Asalamualaikum wbt & Salam sejahtera,
   
  Yayasan Kebajikan Nurhikmah bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah 
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang dan penaja makanan 
bersahur untuk anak-anak yatim di Rumah Nur Hikmah. Sehingga petang ini 
(25/09/09) jam 6.00 petang, lebih RM10,000.00 telah diterima untuk tujuan 
tersebut.
   
  Oleh sebab bajet untuk sahur hanyalah lebih kurang RM6,000.00 , maka wang 
lebihan tersebut akan dibawa kepada perbelanjaan Aidilfitri dan juga 
persekolahan anak-anak yatim disana.
   
  Kami sangat terharu dan berharap semangat menderma dikalangan netters akan 
terus bersemarak.
   
  Bagi anda yang bertugas di jabatan2 kerajaan dan swasta, anda masih 
berpeluang untuk menjemput anak-anak yatim Nur Hikmah untuk sama-sama didalam 
majlis-majlis berbuka puasa. Sila rujuk jadual berbuka puasa Rumah Nur Hikmah 
di http://mal.calendars.net/nurhikmah , untuk melihat hari yang belum ada 
penaja.
   
  Untuk membuat tempahan, sila terus hubungi Pengetua Rumah Nur Hikmah, Tuan 
Haji Osman Ahmad ditalian 017-383 9994.
   
  Terima kasih
   
  Wasalam
   
   
  LAMAN WEB              : www.nurhikmah.org.my
  JADUAL PROGRAM : http://mal.calendars.net/nurhikmah
  ALBUM FOTO             : http://www.nurhikmah.org.my/cpg149/
  EMAIL                           : [EMAIL PROTECTED]
  URUSETIA                   : Ahmad Fadzil (012-2968649)
  PETA LOKASI             : http://www.nurhikmah.org.my/petalokasi.html
   
  ----------------------------------------------------------------------------
   
  Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa 
saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga 
sukarelawan. Sila berhubung terus ke email [EMAIL PROTECTED] untuk tujuan 
tersebut.

Terima Kasih


RENUNGAN:

Hadith : 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah 
rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum 
muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti 
hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka 
yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan 
perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai 
oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga 
keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira. 

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah 
meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula 
meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu 
dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan 
baginda ketika usia baginda 8 tahun. 

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah 
membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam 
ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : 

"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia 
memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu 
Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan 
kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau 
menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau 
menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya." 

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. 
Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan 
kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh 
yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana 
sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan 
menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga 
merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai 
Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran 
melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah 
engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas 
serta berlaku zalim terhadap anak yatim !" 


Layari Laman web Yayasan Kebajikan Nurhikmah di www.nurhikmah.org.my



   
   

                
---------------------------------
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke