Sensitiviti umat Islam sekali lagi diuji dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pope Benedict XVI pada Selasa, (12hb September 2006) lepas di Universiti Regensburg , Jerman di hadapan para penganut Roman Katolik. Kenyataannya berkenaan dengan Islam telah mencetuskan kemarahan umat Islam hampir di serata dunia. Pope Benedict XVI dilaporkan telah memetik satu kenyataan daripada sebuah teks Zaman Pertengahan, kurun ke-14 berkaitan dialog di antara Maharaja Kristian Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang inteletual Parsi berhubung Kristian dan Islam. Pope Benedict memetik kata-kata Maharaja tersebut yang bermaksud:
Jika engkau tunjukkan kepadaku apa yang dibawa oleh Muhammad, di sana kau akan mendapati bahawa ianya bersifat kejahatan dan tidak berperikemanusiaan, seperti seruannya kepada kebenaran dengan menggunakan pedang.
Petikan tersebut dengan jelascuba memesongkan maksud sebenar kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Persoalan yang timbul adalah, mengapa Pope Benedict memetik kenyataan tersebut?
Sebagai seorang yang dikatakan pintar dan berpengalaman, dia seharusnya boleh menjangka reaksi yang akan diberikan oleh kaum muslimin. Kenyataan-kenyataan yang bersifat menghina dan merendahkan Islam amat mudah ditemui di dalam teks-teks di dalam Zaman Pertengahan kerana ketika itu Eropah sedang bersatu menentang Islam di dalam Peperangan Salib.
Pope juga tidak bersifat adil kerana tidak memetik keseluruhan dialog tersebut. Mengapa dia hanya memetik kata-kata daripada Maharaja Byzantine sahaja tanpa memetik apa-apa pun daripada cendekiawan Parsi itu?
Walaupun, pihakVatican telah mengeluarkan kenyataan berhubung penyesalan daripada pihak Pope, ia masih belum memadai. Sebenarnya Pope Benedict secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa nilai-nilai dan konsep-konsep yang ada di dalam dirinya tidak ada bezanya dengan apa yang dibawa oleh Bush dan Blair.
Bahkan Bush dan Blair juga tidak memberikan apa-apa komen berkaitan isu ini. Ia menunjukkan bahawa mereka amat bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Pope.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia mengeluarkan pandangannya tentang Islam. Ketika dia menjawat jawatan cardinal dengan gelaran Cardinal Ratzinger, dia cukup terkenal dengan fahaman konservatif. Ketika itu, dia sering menunjukkan rasa tidak puas hati dengan usaha-usaha untuk mengharmonikan Kristien dan Islam. Ketika memberi komen tentang permohonan Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah, (EU) dia berkata bahawa budaya Turki berbeza dengan Eropah. Membawa Turki masuk EU merupakan kesilapan besar.
Adakah maksud kesilapan besar itu merujuk kepada penentangan pihak Kristian yang masih berdendam dengan Khilafah Uthmaniah yang telah berjaya membukakota Constantinople dan menukarnya kepada sebuah kota Islam yang agung?
Tahun lepas, Pope Benedict XVI menuduh pemimpin-pemimpin Islam di Jerman kerana gagal mendidik belia-belia Islam daripada apa yang dikatakannya sebagai darkness of a new barbarism
Dia juga menyeru agar para pemimpin Islam lebih bertanggungjawab di dalam mendidik generasi muda Islam agar tidak terlibat di dalam keganasan, walhal, adakah dia sendiri sebagai pemimpin tertinggi Kristian Katolik akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Abu Gharib, Penjara Guantanamo dan pembunuhan 250,000 umat Islam di Afganistan dan Iraq? Ia dengan jelas melibatkan pemimpin-pemimpin Kristian iaitu Bush dan Blair. Atau mungkin kerana Pope menilai mereka-mereka ini (Bush dan Blair) dengan neraca khas yang lain?
Amat menjijikan apabila, di sebalik segala kritikan dan kemarahan umat Islam, Pope masih menyatakan bahawa semua petikan dan kenyataan-kenyataannya itu tidak menggambarkan sifat peribadinya terhadap Islam yang sebenar.
Mengapa dia tidak menyatakan secara terus bahawa dia sangat membenci Islam? Mengapa dia harus meminjam kenyataan atau petikan daripada seorang Maharaja yang telah mati 700 tahun yang lalu untuk menyatakan pandangannya tentang Islam. Adakah dia seorang penakut?
Allah SWT telah pun menyatakan perihal niat jahat mereka ini sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi jadi pelindung dan penolong bagimu. [TMQ Al Baqarah (2) : 120]
Jika engkau tunjukkan kepadaku apa yang dibawa oleh Muhammad, di sana kau akan mendapati bahawa ianya bersifat kejahatan dan tidak berperikemanusiaan, seperti seruannya kepada kebenaran dengan menggunakan pedang.
Petikan tersebut dengan jelas
Sebagai seorang yang dikatakan pintar dan berpengalaman, dia seharusnya boleh menjangka reaksi yang akan diberikan oleh kaum muslimin. Kenyataan-kenyataan yang bersifat menghina dan merendahkan Islam amat mudah ditemui di dalam teks-teks di dalam Zaman Pertengahan kerana ketika itu Eropah sedang bersatu menentang Islam di dalam Peperangan Salib.
Pope juga tidak bersifat adil kerana tidak memetik keseluruhan dialog tersebut. Mengapa dia hanya memetik kata-kata daripada Maharaja Byzantine sahaja tanpa memetik apa-apa pun daripada cendekiawan Parsi itu?
Walaupun, pihak
Bahkan Bush dan Blair juga tidak memberikan apa-apa komen berkaitan isu ini. Ia menunjukkan bahawa mereka amat bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Pope.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia mengeluarkan pandangannya tentang Islam. Ketika dia menjawat jawatan cardinal dengan gelaran Cardinal Ratzinger, dia cukup terkenal dengan fahaman konservatif. Ketika itu, dia sering menunjukkan rasa tidak puas hati dengan usaha-usaha untuk mengharmonikan Kristien dan Islam. Ketika memberi komen tentang permohonan Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah, (EU) dia berkata bahawa budaya Turki berbeza dengan Eropah. Membawa Turki masuk EU merupakan kesilapan besar.
Adakah maksud kesilapan besar itu merujuk kepada penentangan pihak Kristian yang masih berdendam dengan Khilafah Uthmaniah yang telah berjaya membuka
Tahun lepas, Pope Benedict XVI menuduh pemimpin-pemimpin Islam di Jerman kerana gagal mendidik belia-belia Islam daripada apa yang dikatakannya sebagai darkness of a new barbarism
Dia juga menyeru agar para pemimpin Islam lebih bertanggungjawab di dalam mendidik generasi muda Islam agar tidak terlibat di dalam keganasan, walhal, adakah dia sendiri sebagai pemimpin tertinggi Kristian Katolik akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Abu Gharib, Penjara Guantanamo dan pembunuhan 250,000 umat Islam di Afganistan dan Iraq? Ia dengan jelas melibatkan pemimpin-pemimpin Kristian iaitu Bush dan Blair. Atau mungkin kerana Pope menilai mereka-mereka ini (Bush dan Blair) dengan neraca khas yang lain?
Amat menjijikan apabila, di sebalik segala kritikan dan kemarahan umat Islam, Pope masih menyatakan bahawa semua petikan dan kenyataan-kenyataannya itu tidak menggambarkan sifat peribadinya terhadap Islam yang sebenar.
Mengapa dia tidak menyatakan secara terus bahawa dia sangat membenci Islam? Mengapa dia harus meminjam kenyataan atau petikan daripada seorang Maharaja yang telah mati 700 tahun yang lalu untuk menyatakan pandangannya tentang Islam. Adakah dia seorang penakut?
Allah SWT telah pun menyatakan perihal niat jahat mereka ini sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi jadi pelindung dan penolong bagimu. [TMQ Al Baqarah (2) : 120]
Sumber : www.mykhilafah.com
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___