Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Sudah lama saya tidak menulis artikel yang berbau politik. Dan kebanyakan posting yang saya buat juga tidak menggambarkan pegangan politik saya yang sebenar. Jika adapun artikel saya yang kelihatan 'berhaluan kiri', ianya hanyalah kritikan kepada kerajaan atas beberapa keputusan yang mereka buat, bukan menjelaskan fahaman politik yang saya 'anuti' secara jelas. Saya lebih suka sebegitu sebenarnya. Pada awal saya menulis di ruang siber ini, ya, memang kebanyakan artikel saya telah menunjukkan saya condong ke arah mana. Tetapi kemudian ramai yang menghubungi saya yang nyata kurang senang saya bersikap sedemikian. Dari situ saya tahu rupanya bukan hanya orang Pas yang membaca artikel saya dan mengunjungi blog saya. Jadi saya tukarkan corak. Saya jadikan penulisan saya lebih menjurus pengislahan diri, bukan politik kepartian. Tetapi malam tadi, saya menerima 'sepucuk' email dari seseorang. Nama terdaftar pada IDnya adalah Ustaz Zatsu. Saya sendiri tidak kenal siapa dia. Dan saya juga tidak pasti dari mana dia perolehi alamat email saya. Tetapi itu tidak menjadi hal. Apa yang menjadi hal ialah isi kandungan emailnya. Di dalam email tersebut, terlalu banyak kutukan pedas yang dilemparkan terhadap Pas. Saya baca lebih dari 3 kali. Dan setiap kali saya pasti tersenyum. Tersenyum, kerana saya terfikir apakah yang membuatkan dia ingin mengirimkan email itu terhadap saya. Mungkinkah dia rasakan saya seorang yang fanatik terhadap pas? Dan tersenyum kerana banyak isu yang disebutkan adalah isu lapok. Isu yang sebenarnya sering digunakan oleh orang Umno yang ketandusan idea. Kritikannya cukup pedas. Jika saya seorang yang fanatik terhadap Pas, mungkin saya boleh jadi mengamuk. Tetapi sayangnya, saya bukanlah seorang yang sebegitu. Dan tujuan saya menulis email ini bukanlah untuk membela Pas sebaliknya untuk menjelaskan pegangan politik saya kepada sesiapa yang tidak tahu dan ingin tahu. Supaya selepas ini, saya tidak lagi disalah anggap. Ustaz Zatsu di dalam emailnya menyebut tentang isu pilihanraya bukan ibadah, menyebut tentang isu tuhan samseng dan juga tentang kononnya banyak perkara bathil dan bidaah yang diperjuangkan di dalam Pas. Hm... Berat, kan? Secara zahir, memang isu yang diketengahkan oleh si penulis agak benar. Ya, pilihanraya atau demokrasi bukanlah apa yang dihukumkan oleh Allah. Yang betul, sistem pemerintahan Islam adalah sitem Khulafa. Saya akan sentuh tentang itu kemudian. Saya lebih berminat untuk bercerita tentang tuhan samseng ini. Katanya, untuk menjadi samseng, seseorang perlu zalim, hati kering dan sebagainya. Tetapi dia lupa sebenarnya samseng adalah istilah. Samseng atau tidaknya seseorang itu terletak kepada siapa yang menggelarnya. Jadi samseng itu tidak semestinya zalim. Samseng boleh jadi seorang yang baik. Penjajah British mengatakan Datuk Maharajalela adalah seorang samseng. Mengapa? Kerana Datuk Maharajalela begitu tegas terhadap penjajah itu hingga sanggup membunuh wakil mereka, JWW Birch. Begitu juga beberapa ulama dan pejuang kemerdekaan Malaya yang digelar penjahat atau wanted persons oleh penjajah ini seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut dan sebagainya. Adakah kerana mereka ini betul² jahat? Tidak! Bahkan mereka orang mulia yang berjuang menetang penjajahan. Tetapi mereka dianggap samseng kerana yang menggelar mereka sebegitu adalah manusia yang jahat sebenarnya. Apakah tindakan mereka 'bersifat samseng' kepada penjajah ini layak kita gelar sebagai zalim? Tidak, bahkan merekalah yang mengangkat darjat kita sebagai bangsa yang tidak rela dijajah. Begitu juga, jika Tuhan bersifat samseng kepada orang kafir dan mereka yang menyekutukan Allah dan berkelakuan mungkar, apakah Tuhan itu zalim? Tidak! Jika Allah menjanjikan balasan neraka yang siksanya amat pedih itu kepada mereka, apakah Allah bersikap kejam? Apabila Allah memerintahkan bunuh kepada mereka yang murtad, tentulah si kafir akan mengatakan Allah itu samseng. Jadi, dengan janji azab yang disediakan, Tuhan memang samseng kepada orang kafir. Kata samseng dunia, kalau nak selamat penuhi permintaan mereka. Dan Allah pula berkata, jika mahu lepas dari siksa neraka, ikutilah perintahNya. Dan saya pernah terbaca hadits yang memetik Nabi saw berkata, sesiapa yang sombong itu adalah melakukan syirik. Kerana sombong adalah sifat Allah. Hanya Allah yang layak bersifat sombong. Pulak? Tetapi jika didalami, sememangnya Allah layak bersifat sombong. Setiap titik perkara yang ada di atas muka bumi ini hanyalah milik Allah. Sudah setentunya sebagai al-Malik, tidak ada halangan untuknya bersifat demikian. Cuma yang menjadi masalah ialah pemahaman kita terhadap maksud ayat² tersebut. Untuk orang yang rendah tahap aqalnya, tentu mereka hanya mampu melihat pada zahirannya sahaja. Seperti saya katakan di awal tadi, saya tidak berniat mahu membela Pas. Saya hanya mahu menerangkan isu yang sebenarnya. Adalah tidak adil untuk masyarakat terus dibutakan dengan hujjah kosong mereka yang anti Pas yang kononnya tampak lebih alim dari ulama² Pas padahal mereka hanya tahu memutar belitkan fakta. Sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang sembunyikan perkara sebenar. Saya bukan pejuang Pas. Perjuangan saya bukan untuk memastikan Pas mentadbir Tanah Melayu ini. Sebaliknya perjuangan saya ialah untuk mendaulatkan agama Islam sebagai satu²nya agama yang memerintah bumi Malaysia dan jika boleh seluruh dunia. Sama ada Pas, atau mungkin parti atau pergerakan lain yang wujud kemudian hari, jika Islam matlamat mereka, insyaAllah saya akan bersama mereka. Hanya pada hari ini, secara kebetulan, nota perjuangan saya serupa dengan bait² perjuangan yang dialunkan oleh Pas. Maka apa salahnya kami memukul gendang yang sama? Kami sama² mahukan Islam mentadbir, kami sama² mahukan sunnah dijunjung dan kami sama² mahukan keberkatan dari Ilahi. Apakah salahnya saya meletakkan kepercayaan saya kepada mereka untuk menjana mimpi yang saya impikan selama ini? Apakah saya hendak berharap kepada pemimpin yang melakukan modifikasi terhadap Islam dengan menambahkan 'imbuhan' Hadhari pada hujung perkataan Islam? Apakah saya mahu menyertai mereka yang membiarkan orang Islam dimurtadkan dengan sewenangnya, yang membiarkan mayat saudara Islam dibakar menjadi abu oleh penganut agama lain? Tentu sekali tidak! Saya tidak rela laknat Allah terhadap saya kerana bersama mereka! Hari ini, kebetulan perjuangan kami sama. Jika esok, setelah Pas ditaqdirkan memerintah dan Pas mula lari dari konsep perjuangan yang mereka alunkan pada hari ini, saya akan menjadi orang yang menetang mereka. Sekali lagi, saya bukan fanatik Pas. Jika selepas ini ada gerakan yang lebih konsisten dan tegas dalam menegakkan Islam, insyaAllah saya akan menyertai mereka. Yang pasti, saya tidak akan bersama dengan orang yang merosakkan Islam. Yang pasti, matlamat perjuangan tetap satu. Islam. Kerana Allah. Inilah yang perlu dipegangkan. Jika Pas lari dari pegangan ini, tidak ada lagi tolak ansur terhadap mereka. Jika Pas tidak melaksanakan Islam setelah mereka memegang tampuk pemerintahan kelak, memang itulah masanya untuk Pas juga digulingkan. Cukuplah. Saya rasa semakin panjang saya menulis, semakin ramai orang yang sakit hati. Jadi saya tidak mahu menambahkan bilangan musuh. Mungkin selepas ini tidak ada lagi artikel bercorak politik seperti ini dari saya. Kerana matlamat saya adalah pengislahan diri dan masyarakat. Fahaman saya mudah saja. Kita hanya perlu kembalikan masyarakat ke dalam lingkungan akhlak Islamiyah. Jika Pas betul² menegakkan Islam, setiap orang yang memahami Islam (dan tidak berkepentingan dalam kerajaan seperti sesetengah mufti dan imam masjid) akan turut menyertai Pas. Jadi yang paling penting sebenarnya berkempen untuk Islam, bukan untuk Pas. Jika ada sesetengah orang yang tidak mahu bersama perjuangan Pas, rasanya mungkin orang itu adalah orang yang menolak sistem demokrasi. Sebenarnya, saya juga amat membenci demokrasi. Dan begitu juga Tok Guru² kita. Tetapi kita tidak punya pilihan. Cuba terangkan bagaimana caranya hendak menjadikan Islam sebagai agama yang mentadbir di negara kita sekarang? Dengan penubuhan gerila dan merampas kuasa? Tidak. Iman orang kita belum sampai ke tahap itu untuk mati menegakkan agama Allah. Jadi bagaimana? Sebab itulah kita perlu berjuang atas tiket pilihanraya. Menyertai pilihanraya bukanlah bererti kita mengiktiraf demokrasi sebagai sistem yang lebih baik dari sistem yang Allah sediakan. Tetapi ini dilihat sebagai satu²nya pilihan yang kita ada. Setelah kita memegang tampuk pemerintahan kelak, setelah kita berjaya mengislahkan masyarakat kelak, barulah kita boleh hapuskan demokrasi sepenuhnya. Dalam erti kata lain, gunakan demokrasi menghancurkan demokrasi. Menyertai pilihanraya jauh lebih baik daripada duduk bersembang di masjid² dan menghalalkan (serta memuji) pemerkosaan terhadap Islam oleh pemimpin sekular bertopengkan Islam. Jika kita menolak pilihanraya dengan alasan ianya sistem kufur, terangkan apakah yang telah kita lakukan untuk mengembalikan maruah Islam? Para ulama dunia telahpun mengeluarkan fatwa bahawa menyertai pilihanraya bukanlah merupakan satu kesalahan. Jadi, mengapakah kita yang fahaman cetek ini hendak berbicara hukum mengalahkan mereka yang lebih berpengetahuan? Akhirul qalam, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada sesiapa yang terasa dan terguris hati akibat artikel ini. Baik orang Umno ataupun orang Pas. Mahupun para karkun. Ini hanyalah secoret tulisan mengenai pegangan politik saya. Tidak lebih dari itu... Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
