| Produk PPWK Pulai Chondong ke China |
Oleh Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 14 Sept (Hrkh) - Wanita Kelantan mampu menjadi usahawan berjaya sekiranya diberi tunjuk ajar dan bantuan modal. Malah, mereka juga boleh menghasilkan produk sehingga menembusi pasaran global.
Inilah hakikat yang cuba dibuktikan Pusat Perkembangan Wanita Kelantan (PPWK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Chondong. Mereka kini berusaha meneroka pasaran di China dan Timur Tengah.
Adun Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat berkata, pihaknya berhasrat
memperluaskan lagi pasaran produk biskut dan kuih yang dihasilkan PPWK terbabit ke luar negara memandangkan sambutannya cukup menggalakkan sekarang.
"Untuk peringkat pertama, produk seperti kuih-muih telah berjaya mendapat tempahan dari Singapura, di mana sebanyak 10,000 paket akan dihantar pada awal Ramadan ini," katanya di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut sama membantu PPWK terbabit.
Setakat ini, menurutnya Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Haji Zahari Awang telah melawat kilang milik PPWK Pulai Chondong dan bersetuju menyalurkan bantuan dari segi moral dan
latihan.
"Jabatan Pertanian Kelantan juga menyatakan persetujuan untuk mengembangkan program PPWK dalam Kumpulan Pembangunan Wanita yang dikendalikan di bawah jabatan tersebut," ujarnya.
Zulkifli juga melahirkan rasa syukur di atas kesungguhan ahli-ahli PPWK Dun Pulai Chondong sehingga berjaya memasarkan produk yang dikeluarkan ke luar negara.
Beliau juga berkata, PPWK berkenaan sedang berusaha mendapatkan sijil Good Manufacturing Practice (GMP) bagi membolehkan kilang berkenaan meningkatkan lagi tahap operasinya.
Pengurus PPWK Dun Pulai Chondong, Rohani Kadir berkata, pihaknya terpaksa bekerja keras untuk memenuhi tempahan pelanggan yang kini sudah mencecah hampir 40,000
paket biskut raya.
Kata beliau, PPWK Pulai Chondong juga menerima tempahan dari Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang juga berjumlah 10,000 paket.
"Selain luar Kelantan, kita juga turut menerima tempahan individu yang sanggup memasarkan produk kita termasuk daripada agensi kerajaan di Machang," ujarnya.
****************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
