Assalamu alaikum... 1) Mengenai pendekatan pendidikan anak, puan boleh ambil iktibar dari tips berikut:
Hendaklah kita membahagikan cara dan pendekatan kita terhadap anak dengan membahagikannya kepada beberapa tempoh. 7 Tahun Pertama: Berilah anak2 kita kasih sayang yang melimpah. Manjailah mereka. Penuhilah hidup mereka dengan riang dan tawa. Di waktu umur yang sebegini, mereka masih belum layak untuk menerima suara garang kita, marah kita, tengking kita. Tanamilah mereka dengan sifat mahmudah seusia kecil melalui contoh dan teladan. 7 Tahun Kedua: Perkenalkanlah mereka akan disiplin dan peraturan. Tanamkan di dalam diri anak2 kita agar hidup berperaturan. Jika solat dan akhlaq mulia belum diajar, maka usah bertangguh. Marahilah mereka andai solat tidak ditunaikan, andai akhlaq mulia dikesampingkan. Namun, kemarahan itu haruslah mempunyai nilai didikan dan asuhan. Berhikmahlah. 7 Tahun Ketiga: Layanilah mereka seperti kawan. Raikan cita2 dan minat mereka. Pandulah kecenderungan mereka agar menepati ajaran dan suruhan agama. Jiwa remaja yang sentiasa mencari identiti terkadang keliru jika dibiarkan mereka dipandu dek kawan2. Maka, jadilah kawan/rakan mereka. Selamilah jiwa mereka. Ketika ini, mereka memerlukan panduan/kawan dalam menyuluh kekeliruan. 7 Tahun Keempat dan Seterusnya: Mereka kini sudah dewasa. Maka, selayaknyalah mereka dilayan sebagai dewasa. Kata2 mereka, buah fikiran mereka, idea mereka telah pun matang di waktu sebegini. Usah dipandang lekeh/remeh. Namun, sebagai bapa dan ibu, tugas kita tetap menegur dan memandu mereka sebagai anak2 kita. Berpada2lah. Semoga bermanfaat. WAllahu a'lam. 2) Mengenai hubungan dengan suami, tak perlu rasanya puan berfikir mahu berpisah. Puan sudah mempunyai seorang suami yg soleh (mengikut apa yg puan cerita di perenggan pertama). Mungkin pendekatan suami puan begitu lantaran semasa kecilnya begitulah beliau diperlakukan semasa kecilnya. Jika suami seorang yg kuat beragama dan cuba mengamalkan akhlaq Islam, mungkin puan boleh melakukan perkara2 berikut: - hantarkan artikel kepada beliau melalui email atau keratan majalah tentang akhlaq Rasulullah kepada kanak2. Baginda Rasulullah adalah seorang yg sangat sayang kepada kanak2. - puan kenalah menutup 'pintu'2 kemarahan suami. Jika ada perkara yg anak2 buat yg mungkin boleh mendatangkan marahnya, tutupilah ia, cegahlah ia, selindungilah ia. - Dan lain2 yg boleh difikirkan... Dan akhirnya, doalah kepada Allah yg memiliki setiap hati. Agar ditambahbaikkan suami puan, bukan sahaja dalam hal beribadah, tetapi juga dalam berakhlaq dengan keluarga dan anak2. -Rasulullah adalah insan yg paling berakhlaq mulia dengan isteri dan keluarganya- waAllahu ta'ala a'lam... Ikhlas, SHAHMUZIR NORDZAHIR Perunding Takaful IKHLAS 019 - 3826408 [EMAIL PROTECTED] --- In [email protected], afizah wrote: > > TM, mohon lalu tanpa pamerkan email ID. Thanks. > > Assalamualaikum, > > Saya mohon nasihat warga2 hidayahnet atas situasi yang saya hadapi. > > Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan 2 orang cahaya > mata, both boys, eldest is 2+years and youngest is 6-month old. Suami saya > is a good person with strong character, never missed solat, always recite > quran, always attended majlis ilmu di surau bila ada peluang. Ditambah lagi > dengan paras rupa yang bersih, dia merupakan suami idaman yang betul2 saya > sanjungi. > > Anak saya yang pertama sedang dalam growing up phase where dia sudah boleh > hafal ABC, 123, etc. Percakapannya still limited, sometimes boleh faham > sometimes baby talk. Pemahamannya masih belum sempurna lagi, still cannot > understand instruction yang dia belum familiar. Above all, he is an > adventurous type who likes to climb furnitures, lompat sana sini, climb > stairs, explore things, etc. He is still a kid yang belum understand > reasons so all I can do is cakap jangan buat or supervise dia so that he > wont injure himself. > > Suami saya has a different view of raising children. Anak saya yang pertama > kerap dipukul oleh suami saya atas sebab2 kecil seperti tertumpah air, > enggan makan, enggan tidur, etc. Pukul here means tampar kepala atau badan > dan tolak kepala. Mungkin ada cara pukul yang lain yang saya tak perasan > yang sedar2 anak saya dah start menangis. Sometimes suami saya pukul anak > saya didalam keadaan marah and afterward dia cakap dia menyesal. Sometimes > pukulan ada tinggalkan bruises and sometimes tak. Tapi setiap kali anak > saya dipukuli, saya rasa sedih dan disappointed. Saya tahu anak saya tak > patut diperlakuan sedemikian. > > Recently, anak saya enggan tidur waktu malam. Jadi anak saya started to > play by himself. Di dalam gelap, somehow he managed to get hold of savlon > tube (krim antiseptic), squeeze out some amount of savlon and pakai kat > rambut. To me what he did was funny. But not to suami saya. After he saw > what happened, he became angry, dia tarik2 rambut anak saya sebab main > savlon. Saya cuba tarik and peluk anak saya but then suami saya tarik anak > saya daripada tangan saya and baling anak saya ke lantai. Saya lantas > bangun untuk selamatkan anak saya by pushing suami saya away tapi suami > saya dapat grab anak saya, hitting the boy, stripped off this pyjama and > bawa masuk bilik air untuk basuh rambut. I still can hear anak saya kena > marah lagi dalam bilik air. I can never forget wajah anak saya bila keluar > dari bilik air. Anak saya nampak ketakutan, looking straight at me minta > ditolong. Tapi suara marah suami saya woke anak saya yang youngest and he > also started to cry dan saya terpaksa menenangkan anak yang muda dulu. > Dripping with water, cold, frightened, anak saya tak lepas pandang saya > when I noticed the bruises kat dada anak saya. When suami saya started to > dry the boy with towel, dia pun noticed and terduduk tepi anak saya sambil > claim dia menyesal hitting the boy. > > Warga hidayahnet sekelian, adakah anak saya deserve this kind of > punishment? Betulkah cara sebegini diperlukan untuk mendidik 2- year old > boy? Pada saya, hitting is OK as long as budak tu faham reasoning, dah > besar untuk faham, pukul di bahagian kaki and without leaving marks. What > my husband did, pada pendapat saya was betul2 kejam. Apa hak saya untuk > protect anak saya? Saya masih dalam trauma bila mengenangkan di atas. > > Anak saya, after his father peluk and cium dia, was allright, he stopped > crying. Alhamdulillah dia tak mengerti lagi untuk membenci his father. But > the bruises took awhile nak heal. Luka di hati saya, Allah sahaja yang > tahu. You see, it is always the same thing. After hitting the boy, suami > saya menyesal and started to be nice kepada anak saya for a while, then he > started to hit the boy again. Saya betul2 takut suami saya akan cederakan > anak saya, or worse bunuh kalau dia hit the boy in the fit of rage lagi. > Saya betul2 sayangkan anak2 saya. Saya dah pernah cuba nasihatkan suami > saya tapi failed. Saya dah forward articles from email yang saya dapat > kepada suami saya hoping dia akan baca dan berubah tapi failed. Saya malu > untuk minta tolong parents suami saya untuk nasihatkan kerana pada mereka > suami saya anak yang baik.Saya tak berapa kenal rakan2 suami saya untuk > nasihat dia. > > Patutkan saya berpisah dengan suami saya demi nak protect anak2 saya? Kalau > boleh, saya tak mahu pilih jalan perpisahan. Saya sayang keluarga saya. > Anak2 saya adalah amanah Allah kepada saya. Suami saya pembimbing saya. > Tapi, bodohlah saya kalau saya masih berdiam diri selepas anak saya dipukul > teruk. Harap warga hidayahnet dapat beri nasihat apa yang boleh saya buat > dalam situasi begini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca > posting ini dan terima kasih sekali lagi atas nasihat2 yang bakal anda > beri. > > Wasallam. > -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
