Asmwbkth... Di bawah, merupakan catatan pengalaman yang dilalui pengusaha projek, semasa menziarahi keluarga syuhada' di Mindanao, selatan Filipina. ALHAMDULILLAH, ALLAH berikan kita negara yang aman, pendapatan yang baik... Sempena Ramadhan yang mulia dan ganjaran pahala yang melimpah ruah untuk setiap kebaikan (anda kena yakin dengan janji ALLAH ini, barulah anda boleh `appreciate' segala usaha kebajikan anda)... menyumbanglah... Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan mahfum; "Selamatkanlah dirimu dari API Neraka Jahannam yang besar vmenjulang... walau pun hanya bersedekah dengan separuh dari buah tamar." Pada AKAD, kalau anda hanya mampu sedeqahkan separuh dari buah tamar, maka itulah kemampuan anda (sedangkan ALLAH lebih tahu kemampuan anda sebenarnya dan ALLAH amat Berkuasa memberi `Peringatan' kepada orang tertentu...) Tapi yang pasti, menyumbanglah... Jangan langsung tak menyumbang...
Terima kasih atas keperihatinan anda. Bagi yang menyumbang..., AKAD berdo`a semoga ALLAH memberkati, merahmati dan mensejahterakan kehidupan anda dan AKAD sekeluarga dan zuriat keturunan anda dan AKAD di dunia dan akhirat, dan ALLAH berkati harta anda dan AKAD, dan ALLAH masukkan semuanya anda dan AKAD dan keluarga dan zuriat keturunan, ke dalam syurga firdaus dan terhindar dari azab API Jahannam Neraka yang Maha pedih. Buatlah sumbangan... Hidup ini, rasa sahaja lama... Tapi sebenarnya tak lebih dari seperti meminum segelas air... Habis diminum air segelas, dicabutlah roh dari jasad kita... Itulah dia "lamanya" hidup kita di atas tanah dunia ini... Jazakumullah Jannah wa khairan katheeera... AKAD ======================================================== W'salam, Masakan saya lupa.... Nama syaheed tersebut ialah Abu Ahmad. Kita bertemu keluarganya di sebuah kampung di Marawi City, daerah Lanao del Sur. Ada satu lagi keluarga syahid yang kita jumpa pada masa itu, namanya ana tak ingat. Ada dua mayat syaheed yang digali semula, termasuklah mayatnya. Di dalam kegelapan malam di rumah ipar Abu Anas (dari Maskaz Syabab) bercahayakan pelita, kita memberi bantuan dan mendengar cerita mereka.. Anak kecil yang meninggal dunia itu kita lawati di Amoi Pak Pak Elementary School, di Marawi City. Sekolah tersebut di 'convert' menjadi refugee centre. Sebelum kita sampai ke bilik darjah itu (yang dihuni l/k 8 famili berbataskan kain rentang) yang tanpa ventilasi yang baik dan gelap, anak itu baru sahaja beberapa minit meninggal dunia. Munkin disebabkan oleh 'malnutrition' sebab dia sangat kurus... Saya tak sampai hati mengambil video atau gambar foto... :-(. Only Allah knew our feelings at that time.. even our guide cried. Apa yang kita ceritakan munkin dilihat cerita sensasi, tetapi inilah hakikatnya kehidupan orang yang ditindas dan para pejuang. Mereka hidup, mereka berjuang, mereka syaheed, mereka meninggalkan keluarga mereka kepada ummah untuk dibela... Ujian ke atas kita yang hidup selesa ini pula ialah bagaimana kita prihatin terhadap mereka.. Ayuh kita gembirakan golongan-golongan ini. Tak rugi kita dunia wal akhirat .... Ws, Abu Ameen Dr. hafidzi mohd noor wrote: > > Salam, > > Pak Mus anda masih ingat. > > Kita mengunjungi satu keluarga syuhada. mereka hidup dengan menjual buah-buah > dokong/duku. Suaminya syahid dalam operasi jihad dan dikebumikan secara > tergesa-gesa di medan. Mereka hanya pulang semula ke tempat kubur sementara > setelah dua minggu dan menggalinya semula untuk di bawa ke kampung halaman, > mayat nya masih baru/tidak rosak... > > Dan anda masih ingat ketika kita pergi ke refugee centre dan seorang anak > kecil menghembuskan nafas yang terakhir di depan mata kita, bagaimana ibunya > berhadapan dengan keadaan tersebut... > > Mindanao, the last bastion of the muslim east > HMN > > Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini wrote: >> >> Seorang ibu tua menangis teresak-esak.... Suaminya sudah meninggal dunia >> belasan tahun dahulu dibunuh oleh tentera kerajaan. Ya, suaminya syaheed >> sebagai pejuang mempertahankan aqidah dan bumi umat Islam yang dijajah... >> Kenapa baru kini beliau menangis? Sebenarnya dia baru sahaja mendapat >> bantuan dari NGO Islam dari luar negara. Selama ini tiada siapa pun yang >> memerhatikannya. Bukan umat Islam di Mindanao tidak prihatin terhadap >> keadaannya, tetapi rata-rata hidup mereka juga di dalam kedhaifan. >> Sumbangan Ramadhan dari JIM yang tidak seberapa bukanlah sesuatu yang >> penting (hanya sekitar RM 50 sahaja diberikan kepadanya), tetapi >> keprihatinan itu yang mengusik hati sanubari si ibu yang sudah lama >> menderita. Rupa-rupanya masih ada yang sayang.... >> >> (Ini adalah antara coretan relawan IttihadunNisa Foundation, Mindanao >> sekitar Ramadhan tahun 2001). >> >> Mari kita sama-sama gembirakan mereka.... >> Tolonglah sumbang semampunya. >> Juga pohon disebarkan mesej ini seluas-luasnya agar anda juga mendapat >> 'saham' di dalam membantu mereka. >> >> Sila layari >> <http://rayuan-ramadhan.jim.org.my/>http://rayuan-ramadhan.jim.org.my >> >> >> Ws, >> Hj. Mustafa Kamal >> Sekreteriat Rayuan Ramadhan JIM 1427H >> >> >> Maklumat akaun: >> Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia >> Maybank: 562209608847 >> Cawangan: Taman Melawati >> >> Note: Upon banking in the donation (if it is via that method) please fax >> your bank slip and your particulars as required by the form. Pls refer to >> borang penyertaan on the site I e-mailed (there is also the same bank >> account number). If possible please fax the form and the slip to facilitate >> our recording. >> >> >> >> >> >> Abu Ameen @ Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: 019-3211852) >> Sekreteriat Rayuan Ramadhan JIM 1427H >> "Sedekah Kepada Yang Lebih Memerlukan" >> <http://rayuan-ramadhan.jim.org.my/>http://rayuan-ramadhan.jim.org.my > -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/tamadun/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
