| Batal program Mat Rempit di Bukit Jalil jika bermasalah - PKR |
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Putera Umno tidak wajar melanjutkan program pengumpulan Mat Rempit ke Bukit Jalil sekiranya ia hanya akan menimbulkan masalah kelak.
Menurut Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,“memang sebelum ini pun aktiviti Mat Rempit dicemari oleh unsur yang tidak diingini seperti pergaulan bebas dan minuman keras, ini disebabkan tidak diawasi dengan betul."
Baru-baru ini Putera Umno, bercadang mengumpulkan kira-kira 50,000 Mat Rempit
melalui program khas pada 10 hingga 12 November ini di Bukit Jalil.
Polis Diraja Malaysia (PDRM),dipetik dalam akhbar hari ini, tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Mengulas lanjut Wan Azizah berkata, kumpulan Mat Rempit wajar ditarik dengan bijaksana tanpa menyebabkan mereka terjebak dan tercemar.
Menurutnya, PKR pun pernah mendekati Mat Rempit dengan satu program yang dibuat di Permatang Pauh tidak lama dulu.
Bagaimanapun katanya, program tersebut yang dilaksanakan lebih dulu daripada Putera Umno mengajak Mat Rempit menjadi anak muda yang berakidah dan berakhlak mulia.
"Jangan abaikan Mat Rempit, mereka pun warga negara Malaysia dan masa depan mereka perlu dibimbing dengan satu program yang menjiruskan kepada akidah yang baik iaitu tidak melupakan nilai keislaman dan kebudayaan Melayu."
"Perkara yang baik
mesti diperhebat dan program yang berbentuk hiburan sehingga menggugat kepada pegangan agama perlu dijauhkan,"katanya.
Malah katanya, Mat Rempit perlu dibimbing kerana mereka adalah satu kumpulan yang besar dan cara terbaik ialah dengan mendidik mereka kepada keislaman.
Dalam pada itu katanya, setiap konvoi yang akan dianjur perlu mematuhi peraturan jalan raya dan permit untuk berkonvoi tersebut jangan hanya dihadkan kepada Umno tetapi perlu diberi kepada parti lain termasuk PAS dan PKR.
"Bagi saya jika niat baik tak ada masalah dan cara pelaksanaannya perlu betul iaitu tidak ada pergaulan bebas dan tidak melampau batas agama,"katanya lagi.
******************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
