Pesong akidah. Harian Metro 17 Sep 2006

GEORGETOWN: Buku bertajuk ‘Al Masih: Ringkasan Kisah
Nyata Nabi Isa’ yang dikhuatiri boleh memesong akidah
umat Islam dikesan disebarkan secara meluas melalui
peti surat rumah penduduk di sekitar Pangsapuri
Tanjung Tokong, di sini.

Seorang penduduk di pangsapuri berkenaan yang
memeriksa peti surat miliknya terkejut apabila menemui
buku itu, baru-baru ini.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu Indonesia
setebal 80 halaman itu turut memuatkan karikatur Nabi
Isa yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam
beberapa bulan lalu.

Hassan Mohoksain, 35, memberitahu Metro Ahad semalam,
buku berkenaan diperolehi ketika membuat pemeriksaan
surat harian di dalam peti surat.

Menurutnya, penyebaran buku berkenaan dipercayai pihak
tertentu sebagai cubaan memesongkan akidah umat Islam
yang menetap di pangsapuri itu.

“Selepas meneliti isi kandungan buku berkenaan, saya
mendapati ada yang tidak kena kerana ia turut
memuatkan beberapa karikatur Nabi Isa. Saya percaya
kandungan buku itu mungkin diambil daripada kitab
injil. Antara kandungan buku itu ialah dakwaan Nabi
Isa Hakim Manusia dan Rahmat Allah,” katanya.

Berdasarkan cetakan pada buku itu, ia dikarang Dadang
Sasmita. Saya tidak pasti siapa orangnya. Cetakan
pertama dibuat pada 1994 sebanyak 3,000 naskah
manakala pada 1995 pula sebanyak 5,000 naskah lagi,"
katanya.

Hassan berkata, dia hairan bagaimana buku seperti itu
boleh berada di negara kita dan disebarkan dengan
begitu mudah sekali selain ayat-ayat yang dilampirkan
itu diambil dari kitab Kabar Baik.

Menurutnya, isi kandungan dan penggunaan bahasa pula
digunakan dalam bahasa Indonesia dan teknik penulisan
dipandukan Kamus Besar Bahasa Indonesia manakala
nama-nama Yesus yang terdapat dalam ayat pada buku
diubah menjadi Isa Al-Masih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Shafie Abdul
Wahab, ketika dihubungi, berkata pihaknya memandang
serius penyebaran buku yang mengandungi unsur
menyeleweng pemikiran umat Islam.

Menurutnya, penyebaran buku seumpama itu merupakan
kali kedua dikesan tahun ini.

Katanya, Jaipp akan menyiasat perkara itu dan berharap
orang ramai berhati-hati jika menerima buku atau
sebarang risalah yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

Katanya, orang ramai yang menerima apa juga risalah
atau buku yang meragukan perlu menyerahkan kepada
Jaipp atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
serta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
untuk tindakan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Setempat/20060917115317/Article/indexm_html


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke