan Politik Jahat(Berbagai Cara Jahat), lakonan Tun Mahathir begitu hebat sehingga dapat memperdaya Umat Islam, Alasan Tun Mahathir sudah insaf dan bertaubat sememangnya tidak boleh di guna pakai kerana Umat Islam yang Bertaubat sudah pasti menjadi Ahli PAS begitu juga Tun Mahathir sekiranya beliau sudah bertaubat
Taktik Pak Lah berdiam diri juga perlu di ambil kira, Taktik ini telah menyebabkan timbulnya kebencian teramat sangat di kalangan ahli Umno kepada PAS, Kebenaran Islam yang di bawa
PAS hilang ditelan oleh Fitnah yang buat oleh segolongan Musuh Islam ini, Ahli PAS terpaksa menerima kecaman apabila cuba Mendakwahkan Islam apabila PAS sendiri di tuduh sebagai Penghasut, Pemecahbelah, Tiada Berperinsip, Suka Memperalatkan orang, Jilat ludah sendiri dan bermacam-macam lagi tohmahan dan cacian yang kita terima menjadikan usaha kita berdakwah begitu sukar hatta kepada Umat Islam sekalipun
Ahli PAS perlu mendengar dan patuh pada arahan Ulama, kita tak boleh bertindak sendiri tanpa arahan Pemimpin (Ulama), Masaalah yang di hadapi dalam PAS sama dengan masaalah yang di hadapi Umat Islam serata Dunia iaitu Ulama tidak lagi diikuti, inilah senario sebenar yang berlaku didalam PAS, Perkara ini pernah di bangkitkan Perwakilan sewaktu
Muktamar PAS di Kedah baru-baru ini, Para Ulama PAS terutama Presiden Tuan Guru Haji Hadi dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz sudah banyak kali menggesa supaya Ahli PAS perlu giat Berdakwah dan Mentarbiyyah, Terbaru ialah cadangan Tuan Guru Nik Aziz supaya keahlian PAS di buka kepada orang bukan Islam
Mesej yang cuba di sampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz supaya Ahli PAS giat Berdakwah dan Tarbiyah, dimana Ahli PAS ketika ini lebih sibuk kepada pilihanraya bukannya kepada Dakwah, Ahli PAS lebih banyak pertahankan PAS daripada pertahankan Islam dan Ulama, Lebih baik mengajak orang Musyrikin masuk PAS boleh juga Tuan Guru Berdakwah kepada mereka(Musyrikin) kerana Ahli PAS tidak mahu Berdakwah,
Para Ulama (Pemimpin PAS) tahu apa tindakan yang mereka lakukan, Kelebihan yang ALLAH SWT berikan kepada Para Ulama ialah tidak berasa Kecewa
Cuba kaji sejenak, selama kita bersama PAS, berapa ramai Umat Islam yang kita bawa sertai Jamaah PAS ? Berapa ramai orang musyrikin yang kita telah Islamkan ?
Tumpuan perlu di berikan kepada Ahli-ahli PAS sahaja, PAS menjadi wadah Perjuangan Umat Islam Yang Beriman, PAS tak perlu bertongkat dan memperalatkan sesiapa untuk naik dan maju kerana ini bersalahan
dengan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah, PAS perlu menjaga perasaan Umat Islam Yang Beriman yang sejak dahulu terguris atas perbuatan Munafik dan Fasiq,Bagi mengatasi masaalah ini PAS perlu perkemas dalaman PAS sebagai Contohnya Laksanakan Hudud didalam PAS, Ikut Perintah Arahan Ulama dan laksanakan Modul Kerajaan Islam dalam PAS
Apabila di kaji faktor penyebab kekalahan PAS dalam Pilihanraya kita akan dapati faktornya SAMA dengan Faktor kekalahan kita di Medan Perang Uhud dahulu sewaktu Zaman Rasullullah SAW
Perang Uhud kita (Umat Islam) kalah sebab tak ikut Perintah Rasullullah SAW, terdapat golongan yang sukakan harta rampasan perang(Ghanimah) sehingga Ingkar pada Arahan Rasullullah SAW, Umat Islam kalah walaupun mempunyai Seorang Pemimpin/Panglima Perang yang Terhebat iaitu Kekasih ALLAH Rasullullah SAW, Umat Islam kalah walaupun Taktik Perang Rasullullah SAW adalah Terbaik,
Masaalah ini juga menimpa PAS, PAS kalah dalam pilihanraya walaupun di terajui oleh Ulama yang Hebat, PAS kalah dalam pilihanraya biarpun banyak Ahli PAS yang berusaha kuat dan keras Berjuang dan Berkorban untuk Kemenangan Islam, PAS masih juga kalah biarpun berbagai strategi dan taktik di gunakan untuk menang dalam pilihanraya, PAS
berada didalam keadaan Terkuat dalam sejarah Penubuhannya kerana Presiden PAS sekarang adalah Ulama, Ulama Tafsir Al Quran pula, sudah pasti Berbagai jenis Ilmu Al Quran yang begitu banyak dapat di kuasai dan Pelbagai Taktik (Politik) daripada Kitab Suci Al Quran dapat di amalkan sepenuhnya dan sebaik mungkin, PAS juga mempunyai Ulama yang Hebat seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz dan lain-lain Ulama lagi, tak ada Jamaah Islam di Malaysia yang mempunyai Ulama yang hebat selain PAS di Malaysia ini
Masaalahnya masih sama dengan Perang Uhud, Iktibarnya masih ada Ahli PAS yang Ingkar Arahan/Perintah Ulama dan Masih ada Ahli PAS yang TIDAK MAHU ikut Arahan/Perintah Ulama !!!
Di sini pentingnya Dakwah Islamiah, sebelum menubuhkan Daulah Islamiah, Dakwah Islamiah perlu di lakukan dahulu, Kena bagi Umat Islam Faham tentang Islam barulah Islam dapat dikuatkan, PAS masih lagi boleh memperbaiki Gerakan Islam ini,
Bagi mengatasi masaalah ini golongan yang membawa masaalah seperti tidak mahu mengikut dan ingkar dengan Arahan/Perintah Ulama perlu di kenalpasti dan di Tarbiyahkan (dididik) supaya kembali kepada Perjuangan Islam yang Asal, Ahli PAS perlu Mentarbiyahkan beberapa golongan seperti Polis dan Tentera serta semua kakitangan Kerajaan supaya kembali
pada Islam, Para Sultan dan Raja Melayu juga perlu di Tarbiyahkan begitu juga orang Umno dan Umat Islam keseluruhannya perlu di Tarbiyahkan supaya Mengenal Islam dan Mencintai Islam
Mungkin Ramai Umat Islam yang tak faham serta bercelaru dengan maksud Politik, Ringkasnya Politik bermaksud Berbagai Cara, Berbagai Taktik, Berbagai Strategi, Berbagai Helah, Berbagai Muslihat, Dimana perkataan Politik ini diambil daripada bahasa Inggeris Politics iaitu singkatan daripada Poly Tactics, kita boleh dapati perkataan ini seperti Polytectnics dalam bahasa Inggeris dan Politeknik (Berbagai Teknik) dalam bahasa Malaysia, Politik (Berbagai Cara)juga terdapat didalam Kitab Suci Al Quran
seperti
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.
Al An Aam 46
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
Al An Aam 65
Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan
keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
Al Aaraf 58
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Al Israa 41
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
An Nur 46
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan
berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Az Zumar 23
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang
ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).
Al Ahqaaf 27
Politik (Berbagai Cara) juga terdapat di dalam Sunnah Rasullullah SAW, buktinya ialah Mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) yang kita Amalkan hari ini, Rasullullah SAW telah Mengerjakan Ibadah dengan Berbagai Cara, Di kumpulkan oleh Para Ulama Mazhab untuk dijadikan panduan kepada seluruh Umat Islam supaya mudah melaksanakan Ibadah dan Hukum Islam, Begitu juga dalam Peperangan, Rasullullah SAW telah menunjukkan Pelbagai Taktik (Berbagai
Cara) untuk Memimpin Umat Islam ke arah Kemenangan dalam peperangan
Politik penting kepada Umat Islam, Manusia menggunakan Politik dalam kehidupan seharian, Berbagai Cara(Politik) di gunakan untuk hidup daripada belajar hinggalah bekerja, Memisahkan Politik dari Islam umpama Menolak Petujuk ALLAH SWT seperti didalam Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, Apabila Umat Islam Meninggalkan Politik Islam Umat Islam telahpun membiarkan Islam tanpa cara, Tanpa Politik(Berbagai Cara) kita Umat Islam tidak dapat Mendakwahkan Islam, Tanpa Politik kita Umat Islam gagal memberikan bukti Kebenaran Islam, Akibat gagal berpolitiklah Umat Islam sekarang Lemah dan tidak Bersemangat
PAS perlu menggunakan Politik (Berbagai Cara) yang di tunjukkan ALLAH SWT melalui Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Nabi SAW disebabkan kelebihan PAS sebagai Sebuah Jamaah Islam amat ketara kerana PAS di terajui serta di sokong oleh Ulama-ulama yang Hebat dan di sokong oleh Keseluruhan Umat Islam yang Beriman
Pilihanraya ialah salah satu cara untuk PAS mengelak daripada berbunuhan sesama Islam, ALLAH SWT mengharamkan Umat Islam membunuh sesama Islam dan membunuh golongan yang tiada upaya seperti Orang-orang Tua, Kanak-kanak dan Wanita,
untuk Berperang dengan senjata di Malaysia bagi Menegakkan Islam sudah pasti akan melibatkan pembunuhan sesama Islam, Golongan yang lemah dan tak berupaya juga akan menjadi Mangsa kepada kepada Kezaliman yang di Larang ALLAH SWT
Pilihanraya adalah jalan terbaik Menegakkan Islam di Malaysia kerana Demokrasi itu sendiri Berpunca daripada Islam, Sejarah menunjukkan setelah wafat Rasullullah SAW, Saidina Abu Bakar As Siddiq RA di lantik menjadi Khalifah melalui Cara Persepakatan yang kini di kenali sebagai Demokrasi,
Corak
Pilihanraya yang dijalankan di Malaysia sememangnya di jalankan dengan cara yang di haramkan Islam akan tetapi pilihanraya adalah Perang Minda di mana dengan Kekuatan Dakwah PAS boleh mengubah corak pilihanraya ke arah Islam dengan Mentarbiyah Petugas SPR, Polis, Tentera dan Semua Kakitangan Jabatan Kerajaan yang selama ini di peralatkan Umno dan Musuh Islam
Selain daripada itu terdapat beberapa perkara yang penting dalam Usaha kita Umat Islam Berdakwah Penggunaan Teknologi dan Perdagangan, Sudah begitu lama Umat Islam tidak menghasil teknologi-teknologi hebat yang Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, teknologi juga penting dalam usaha kita Umat Islam Berdakwah dan Mentarbiyah, Begitu juga Perdagangan penting kerana tanpa Sistem
Ekonomi yang kuat Umat Islam tidak dapat melaksanakan perjuangan sebagai contoh dalam membaikot barangan musyrikin kafir seperti Mcdonalds, KFC dan Kilang-kilang yahudi yang bersepah kerana Ramai Umat Islam yang bekerja di kilang-kilang tersebut,
Memandangkan sudah panjang saya menulis Insyaallah saya akan ceritakan di lain kali berkaitan Teknologi dan Perdagangan,
Renungkanlah bagaimana Politik PAS dapat memberi kemenangan kepada Islam ketika Umat Islam menghadapi Krisis Keimanan ketika ini, ketika Umat Islam lebih berakhlak dengan akhlak Abdullah Bin Ubaiyy, Ketika Umat Islam tinggalkan Politik Rasullullah SAW, Ketika Umat Islam tinggalkan Dakwah,
Ketika Umat Islam tinggalkan Persaudaraan Sesama Islam?
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
An Nuur 51
Renungkan maksud Ayat Suci Al Quran di atas, Di manakah Kami dengar
dan kami taat yang kita lakukan ? dah banyak kali Kita dengar Dakwah-dakwah daripada Para Ulama tapi kita tak taat kepada Ulama yang Berdakwah, Kita Umat Islam perlu Kembali kepada Jalan Islam, Kembali Mendengar dan Patuh serta Melaksanakan setiap Arahan/Perintah Ulama yang kita Hormati lagi Muliakan
Semoga ALLAH SWT Bersama kalian
Wassalam
All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done faster. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
