Saya bukanlah pakar psikologi, ilmuan agama, kaunselor tetapi sebagai ibu kpd 3 org anak (2 remaja & sorang 9thn) ingin memberi sedikit pandangan berdasarkan pengalaman.
Memang anak2 diperingkat umur 2-10 tahun aktif dan ada macam2 idea. Kita sebaai mesti peka kpd perkembangan anak2 kita diusia ini supaya dapat channel kan idea mereka ini kearah yg positif. Kita juga sebagai org dewasa bertanggungjawab memastikan benda2 yg boleh membahayakan anak2 ini seperti benda2 tajam, beracun dsbnya. Teringat kpd kata Ustaz Ismail Kamus; kalau kucing curi ikan atas meja, jgn marah & pukul kucing tu; dia tak berakal. Itu memang fitrahnya. Kitalah yg berakal, sepatutnya menutup ikan dari dijamah kucing!
Berbalik kpd masalah puan; memang bila kita didalam keadaan marah dgn suami, hati (i.e. dgn dorongan syaitan) cepat membisikkan perpisahan. Namun hakikatnya
perpisahan akan memburukkan lagi keadaan! Pergilah kerumah anak2 miskin/yatim,macam2 cerita boleh dapat kat sana...
Masalah puan ini masih boleh diperbaiki lagi. Cubalah perkara2 berikut:
1. Baca buku Pedoman Pendidikan Anak2 dalam Islam oleh Dr Abdullah Nashih Ulwan. Bukunya tebal - dlm 2 jilid tapi Amat berguna sekali!! Saya syorkan setiap ibubapa Islam MESTI khatam dan amalkan kandungannya!!!
2. Perbanyakkan solat tahajjud serta berdoa ketika sujud (didalam solat)
3. Baca surah keseluruhan surah AlBaqarah setiap 4 hari sekali utk menghindari gangguan syaitan didalam rumah. Kalau tak mampu, pasangkan tape/CD. Ada hadith sahih yg menyatakan syaitan keluar dari rumah yg didlmnya ada bacaan surah ini dan tidak akan mendekatinya selama 3 hari.
4.Minta bantuan kaunselor - ustaz/ustazah yang berkelulusan dan
pengalaman didalam bidang ini.
Memang proses membaikpulih akan mengambil masa, tetapi insyaAllah, berkat kesabaran, usaha dan doa, akan dapat diatasi. Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Perkara halal yang amat tidak disukaiNya ialah perceraian. Jadi janganlah kita buat perkara yang dibenciNya.
Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqNya keatas keluarga puan.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
TM, mohon lalu tanpa pamerkan email ID. Thanks.
Assalamualaikum,
Saya mohon nasihat warga2 hidayahnet atas situasi yang saya hadapi.
Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan 2 orang cahaya
mata, both boys, eldest is 2+years and youngest is 6-month old. Suami saya
is a good person with strong character, never missed solat, always recite
quran, always attended majlis ilmu di surau bila ada peluang. Ditambah lagi
dengan paras rupa yang bersih, dia merupakan suami idaman yang betul2 saya
sanjungi.
Anak saya yang pertama sedang dalam growing up phase where dia sudah boleh
hafal ABC, 123, etc. Percakapannya still limited, sometimes boleh faham
sometimes baby talk. Pemahamannya masih belum sempurna lagi, still cannot
understand instruction yang dia belum familiar. Above all, he is an
adventurous type who likes to climb furnitures, lompat sana sini, climb
stairs, explore things, etc. He is still a kid yang belum understand
reasons so all I can do is cakap jangan buat or supervise dia so that he
wont injure himself.
Suami saya has a different view of raising children. Anak saya yang pertama
kerap dipukul oleh suami saya atas sebab2 kecil seperti tertumpah air,
enggan makan, enggan tidur, etc. Pukul here means tampar kepala atau badan
dan tolak kepala. Mungkin ada cara pukul yang lain yang saya tak perasan
yang sedar2 anak saya dah start menangis. Sometimes suami saya pukul anak
saya didalam keadaan marah and afterward dia cakap dia menyesal. Sometimes
pukulan ada tinggalkan bruises and sometimes tak. Tapi setiap kali anak
saya dipukuli, saya rasa sedih dan disappointed. Saya tahu anak saya tak
patut diperlakuan sedemikian.
Recently, anak saya enggan tidur waktu malam. Jadi anak saya started to
play by himself. Di dalam gelap, somehow he managed to get hold of savlon
tube (krim antiseptic), squeeze out some amount of savlon and pakai kat
rambut. To me what he did was funny. But not to suami saya. After he saw
what happened, he became angry, dia tarik2 rambut anak saya sebab main
savlon. Saya cuba tarik and peluk anak saya but then suami saya tarik anak
saya daripada tangan saya and baling anak saya ke lantai. Saya lantas
bangun untuk selamatkan anak saya by pushing suami saya away tapi suami
saya dapat grab anak saya, hitting the boy, stripped off this pyjama and
bawa masuk bilik air untuk basuh rambut. I still can hear anak saya kena
marah lagi dalam bilik air. I can never forget wajah anak saya bila keluar
dari bilik air. Anak saya nampak ketakutan, looking straight at me minta
ditolong. Tapi suara marah suami saya woke anak saya yang youngest and he
also started to cry dan saya terpaksa menenangkan anak yang muda dulu.
Dripping with water, cold, frightened, anak saya tak lepas pandang saya
when I noticed the bruises kat dada anak saya. When suami saya started to
dry the boy with towel, dia pun noticed and terduduk tepi anak saya sambil
claim dia menyesal hitting the boy.
Warga hidayahnet sekelian, adakah anak saya deserve this kind of
punishment? Betulkah cara sebegini diperlukan untuk mendidik 2-year old
boy? Pada saya, hitting is OK as long as budak tu faham reasoning, dah
besar untuk faham, pukul di bahagian kaki and without leaving marks. What
my husband did, pada pendapat saya was betul2 kejam. Apa hak saya untuk
protect anak saya? Saya masih dalam trauma bila mengenangkan di atas.
Anak saya, after his father peluk and cium dia, was allright, he stopped
crying. Alhamdulillah dia tak mengerti lagi untuk membenci his father. But
the bruises took awhile nak heal. Luka di hati saya, Allah sahaja yang
tahu. You see, it is always the same thing. After hitting the boy, suami
saya menyesal and started to be nice kepada anak saya for a while, then he
started to hit the boy again. Saya betul2 takut suami saya akan cederakan
anak saya, or worse bunuh kalau dia hit the boy in the fit of rage lagi.
Saya betul2 sayangkan anak2 saya. Saya dah pernah cuba nasihatkan suami
saya tapi failed. Saya dah forward articles from email yang saya dapat
kepada suami saya hoping dia akan baca dan berubah tapi failed. Saya malu
untuk minta tolong parents suami saya untuk nasihatkan kerana pada mereka
suami saya anak yang baik.Saya tak berapa kenal rakan2 suami saya untuk
nasihat dia.
Patutkan saya berpisah dengan suami saya demi nak protect anak2 saya? Kalau
boleh, saya tak mahu pilih jalan perpisahan. Saya sayang keluarga saya.
Anak2 saya adalah amanah Allah kepada saya. Suami saya pembimbing saya.
Tapi, bodohlah saya kalau saya masih berdiam diri selepas anak saya dipukul
teruk. Harap warga hidayahnet dapat beri nasihat apa yang boleh saya buat
dalam situasi begini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
posting ini dan terima kasih sekali lagi atas nasihat2 yang bakal anda
beri.
Wasallam.
Shima Derus
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
