Hentikan Penghinaan.. Lebih 300 orang menyatakan bantahan dan menggesa Pope Benedict XVI meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina islam di Masjid Kampung Baru selepas solat jumaat tadi (22 Sept 2006)Hentikan Penghinaan.. Lebih 300 orang menyatakan bantahan dan menggesa Pope Benedict XVI meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina islam di Masjid Kampung Baru selepas solat jumaat tadi (22 Sept 2006)


Beratus umat Islam berhimpun, bantah kebiadaban Pope
Fri | Sep 22, 06 | 06:22:17 PM
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Lebih 300 umat Islam berhimpun di Masjid Kampung Baru bagi menyatakan bantahan atas lafaz 'kurang ajar' yang diluahkan Pope Benedict XVI yang memetik kata-kata Manuel II Paleologus, Penguasa Empayar Kristian Ortodoks Byzantine pada kurun ke-14 di Regensburg University baru-baru ini.

Laungan "Tumbang-tumbang, kezaliman!" dan "Henti, henti, penghinaan", di samping sepanduk ""Pope Step Down"  dan "Blasphemous Pope Must React & Apologize" turut menghangatkan suasana pekarangan masjid tersebut yang menyaksikan kehadiran orang ramai menuntut supaya Pope meletakkan jawatan sebagai pemimpin Kristian dunia.

Perhimpunan secara aman yang diadakan selesai solat Jumaat di masjid tersebut turut dihadiri Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad;Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohammad Nor dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ridhuan Md Nor.

"Tidak sampai setahun kejadian menghina Rasulullah melalui karikatur, Islam dan Nabi Muhammad dihina sekali lagi dan dilakukan oleh pemimpin tertinggi agama."

"Kita amat meragui niat beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan beliau sudah pasti memhami agama kita...kemungkinan untuk menaikkan  sentimen penganut agama Kristian supaya membenci agama Islam," kata Dr Hatta di hadapan ratusan umat Islam yang berkumpul selepas solat Jumaat tadi.

Beliau berkata ucapan tersebut adalah lebih berat daripada karikatur yang menghina Rasullullah s.a.w dan percaya ucapan luar batas itu tidak disokong sebilangan besar penganut agama Kristian.

Beliau menyarankan dan mahu pengikut agama Katholik negara ini supaya 'menjauhi' ucapan seumpama ini supaya interaksi antara sesama masyarakat berbilang kaum dan agama dapat dilakukan dengan lebih harmoni dan selesa.

"Kita menuntut supaya Pope meminta maaf kepada 1,600 juta umat Islam dunia dan menarik kenyataannya dan bukannya 'I'm sorry' atau sedih tentang reaksi kita," katanya.

Perhimpunan ini yang mendapat liputan pelbagai media turut mendapat pengawasan daripada beberapa anggota polis yang memerhati sahaja di luar pekarangan masjid.
 
"Kita juga kecewa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak tegas menyatakan pendiriannya sewaktu bertemu dengan Bush berkaitan kenyataan Pope tersebut.Beliau tidak sepatutnya menerima sahaja kekesalan Pope ini," katanya sewaktu ditemui pemberita.

Sebagai Pengerusi Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) katanya, beliau sepatutnya bertegas dan menggesa Pope meminta maaf dan menarik kembali kenyataannya yang jelas menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia. - mks.

************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.



Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke