Wa'alaikum salam wbt.
 
Saya berminat untuk memiliki kitab tersebut untuk membakar Alkitab tersebut...jika tiada bantahan dari sesiapa.
 
Wassalam.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamu'alaikum w.w.
 
Saya tertarik dengan perbincangan ini.
 
Yang saya rasa kita telah kehilangannya sejak beberapa dekad atau mungkin kurun.
Perbincangan ini berkisar pada kerja atau tugasan Allah yang telah ditunjukkan oleh Arrasul s.a.w. dan para sahabatnya dulu..." sampaikan Islam pada mereka yang belum Islam"
Bila kita digoncangkan oleh kes Lina Joy dan Al kitab (terjemahan bible dalam Bahasa Melayu atau  Bahasa Indonesia), barulah kita terbangun dari tidur kita.
Bukanlah maksud saya, terpegun atau bergembira dengan berita-berita tersebut,  tetapi mungkin Allah wujudkan peristiwa tertentu yang  ada hikmahnya.
Inilah masanya kita balik pada diri kita. Jangan salahkan penganut ugama batil kristian atau hindu disebabkan  mereka mendekati kita atau anak-anak kita.
Jangan salahkan syaitan sebab itu kerja mereka membawa kita jauh dari Allah,
memang syaitan, makhluk yang sudah bersalah.
Kita yang perlu lihat diri kita sehingga membiarkan mereka datang menyampaikan kegelapan dan kesesatan kebatang hidung kita.
Salahkah mereka berusaha, 'berkorban' , berjuang menyampaikan risalah yang mereka rasa cahaya penyelamat ummat manusia......
 
Sedangkan kita yang mempunyai kalimah yang paling mulia, sumber cahaya bagi sekelian makhluk, telah terlena, dalam suasana yang selesa dan mengasyikan (comfort zone). Kita terlupa kerja-kerja asas yang telah dilaksanakan oleh para sahabat, tabiin dantabie tabien, sehinggalah mereka datang ke Tanah Melayu, mengetuk pintu-pintu rumah kita.
Islamkah kita jika mereka semua tidur atau malas untuk menyampaikan risalah Allah pada datuk nenek kita ? Islamkah kita kalau mereka takmampu mengajak walaupun jiran-jiran dan kenalan ke jalan yang Murni ini ?
 
Kenapa kita terlalu kedekut untuk sampaikan Islam yang ada pada diri kita, Islam bukan untuk dimiliki tetapi untuk disampaikan.
Pernah saya membaca satu artikel, seorang Jepun berkata setelah dia mendapat hidayah Allah, " kamu mempunyai dan menyimpan kalimah yang paling Agung di mukabumi ini,  tapi baru sekarang saya dapatkannya.Tidak kesihankah pada kami? Kami menpunyai banyak kejayaan dunia yang kecil dibandingkan dengan kalimah tadi, namun kami sampaikan pada anda, sehingga tidak terdapat di kalangan anda yang tidak merasainya...
 
Marilah kita merealisasikan semula tugas dan misi kita sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda dan diamalkan oleh mereka yang terdahulu dari kita :  
 
Arrasul datang dengan dengan satu tujuan, mengajak semua manusia mengabdikan diri kepada Allah  semata- mata.
  
Mengajak kepada kebajikan yang paling besar , "MA 'RUF AL AKBAR",
ie.  mengajak kepada pengabdian dan ketaatan hanya sanya kepada Allah.
 
Melarang  dari kemungkaran yang paling besar ,"MUNGKAR AL AKBAR",
ie. melarang daripada mensyirikkan Allah dengan apa pun.
 
Dalam menyampaikan misi ini Arrasul tidak pernah menepikan dakwah kepada bukan muslim, malah itulah kumpulan sasaran Baginda. Baginda sentiasa mencari
hati-hati yang mahu menyambut dakwahnya di kalangan mereka orang-orang bukan Muslim.  Berapa puluh atau  ratus kali baginda bertemu dengan abu jahal ? Berapa kali Rasulullah berdoa untuk hidayah mereka ?
 
Celik-celik Abu Bakar dengan Islam, dia sentiasa mencari-cari siapakah yang mahu
didakwahkan hari ini. Begitu juga Saidina Omar dan sahabat-sahabat lainnya...
Beginilah sehingga sampainya Islam kepada kita sekarang.
 
Sasaran DAKWAH mereka adalah kepada BUKAN MUSLIM.
 
Dalam masa yang sama ( secara serentak)   mereka sentiasa mendapat bimbingan dari Rasulullah untuk mengislahkan diri mereka. Jadi jika kita tengok kepada kedua-dua misi ini,  ie DAKWAH dan ISLAH ia sentiasa jalan serentak.
 
Sasaran Peng ISLAHAN mereka adalah untuk diri dan jamaah MUSLIM itu sendiri.
 
Saya harap anda semua dapat memahami apa yang saya nak bawakan di sini.
 
Kita kehilangan misi yang pertama dan juga tidak bersungguh dengan misi yang kedua, kalau adapun masih banyak yang perlu di tambah, kita jauh dengan pendidikan Al Quran, sepertimana yang dilakukan Baginda di rumah Arqam Bin Abi Arqam, dan di Institusi Masjid Nabawiyyah.
 
Saya ingin fokus  kembali kepada misi pertama,
 
Mengajak kepada kebaikan yang paling besar, iaitu ma'ruf yang Al Akbar,
adalah mengajak manusia untuk mengesakan Allah, mengajak manusia menyembah hanya Allah. Ajakan dakwah ini berlaku dengan dakwah kepada yang belum beriman atau yang masih mensyirikkan Allah dengan yang lain. Inilah sebesar-besar dakwah selepas kita mendapat hidayah Allah s.n.t. Dalam itu juga terkandung melarang kepada mungkar Al Akbar.
 
Jadi sasaran dakwah adalah kepada kumpulan BUKAN MUSLIM...!
 
(Di samping itu saya tidak mengatakan bahawa peng ISLAHAN diri kita tidak penting, ia mesti jalan serentak dan berterusan)
 
Sasaran dakwah Rasulllah dan para sahabat adalah untuk menyampaikan mesage
 LAA   ILA HA  ILLALLAH ,  MUHAMMADAR   RASULULLAH.
 
Adakah ini menjadi polisi hidup kita ?  Atau menjadi polisi komuniti,   keluarga atau masyarakat setempat atau sesuatu kariah orang-orang Muslim. ?
 
Kita hanya memikirkan hal diri kita dan pengislahan komuniti orang Islam sahaja,
lupakah kita bahawa jiran kita yang belum beriman, teman sekerja kita yang rapat,
masih belum kita ajak kepada kalimah yang paling mulia ?
Saya bertanya pada diri saya .. "Pernah tak saya berbincang dengan isteri atau anak-anak atau dengan kariah mesjid atau surau, tentang keimanan dan keselamatan jiran
saya yang belum muslim di Akhirat nanti ?"
 Atau keselamatan kita bila dia mengadu pada Allah bahawa kita tidak pernah mengajak atau tidak menyampaikan Islam kepadanya... !
 
Kita ambil satu contoh  :  Jika sekiranya seorang sahabat Rasulullah tinggal dikampung kita dan di sebelah rumahnya ada jirannya yang belum Islam.
Agaknya berapa kali beliau akan berzairah, memberi hadiah dan berdoa untuk
hidayah jiran nya itu, dalam rangka mengajak kepada beriman kepada Allah,
mentauhidkan Allah. Kerana  itulah kebaikan yang paling besar, atau Ma'ruf Al Akbar.
Bukannya memperindahkan atau membesarkan surau atau mesjid, sedangkan jiran bukan Muslim yang berada di depan mesjid tak pernah kita ziarahi, tak ada pun perancangan untuk menyelamatkan aqidahnya.
 
Jika Berdakwah dan Islah menjadi  Misi hidup kita, sudah pasti kita juga akan mempersiapkan diri dgn pengetahuan dan pengalaman kearah itu.
 
Seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak, terdapat mereka yang bekerja kearah itu. Kumpulan ini mempersiapkan diri dan bekerja kearah itu. Alhamdulillah.
Suasana dan keadaan ini perlu berjalan dan menjadi polisi bagi setiap individu Muslim, kariah surau atau mesjid, pertubuhan-pertubuhan dan polisi kerajaan.
 
Berhampiran  UPM, terdapat sebuah gereja, dan menjadi polisi mereka untuk "menyelamatkan seramai mungkin ummat manusia".    
 
Di UPM juga terdapat sebuah mesjid yang jauh lebih besar dan "gagah" , tetapi apakah ada polisi yang terancang dan tersusun dan di"implimenkan" dengan berkesan untuk BERDAKWAH kepada bukan Muslim, untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan dan syikik ?   
 
Bukanlah kita pergi membuta tuli, tanpa ilmu dan persiapan...
Teknik, pengetahuan dan penggalaman perlu dicari, mahu seribu daya,
tak mahu seribu dalih. Janganlah kita  naik marah bila orang mula menggedarkan
bible dalam bahasa Melayu, tapi tidak ada apa-apa tindakan kita untuk mencegah
bible itu menipu dan meracuni anak-anak kita. Sedikit pengetahuan tentang bible
bukan saja memudahkan kita mendekati, berdakwah kepada  orang kristian, malah boleh menggelakkan diri dan anak-anak kita dari tipu daya mereka.
 
Banyak kandungan bible yang bercanggah sesama sendiri, dan banyak juga yang
salah secara saintifik dan realiti. Terdapat satu bahagian dalam bible yang terlalu lucah dan hina yang tak mampu kita baca bukan saja beramai-ramai malah walaupun  bersaorangan. bahagian tersebut menceritakan tentang perlakuan sex pelacur dan .....
Apatah lagi jika ada di kalangan kita yang berminat dan menguasai bible dengan baik.
Inilah pelaburan dan senjata yang perlu ada dengan suasana sekarang.
 
Di samping itu banyak juga kandungan bible yang menyokong kedatangan Rasulullah s.a.w., kaedah beribadat dan kehidupan Nabi Isa a.h. yang banyak menyerupai kehidupan dan ibadah orang Muslim... fakta-fakta ini telah  banyak membantu paderi-paderi memeluk Islam.
 
Apabila ramai yang murtad, kita menyalahkan peruntukan undang-undang yang
membenarkan mereka orang bukan Islam "menyerang" kita atau  menggugat hak kita.
Atau menggatakan suasana hiburan dan hedonesma yang banyak membantu menyerlahkan kemurtadan mereka... Saya tidak nafikan, sungguh sedih bila ada orang yang murtad. Tetapi gejala ini berlaku antara sebab utamanya ialah bila kita meninggalkan tugas Dakwah dan Islah. Kita membiarkan mereka (orang bukan Islam) bukan saja dalam kegelapan, malah mereka kini datang membawanya kepada kita untuk dikongsi....
 
Ada yang akan memberi alasan, orang Islam sendiri pun masih belum betul Islamnya, atau keluarga kita pun belum beres, bagaimana pula nak menyelamatkan orang belum Islam ?
Apakah kita lihat Nabi Muhammad meninggalkan kerja dakwahnya disebabkan bapa saudaranya belum Islam, atau Nabi Nuh a.s. meninggalkan tugas dakwahnya disebabkan anaknya belum selesai Islamnya, atau Nabi Lut a.s. menyembunyikan diri dari berdakwah kerna keluarganya belum selesai ?
Mereka tetap menyampaikan risalah Allah...
 
Saya menyeru diri saya dan siapa saja yang membaca coretan  ini, untuk berhenti sejenak dan berfikir..  jika kita yang mempunyai kalimah Tauhid milik Allah ini kembali menemuiNya tanpa berniat dan  berusaha "mengIslamkan" walaupun sorang,  maka tidak layaklah kita dicipta sebagai khalifahnya....
 
 
Wallahu 'alam...
Segala yang benar  dari Allah,  maaf jika ada yang tersalah.
 
Wassala mu'alaikum w.w. 
 


[EMAIL PROTECTED]com wrote:
Utk pengetahuan,

Kitab injil dalam bahasa melayu (lingua franca) ni dah lama wujud di Malaysia. Ianya digunakan meluas di Sabah, Sarawak dan indonesia sejak 30-50 tahun dulu lagi.Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja bahan tersebut mula disedari di Semanjung Malaysia. Cuba tanya ustaz/ustaah yang pernah bertugas di sana terutama yang bertugas di luar bandar. Para missionary tempatan dan indonesia telah menterjemahkan kitab injil ini kerana mereka mengetahui kepentingan alihbahasa dalam dakwah mereka, lagipun ramai penduduk disana terutama orang kampung tidak pandai membaca bahasa inggeris. Bukan itu sahaja, mereka turut menterjemahkan kitab ini ke bahasa sukuan termasuk bahasa kadazan, murut, iban, bidayuh, cina, dsb. Kebanyakan gereja dan Chappel juga menggunakan bahasa melayu, sukuan, dan cina (terutamanya di luar bandar) sebagai medium perantaraan semasa upacara. Ianya banyak membantu dalam missionary mereka.

Kitab-kitab sebegini kadangkala diguna oleh pendakwah Islam untuk mendapatkan maklumat dan perbandingan dalam menjalankan dakwah Islamiah di sana. Selain dari kemahiran berkomunikasi dangan penduduk setempat, kerasionalan dan matang, kepetahan segelintir pendakwah islam yg mahir membandingkan perbezaan Islam dan Kristian menjadikan mereka dihormati oleh orang ramai dan secara tidak langsung membuka lebaran kepada proses islamisasi di sana. Maka dengan itu tidak hairanlah proses islamisasi di kedua-dua negeri tersebut adalah tinggi di Malaysia.

Kandungan kitab tersebut berbeza dari satu mahzab ke satu mahzab. Mahzab yang terkenal disana adalah Roman Katolik (RC), Anglican, Protestan, Sidang Injil Borneo (SIB), Seven Days Avangel (SDA), Gereja Jesus Benar, etc.

Kalau pihak kristian boleh mengunakan bahasa sebagai medium perantaraan dakwah mereka, kenapa tidak bagi pendakwah muslim dalam menjalankan dakwah dengan kaum lain? Memang ada tapi jumlahnya kecil. Di TV pun hanya beberapa kali keluar dlm bahasa cina. Itupun cuma dalam rancangan larut malam. Saya kagum dengan penyampaian yang dilakukan oleh salah seorang penceramah, Dr Fuad Abdullah.

Kita juga terlalu terkepung dengan fahaman bahasa melayu itu kepunyaan orang islam melayu sahaja. Maka bila ini terjadi, dakwah hanya sekitar orang melayu sahaja dan tidak menyeluruh sehingga meliputi kaum-kaum yg lain. Kita sering lupa, bahawa bahasa melayu ini bahasa lingua franca sejak beratus-ratus tahun dahulu. Bahasa ini digunakan meluas dikalangan bukan melayu. Sebab itu tidak heran kenapa para missionary mengambil peluang berinteraksi dalam bahasa melayu kerana mereka tahu peluang dakwah mereka lebih luas tidak tertakluk kepada melayu sahaja tetapi juga kaum-kaum yg lain (juga di Indonesia - kerana bahasa melayu nusantara adalah bahasa wajib bagi mereka) terutamanya yang tidak fasih berbahasa inggeris.

Saya mohon maaf jika email ini menyinggung perasaan anda. Tetapi inilah fakta yang saya ingin kongsi bersama. Ambil yang positif dan buang yang negatif.

Terima kasih

asetip

-----Original Message-----

Sent: 2006-08-30T04:51:16.000Z
To: Ikhwanul Muslimun
Cc:
Subject: Re: Boycott Israel [hidayahnet] hati2...
Patut ada satu badan atau persatuan yang mengkaji Kitab Bahasa Melayu ni
supaya didedahkan butir butir yang boleh dibawa ketengah untuk kebaikan
orang Islam. Selain dari membuat aduan polis, kita juga boleh mendapat
maklumat tentang pencetak, pengedarnya, jurualihbahasanya, latar
belakang pihak yang menerbitkan kitab ini dan tujuannya, juga kita boleh
menyusun strategi bagaimana untuk menangani isu ini. Kalau boleh kita
adakan seberapa banyak email group, blog, kumpulan tidak formal untuk
menyedarkan masyarakat Islam dinegara ini tentang agenda orang Kristian
dinegara ini.

Sebaik baik senjata yang boleh digunakan adalah senjata mereka sendiri,
iaitu Kitab Bible Bahasa Melayu itu kerana kitab bible ini mengandungi
kecelaruan dan kesamaran dan kebohongan seluas lautan tak bertepi yang
boleh digunakan oleh orang-orang yang pakar dalam Al Quran dan bible
untuk dimanafaatkan oleh umat Islam dinegara ini. Saya cadangkan kita
adakan lebih banyak seminar/workshop/ceramah/kelas/kuliah untuk
menjelaskan kepada umat Islam tentang perbezaaan antara akidah tauhid
dan akidah syirik yang dibawa oleh ajaran Kristian.

Jika anda perhatikan missionary Kristian banyak menggunakan kaedah
chameleon dalam berdakwah i.e. mereka tidak akan sesekali mendedahkan
tujuan sebenar mereka takut takut anti-klimax dan merosakkan program
pengkristianan mereka. Mereka tidak akan berani untuk berdialog secara
terbuka dengan orang Islam tentang akidah 3 tuhan dalam satu, dosa Adam
dan sumber akidah mereka kerana dalam pengalaman yang lepas lepas mereka
tidak pernah menang jika berdebat secara terbuka dengan kaum Muslim.
Kerana itu anda lihat mereka lebih suka mengadakan dialog antara agama
dalam tajuk tajuk yang buka asas yang tidak melibatkan akidah seperti
peranan wanita, demokrasi, terrorism, demokrasi, etc. Oleh itu janganlah
cepat kita bertindak tanpa usul periksa. Tapi saya sarankan, kepada yang
kurang pengangan tauhid tu eloklah jangan disentuh langsung bible ni,
nanti rosak binasa kita.

Elok lah kita serahkan perkara ini kepada pakar pakar yang ada. Dan
kepada pakar pakar ilmu perbandingan agama yang mempunyai akidah tauhid
yang mantap, tugas menerajui strategi senjata makan tuan ini patut
diserahkan pada anda semua. Nanti diakhirat anda akan ditanya bagaimana
ilmu ini anda manafaatkan untuk maslahat saudara seislam anda.

Kalau kita boikot 100% dan tak tahu apa yang pihak anti-Islam ni buat,
macam mana kita nak menentang mereka.

Tentang air mineral tu, alahai susah saya nak kata.
Saudara Ayub Abdul Rahman, seorang bekas monk dan juga bekas ISF (
International Sin Forgiver) seorang yang mempunyai "kuasa" untuk
memaafkan sesiapa saja dalam Kristian Katholik diseluruh dunia termasuk,
presiden-presiden, menteri-menteri, ahli korporat pernah berkata, air
mineral itu tak lebih dari sejenis air dan tidak ada kuasa untuk
menafikan akidah orang Islam kecuali kalau orang itu sendiri memilih
untuk murtad.

>>> "rosmaria81" 29/08/2006 11:17:56 >>>
Assalamualaikum,

Muslimin dan Muslimat yang dihormati.......

Pengumuman !!!
Kitab Injil dalam Bahasa Melayu AL-Kitab, bermula dari malam
21/08/2006 sebuah gereja di Damansara telah mengedarkan kitab ini.
Berhati-hati lah..

Jenama air mineral AL-Barakah, Al-Mansur and Bestari telah dicampur
dengan Holy Water. Sekiranya ada yang membernya secara percuma tolong
JANGAN MINUM kerana sekiranya terminum and tidak akan boleh mengucap
KALIMAH SYAHADAH.

Edarkan sebanyak mungkin kepada Muslimin dan Muslimat yang lain.

Perjuangkan dan selamatkan Islam......

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.

----------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

----------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links

{*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

{*> To unsubscribe from this group, send an email to:
hidayahnet-unsubscr[EMAIL PROTECTED]com

{*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider.


Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke