| PM jumpa Bush kerana Scomi? |
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Pengendali blog Cuit Sikit, Amin Yatim mendakwa terdapat khabar angin yang sedang bertiup kencang di kalangan pemimpin politik Umno bahawa seorang bekas pemimpin kanan parti itu mendakwa tujuan khusus perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden Amerika, George W Bush baru-baru ini ialah untuk membincangkan isu skandal nuklear Scomi Group Berhad.
Scomi adalah gergasi
korporat yang dikuasai anak Abdullah, Kamaluddin.
Menurut Amin, bekas pemimpin kanan Umno itu mendakwa, Bush sedang cuba meyakinkan beberapa ahli Kongres supaya tidak membangkitkan isu Scomi di dalam persidangan Senat yang akan datang.
Jika dakwaan bekas pemimpin kanan Umno itu benar, pengedali blog itu melahirkan kebimbangannya tentang apakah balasan yang akan dituntut oleh Amerika jika negara kuasa besar itu menutup sebelah mata terhadap isu Scomi.
"Apakah akan terdapat kepincangan yang menguntungkan Amerika dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-US?" tanya Amin.
Isu Scomi masih belum selesai berikutan penangkapan beberapa orang eksekutif syarikat Jepun, Mitutoyo, yang merupakan rakan Scomi dalam penjualan komponen nuklear. Rakan kongsi Kamaludin dalam urusniaga tersebut, BSA Tahir masih ditahan di bawah ISA.
Mitutoyo didakwa
mengeksport dua alat sukatan dalam tahun 2001 kepada anak syarikat Scomi, salah satunya dipercayai dihantar ke Libya untuk program nuklearnya yang kini telah dihentikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Scomi, Shah Hakim Zain pernah memberitahu media bahawa salah satu anak syarikat Scomi, Scomi Precision Engineering (Scope), yang kini telahpun ditutup, pernah membeli enam mesin dari Mitutoyo dalam tahun 2002 dengan harga RM1 juta.
"Lima masih lagi di Malaysia dan satu telah dihantar ke Dubai untuk seorang pelanggan," katanya.
Beliau berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada mesin keenam itu, sebuah alat sukatan, selepas dihantar ke Dubai.
Sementara itu, empat eksekutif korporat Mitutoyo telahpun didakwa di Tokyo, kata pejabat pendakwaraya di ibu negara Jepun itu.
Mituyoto didakwa kerana mengeksport secara tidak sah ke Malaysia dua alat
sukatan tiga dimensi yang boleh digunakan dalam pengeluaran senjata nuklear.
Presiden Mitutoyo Kazusaku Tezuka, naib pengerusi Norio Takatsuji, pengarah eksekutif Hideyo Chikugo dan ketua kilang Mitutoyo Tetsuo Kimura menlanggar undang-undang tukaran asing dan pedagangan asing, kata pejabat pendakwaraya itu di dalam satu kenyataan.
Mereka dituduh mengeksport alat-alat tersebut pada Oktober dan November 2001 tanpa kebenaran kerajaan.
Selain isu Scomi, pengendali Cuit Sikit juga membangkitkan bahawa menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin turut ke Amerika melalui Singapura.
"Jika ini benar timbul tanda tanya apakah tujuan beliau ke sana? Bukankah Perdana Menteri menyatakan bahawa menantunya tidak terbabit langsung dalam urusan rasmi beliau?" -ah
***********************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___