Walaupun malam nisfu sya'ban sudah berlalu, elok kita perhatikan amalan ini dari sudut hukumnya yg mana  kini telah menjadi bahan untuk di'bid'ah'kan oleh pihak2 tertentu. Perhatikan setiap kali masuk bulan sya'ban akan ada rencana yg menafikan amalan nifu syaban,. Bila masuk bulan rejab akan ada juga rencana2 yg membataskan amalan amalan supaya mengikut satu pendapat sahaja. Begitu juga bila masuk bulan Ramadhan akan tersebarlah rencana2 berkaitan bilangan  rakan sunat tarawih malah nama tarawih juga menjadi pertikaian.     Mungkin ini dinamakan tajdid (pembaharuan) sebagai wasilah untuk menyuci dan mendididik generasi  masakini. allahu'aklam .  

-----------------
Solat sunat, baca Yasin, digalak sempena Nisfu Syaaban

Soalan:Apakah hukum mengadakan majlis Nisfu Syaaban dan jamuan sambutan sebelum kedatangan Ramadan? Apakah Yasin yang dibaca perlu diterjemahkan?
 
Jawapan: LAZIMNYA di Nusantara yang dilakukan pada majlis Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban adalah solat sunat dua rakaat selepas solat Maghrib kemudian membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dengan niat ditetapkan iman, dipanjangkan umur dalam ibadat dan murah rezeki dan selepas itu membaca doa Nisfu Syaaban yang masyhur.

Dari segi amalan iaitu solat sunat dua rakaat, membaca surah Yasin dengan diniatkan mendapatkan sesuatu seperti di atas dan membaca doa dalam bentuk apapun adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam kerana ia adalah ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah. Anggap saja kita melakukan amalan ini bukan pada majlis Nisfu Syaaban tetapi pada masa lapang kita. Sudah tentu tidak ada orang mempertikaikannya, malah mereka ini dianggap penghalang orang beribadat.

Pertikaian timbul ketika amalan di atas dikaitkan dengan majlis khas iaitu majlis Nisfu Syaaban. Maka ada yang mengatakan ia bidaah dan ada pula yang mengatakan ia sunat dan masing-masing mempunyai hujah sendiri dianggap sah dari sudut pandang ilmu ijtihad.

Dalam kitab Lata'if al-Ma'arif fi ma Limawasim al-'Am min al-Wazaif karangan Ibn Rajab al-Hambali (w 795H) dibincangkan dengan jelas masalah di atas pada muka surat 259-269 yang intinya ulama Hijaz membidaahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban manakala ulama Syam khasnya para Tabi'in mengagungkan malam Nisfu Syaaban.

Ulama Nusantara mengikuti jejak ulama Syam, utara Semenanjung Arab sekarang dengan tidak menyalahkan ulama Hijaz, Saudi sekarang.

Bagi ulama Syam cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan memperbanyakkan ibadah dan doa, bagi ulama Nusantara cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban seperti disebutkan pada permulaan jawapan ini.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri, dan pelaku zina.

Berkenaan dengan jamuan sebelum kedatangan Ramadan, ia juga dapat dikategorikan masalah khilaf. Bagi yang mengamalkannya, ia adalah satu daripada cara meluahkan rasa gembira kerana kedatangan Tetamu Agung yang datang sekali setahun, bukankah seorang muslim dituntut berasa gembira dengan kedatangan Ramadan dan untuk berasa sedih dengan pemergian Ramadan?

Adapun bacaan surah Yasin, tidak perlu diterjemahkan, tapi diperlukan adalah ilmu tajwidnya supaya bacaan kita benar.

Pahala yang dijanjikan dalam membaca al-Quran termasuk surah Yasin adalah apabila dibaca dalam bahasa asalnya yang diturunkan dari langit kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita membaca al-Quran dalam bahasa Arab sama ada faham atau tidak faham adalah masalah ta'abbudi atau ibadat yang tidak akan sama dengan membaca terjemahannya.

Umat Islam diperintahkan membaca al-Quran yang dalam bahasa Arab bukan membaca terjemahannya. Wallahu a'lam.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20060917001829/Article/


Diskusi agama di http://ummahonline.com


Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2ยข/min or less. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke