Saya minta jasa baik saudari agar nama hotel atau product di beritahu agar saya dan saudara Islam kita semua lebih berhati hati. Janganlah hanya bercerita sahaja tapi pembaca tertanya tanya, apakah productnya, hotel mana, restoran mana dan seterusnya.
Sebenarnya kita sendiri yang membuatkan Islam dipermain mainkan oleh penganut agama lain.
Wassalam.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
----------------------------------------- (on mail)
Siapa yang nak bela nasib kita kalau bukan kita sendiri........
Thanks & Regards
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya cuba mencari medium yang sesuai untuk melepas
geram tetapi tidak berjaya. Aduan diberi kepada pihak
berwajib pun dilayan bagai melepas batuk ditangga.
Sebab saya tidak melampirkan bukti. So sekadar mengadu
dalam email je lah.
Sebagai orang media, saya memang diarahkan untuk ke
sana-sini mencari bahan. Malangnya sering sangat saya
terdedah kepada makanan yang tidak diketahui sumber
halal haramnya. Semalam misalnya, saya dihidangkan jus
buah-buahan. Sekali teguk terasa pedih hujung lidah.
Saya terus berhenti dan mencari kaunter minuman tu
(bar). Rupa-rupanya dalam setiap gelas jus buah-buahan
sudah dituang awal-awal segaris nipis alkohol. Bila
saya tegur, mereka membalas - no one complain.
Last-last saya teguk air paip sebab tak de sumber air
bersih hatta mineral water pun tak dihidang. So macam
mana saya nak bagi tahu pihak berkuasa? Tak de bukti
melainkan pengalaman sendiri.
Begitu juga pengalaman tinggal di salah satu hotel
ternama di Langkawi. Di restoran hotel, saya minta
fish n chips. Adik pelayan yang baik hati memberitahu,
"Akak, kami rendam ikan tu dalam rum (sejenis arak)".
Terkedu saya dibuatnya. Saya bertanya, adakah awak
beritahu hal ini kepada semua tetamu. Adik tu dengan
innocent menjawab, "Tidak, hanya kepada orang
bertudung yang mintak hidangan ini je." So saya nak
ajukan masalah ini kepada siapa? Sebab adik pelayan tu
tidak mahu mengadu kerana di situlah periuk nasinya.
Malah hotel tersohor di Cyberjaya pun menghidangkan
saya dengan aiskrim bercampur rum. Terkejut lidah saya
bila terasa kering jamah aiskrim. Saya tanya kepada
chef yang bertugas - ada yang tempatan dan berbangsa
asing - mereka menjawab. We did put a little rum
inside. Saya mengadu kepada pegawai hotel.. balasan
mereka. Maaf.. lain kali akak lihat dulu ramuan
(ingredient) aiskrim dalam menu. Hmmm.... order
aiskrim pun dah kena lihat ramuannya???
Sekarang timbul desas desus halal haram roti (tak
payah sebut semua dah tahu). Geram sungguh. Panas
telinga saya call syarikat terbabit untuk minta
pengesahan. Haram.. sampai sudah tak de yang
mengangkat telefon. Akhirnya mereka buat conference
mengatakan kilang mereka tidak terbabit sebab sekarang
semua dah buat di kilang baru. Tapi saya dah makan
roti ni sejak dulu lagi. So roti yang dulu dibuat di
kilang lama tu apa? Mengapa awal-awal lagi perkara ini
tidak dipantau? Kalau tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang. Mesti ada sesuatu yang berlaku sehingga
akhirnya pembongkaran dilakukan. Saya yakin amat
sangat dengan kuasa Allah dan betapa Allah sayangkan
kita.
Saya beranggapan perkara yang tidak baik menimpa
umat Islam tanpa disedari akhirnya lambat laun akan
terdedah juga. Contoh jelas lagi nyata adalah kuih
bakul Kum Lun (tak ingat sangat ejaannya). Saya pernah
makan sebab ada logo halal Jakim. Last-last syarikat
tu mengaku tak halal gak sebab ada campuran benda
haram dan lesen halal mereka dibatalkan.
Sosej Ikea - saya pernah menjamah. Last-last tak
halal gak sebab guna usus kambing yang tak disembelih
ikut hukum Islam. Bila dah kena simbah air tanah baru
le mengaku. Lepas tu barule terhegeh-hegeh pastikan
semuanya halal.
Kegemparan ayam kfc dulu yang gunakan bahan perisa
diimport dari Indonesia yang tidak halal. Then mereka
buatla conference mengaku dah tak guna dah bahan
perisa tu. Ishh.. kami ni yang dah pulun lama dah ayam
tu.. lagu mana?
Ishhh geram la.. awat awal-awal lagi tak prevent
atau menjaga hukum halal haram. Awat bila buat sport
check baru le nak betul yang silap. Lepas tu buat
conference.. kami sekarang dah halal dah.
Agaknya semua company atau pengusaha makanan
berpakat guna motto yang sama - Sudah terhantuk baru
terngadah.
Sampai bila kita nak diperkotak katik kan? Nama je
duduk dalam negara Islam, tapi segala-galanya was-was.
Kasihan la kat saya ni... dalam berjaga-jaga pun
terkena jugak. Dah tak larat nak merasa. Selalu sangat
balik dari tugasan di hotel, kepala jadi pening2
lalat. Kalau among us (journalist) kami faham-faham
sajalah... sure ada arak dicampur dalam masakan. But
what about audience yang datang untuk meraikan majlis
itu waktu itu? Mereka tak tahu semua ini.
Kepada siapa nak mengadu? Sampai bila kita nak jadi
.. aiman tak kisah... -
email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
