amat menyedihkan apabila pihak berwajib yg sepatutnya menjadi tempat rujukan 
saudara baru malah menjadi tempat yg menakutkan mereka. terdapat banyak kisah2 
dan pengalaman2 yg boleh dibaca berkisar isu ini. dan ia benar2 membuatkan kita 
rasa jelak dengan sistem pengurusan pihak2 berkuasa agama.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Utusan Malaysia
13/9/06

Pengalaman pahit seorang mualaf di pejabat JAWI Labuan

SAYA telah memeluk agama Islam yang suci pada 2003. Saya menghadirkan
diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan kerana
urusan penukaran nama dalam kad akuan memeluk Islam pada 23 Ogos 2006.

Penukaran nama itu dibuat untuk menyingkatkan nama yang terlalu
panjang dan menyukarkan saya untuk mengisi mana-mana borang.

Di samping itu, saya ingin mengekalkan nama asal saya yang ringkas
dengan sedikit penambahan bagi memudahkan urusan dokumen lama, malah
sebagai tujuan dakwah kepada keluarga saya yang belum lagi memeluk
agama Islam.

Nama lama yang panjang diberikan oleh rakan-rakan ketika saya mula-
mula memeluk Islam.

Pada masa itu saya masih terpinga-pinga dan tidak mempedulikan soal
nama, yang penting ialah saya telah selamat diIslamkan.

Saya telah merujuk kepada ramai ustaz dan ustazah tentang perkara ini
dan mereka telah menyatakan keharusannya, malah ada yang menyokong
tujuan saya itu.

Sejak memeluk Islam, saya bergiat aktif dalam aktiviti keagamaan
termasuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

Saya juga amat rapat dengan ramai ustaz dan ustazah. Ada juga ustaz
yang merupakan bekas paderi telah menjadi keluarga angkat saya.

Latar belakang ini perlu saya jelaskan kerana layanan yang saya
terima di pejabat JAWI Labuan sungguh tidak wajar.

Belum pun berpeluang untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut
tentang sebab-sebab untuk menukar nama, tiba-tiba saya dilemparkan
dengan kata-kata kesat berbentuk penghinaan yang amat menyinggung
perasaan saya dan mencemar martabat.

Sehingga kini, apa yang dilalui masih terasa di hati saya.

Bayangkanlah seorang pegawai JAWI antara lain menuduh saya "suka-suka
sahaja memeluk agama Islam...masuk Islam kerana tamakkan bantuan"
dan "menukar nama kerana berniat untuk murtad."

Beliau juga menganggap keIslaman saya tidak ada erti semata-mata
kerana saya tidak mengikuti kelas agama yang JAWI tawarkan sedangkan
saya mengikuti pengajian agama secara tidak formal di tempat lain.

Suka saya nyatakan bahwa saya masih seorang pelajar dan mempunyai
jadual pengajian yang ketat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa penukaran agama seorang yang
bukan Muslim bukan suatu bahan mainan atau sendaan, apatah lagi jika
ia adalah benar-benar dari taufik dan hidayah Allah s.w.t.

Saya telah membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengubah jalan
hidup saya dengan memeluk agama Islam.

Bayangkanlah jika kata-kata itu dilemparkan ke atas mualaf yang tidak
kukuh akidah dan imannya. Lebih malang lagi kata-kata penghinaan itu
dilemparkan kepada saya di khalayak ramai.

Saya berharap, perkara yang saya alami itu tidak akan berulang lagi
kepada mualaf atau tetamu lain di jabatan tersebut.

Saya berpandangan bahawa jabatan agama adalah institusi yang
berfungsi mulia dan dipandang mulia oleh masyarakat Islam, maka
amatlah perlu setiap kakitangan jabatan tersebut bersikap profesional
dalam mengendalikan urusan tugas.

Sekian, yang buruk datang dari kita selaku hamba Allah yang lemah dan
yang baik itu dari Allah Yang Maha Berkuasa.

– NUR JESSICA ANTHONY,
Universiti Malaysia Sabah.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

kisah2 lain berkaian saudara baru dan sikap pejabat2 agama..

http://the-authenthic.blogspot.com/2006/08/sedikit-cerita-tentang-seorang-amoi.html


http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/20531



                
---------------------------------
 All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done 
faster. 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke