Forkad adakan 100 'road show' antimurtad sempena Ramadan KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Sempena Ramadan Al-Mubarak, 'Front' Bertindak Anti-Murtad (Forkad) akan mengadakan 100 'road show' di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada umat Islam bahaya gejala murtad yang didakwa semakin berleluasa kini.
Pengerusi Forkad, Ustaz Ridzuan Mohd Nor, berkata kempen yang diberi tema 'Pertahankan Akidah Ummah' adalah usaha berterusan badan itu dalam menangani isu murtad di samping memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak leka dengan dakyah-dakyah halus yang cuba disebarkan melalui pelbagai cara. "Terkini, dakyah halus penyebaran agama lain melalui komik yang disebarkan secara percuma di sekitar Lembah Klang yang jelas cuba mempengaruhi golongan kanak-kanak," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas perhimpunan secara aman membantah kenyataan Pope yang menghina Islam dekat sini baru-baru ini. Beliau merujuk kepada sebuah komik bertajuk 'Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan' memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam itu jelas cuba menyebarkan fahaman agama lain disamping cuba mengelirukan dengan menyebut 'Allah' bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat mereka. Komik tersebut diedarkan secara percuma di sekitar Cheras dan ditaburkan di pekarangan Masjid, Taman Maluri dilaporkan mengunakan perkhidmatan belia-belia berbangsa Melayu yang memerlukan upah wang ringgit. "Dakyah ini sudah berlaku agak lama dan ini jelas bertentangan dengan undang-undang negara," kata Ustaz Ridzuan. Selain komik katanya, Bible dalam Bahasa Melayu dan Alkitab dalam Bahasa Arab turut disebarkan secara percuma yang secara tidak langsung cuba menerapkan fahaman agama lain dan mengelirukan umat Islam khususnya yang kurang didikan agama. Di samping itu, katanya Forkad turut mendapat maklumat ada usaha untuk mewujudkan persatuan agama di sekolah-sekolah menengah yang berperanan seperti Persatuan Agama Islam. "Mereka nak menubuhkan Kristian Fellowship di sekolah-sekolah menengah dan telah pun menghantar cadangan," katanya. "Fungsinya macam satu organisasi seperti Persatuan Agama Islam, ada tanzim...berselindung sebagai wadah kepada pelajar penganut Kristian," katanya. "Tetapi kita yakin persatuan tersebut akan propagandakan agama Kristian kepada pelajar Islam sebagaimana yang telah pun berlaku di kampus-kampus," katanya lagi. Forkad katanya, akan membuat laporan polis dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat berkaitan hal berkaitan termasuk mengadakan pertemuan dengan para mufti seluruh negara. "Isu ini bukan bermusim malah mesti ada usaha berterusan. Kita mahu semua pihak memantau dan mencegah supaya masyarakat Islam negara ini tidak terpesong akidahnya dan murtad akibat daripada perbuatan dan tindak-tanduk halus pihak-pihak tidak bertanggungjawab," katanya. - lanh http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4450&Itemid=1 Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/tamadun/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
