wa'alikum salam wrh wbrth..
saudara abu naqibah, banyak saya baca artikel saudara, mmg saudra pandai berbicara. banyak perkara2 atupun isu2 yang audara bangkitkan, dan semua artikel yang sudara karang amat saya setuju dan disini, saya nk mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara yang amat bernas. semoga sya menjadi seorang yang soleh di atas landasan Islam.. kepada sahabt yang lain sekalian, ambil la pengajaran dari artikel ini, sememang nya kita mmpunyai ego, walaubagi mana pun, sejauh mana kita dapt menerima teguran, itulah ukuran ego untuk kita semua...
wa'alikum salam...
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum warahmatullahâ¦
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheemâ¦
Ada sekali (sebenarnya beberapa kali) saya terlewat ke masjid untuk
berjamaah Maghrib. Saya masbuk pada rakaat kedua dan berada di saf yang
terakhir sekali iaitu saf ketiga. Seperti biasa, selepas imam memberi
salam, saya bangun untuk menyelesaikan baki satu rakaat yang saya
tertinggal. Di sebelah saya seorang yang boleh dipanggil âpakcikâ dengan
saiz tubuh yang âbolah tahanâ.
Selesai saya memberi salam, saya teruskan dengan berzikir seperti biasa.
Satu dari tabiat buruk yang amat sukat untuk saya buang adalah perbuatan
âmematahkan jariâ (cracking knuckles) terutama selepas solat, iaitu ketika
berzikir. Jadi, seperti kebiasaan saya, sewaktu mulut terkumat kamit
menyebut kalimah² suci, tangan saya begitu aktif âmematahkanâ jari² pada
tangan satu lagi.
Secara tiba² tangan saya ditepuk perlahan. Saya membuka mata dan melihat
pakcik di sebelah saya sedang merenung saya sambil tangannya digoyang²kan
sebagaiseolah² berkata âjangan buat begituâ. Saya dapat rasakan ada
perubahan pada riak muka saya tetapi saya cuba tersenyum sambil mengangguk.
Kemudian saya âpisahkanâ tangan kanan dan tangan kiri supaya saya tidak
berbuat begitu lagi.
Saya kira ianya habis begitu saja. Tetapi kemudian pakcik tersebut mencuit
saya âHa⦠Tu makruh tu buat macam tu. Kat luar tu dah ada tampal dah.
Makruhâ¦â katanya sambil tangannya ditudingkan ke dinding masjid memberitahu
nota tentang hukum âmematahkan jariâ ada tertampal di situ. Saya tersenyum
lagi. Sebolehnya saya tidak mahu bercakap ketika berzikir. Saya mahu
tumpukan sepenuh perhatian sepenuhnya kepada bacaan saya.
Tetapi teguran pakcik tersebut sedikit sebanyak mengganggu fikiran saya.
Tentang hukum mematahkan jari, sememangnya ianya bukan perbuatan yang baik.
Tetapi saya seolahnya ketagihan. Kebetulan saya belum lagi berjumpa mana²
nas yang melarangnya (sesiapa yang ada harap dapat berikan kepada saya).
Tetapi sering orang memberitahu ianya makruh dan saya yakin ianya begitu
memandangkan keburukan yang ada pada perbuatan tersebut.
Pun begitu, walaupun saya tahu pakcik itu berbuat sesuatu yang betul
manakala saya sememangnya layak ditegur, saya rasakan sedikit sebanyak ego
saya tercalar. Walaupun saya mampu menepis ego tersebut, namun ia akan
datang semula. Terkadang lahir juga dari hati âsiapa pakcik ni nak ajar
aku?â. Syukurlah saya cepat tersedar dan kemudian berdoa kepada Allah agar
pakcik tersebut dikurniakan kebaikan kerana berani menegur kesalahan saya.
Sebagai seorang yang biasa menegur orang yang berbuat silap, teguran pakcik
tersebut membuatkan saya terfikir. Mungkin beginilah agaknya perasaan orang
yang saya tegur. Meskipun pakcik tersebut menegur secara lembut, tetapi
nafsu dalam jiwa saya memberontak untuk menolak teguran tersebut. Dan tidak
mustahil selama ini orang lain juga berasakan seperti mana yang saya
rasakan ketika itu.
Seperti tadi, selesai solat witr, saya melihat ke jamaah di belakang saya
dan dapati pembantu saya tidak ada dalam barisan. Kemudian saya hampiri
teman sebiliknya dan bertanya di manakah pembantu saya. âMungkin dalam
bilik,â katanya. âKenapa kau tak tarik dia sekali?â tanya saya lagi.
âSusah⦠Benda macam ni (solat tarawih) bukan boleh dipaksaâ¦â katanya lagi
membuatkan saya menjawab, âMana boleh macam tuâ¦â tanda tidak berpuas hati.
Saya menuju ke biliknya dan melihat pembantu saya sedang leka bermain
konsol permainan PS2. âOoo⦠Kat sini engkau eh? Orang tarawih kat surau,
kau tarawih berjamaah dengan PS2?â tegur saya dalam nada berjenaka. âAku
nak makan pisangâ¦â jawabnya merujuk kepada perbualan kami sebelum ini
tentang pengalaman ketika bertarawih di kampung di mana katanya, anak muda
yang membantu akan âdihadiahkanâ dengan buah pisang.
Saya tergelak mendengar jawapannya. Kemudian saya rapatkan muka saya ke
mukanya. âTengok sikit muka anak Aji Ajis (bukan nama sebenar)? Woi! Bapa
engkau sikit punya alim, anak nak pergi tarawih pun malas!â kutuk saya lagi
membuatkan dia tersengih. Tetapi kemudian saya teringat kepada peristiwa
saya ditegur di masjid dahulu. Secara tiba² saya terfikir apa yang
dirasakan oleh pembantu saya itu tadi.
Sungguhpun teguran saya secara lawak jenaka, namun rasanya agak keras. Ahâ¦
dia faham tu⦠Pujuk hati saya. Saya tidak terus pergi. Saya duduk di
sebelahnya. Berharap agar dia tidak berkecil hati. âAmacam? Bola la kalau
beraniâ¦â pembantu saya menghulurkan gamepad kedua kepada saya mencabar saya
untuk bermain permainan bola dengannya. Saya menggeleng. Ketika ini barulah
saya berpuas hati yang dia tidak berkecil hati.
Susah juga hendak menegur kesilapan orang. Jika kita menegur dengan lembut,
mungkin orang memandang remeh kepada teguran kita. Tetapi jika kita menegur
dengan kasar, kemungkinan besar orang akan menjadi benci dan bertindak
menjauhkan diri dari kita. Patutlah Nabi saw begitu menitik beratkan
amr-bil-maâruf, nahi-âanilâmungkar dan dijanjikan dengan pahala yang bukan
kepalang. Kerana ianya tugas yang penuh cabaran.
Tetapi yang paling sukar sebenarnya bukanlah menegur orang sebaliknya
ditegur. Cuba berlaku jujur kepada diri. Jawablah, apakah kita sedia
menerima sebarang kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka? Orang lain
saya tidak berani kata tetapi jika saya, biarpun saya sedia menerima namun
sedikit sebanyak akan wujud perasaan tidak senang di dalam hati. Sedikit
sebanyak kita akan rasa tercabar untuk membuktikan kebenaran kita.
Dan di sinilah letaknya bahaya sifat tidak boleh ditegur ini. Sekiranya
kita tidak mampu menerima teguran, perkara pertama yang akan kita lakukan
adalah dengan mencari hujjah untuk membenarkan apa yang kita lakukan.
Paling tidak, kita akan mencari kelemahan orang yang menegur. Yang
menjadikan ianya bahaya ialah apabila ia sampai ke tahap âmenegakkan benang
yang basahâ hingga sanggup berhujjah pada asas yang palsu atau kosong.
Dan inilah yang saya lihat sering berlaku dalam kebanyakan mailgroups yang
saya sertai. Apabila ada seseorang yang menyuarakan isi hati mereka
berkenaan satu² isu, maka akan ada orang yang akan mengkritik huraiannya.
Tambah masalah jika kritikan itu dalam bentuk yang sinikal. Apa yang akan
terjadi seterusnya ialah, perang email yang akhirnya menyemakkan kotak
masuk akaun email kita dan akhirnya menerbitkan permusuhan.
Sebenarnya, konsep tegur menegur ini begitu mudah. Apabila kita telah siap
untuk menegur orang lain, maka sebenarnya kita sepatutnya sudah
mempersiapkan diri untuk ditegur. Itu sahaja syaratnya. Sungguhpun hanya
satu syarat, itulah yang paling sukar untuk dilakukan. Bagimana agaknya
kita boleh menyediakan diri untuk ditegur? Apakah yang harus kita lakukan
agar diri ini tidak âmelentingâ apabila diperbetulkan?
Terus terang, saya tidak tahu. Cuma yang boleh saya katakan, sifat enggan
ditegur ini berasal dari rasa ego dan tinggi diri seseorang. Tidak kiralah
rasa ego itu terbit disebabkan ilmu yang kita miliki, atau keturunan kita
yang kita jangkakan begitu mulia, kedudukan kita dalam hirarki masyarakat
sebagai seorang yang dihormati atau apa sekalipun. Yang penting, asalkan
kita ego, kita tidak akan sedia untuk ditegur.
Membuang sifat ego bukanlah perkara yang mudah. Perlu banyak latihan. Sebab
itu, jika mahu biasa ditegur, kita perlu selalu menegur kesilapan orang.
Kerana seperti yang saya katakan tadi, apabila kita menegur orang lain, dia
mungkin akan mencari kelemahan pada diri kita. Maka sediakanlah diri untuk
diperbetulkan. Setiap kali kita ditegur, berastaghfarlah. Semoga dengan
cara itu, kita dapat mengawal nafsu kita.
Sebenarnya tegur menegur ini adalah konsep asas dalam pengislahan
masyarakat. Apabila masyarakat kita semakin hari semakin rela diperbetulkan
dengan teguran oleh orang sekeliling, saya percaya matlamat kita menuju
pembentukan umat yang lebih sempurna semakin hampir. Tetapi ini bukanlah
kerja yang memakan masa setakat sehari dua dan bukan dengan sekali atau dua
kali usaha. Ia memakan masa yang lama dan memerlukan istiqamah.
Apa yang penting, sebelum mula menegur orang, bukalah hati kita dulu untuk
ditegur dan diperbetulkan. Bukalah pula minda untuk mendengar dan menilai
asas teguran orang lain sebelum kita membangkang. Buangkan sifat hendak
menang di dalam hati kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan. Apa yang
penting, sentiasa percaya bahawa kita hanyalah manusia memang sentiasa
terdedah untuk melakukan kesilapan.
Tidak lama dahulu saya telah melakukan banyak kesilapan akibat sifat buruk
ini. Kerja yang kononnya saya panggil pengislahan akhirnya menghasilkan
saya koleksi musuh yang banyak. Kerana itu lama saya mendiamkan diri untuk
mendidik hati supaya berfikiran lebih terbuka. Saya tidak mahu lagi gagal
dalam âpertarunganâ ini. Saya tidak mahu lagi membanggkang teguran ke atas
saya sehingga menerbitkan permusuhan. Mengaku kalah bukan bererti kita
salah. Dan mengaku salah bukan bererti kita kalah. Menegur bukan bererti
kita pandai dan ditegur bukan bererti kita bodoh. Angaplah teguran itu
datangnya sebenarnya untuk menyelamatkan kitaâ¦
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak
baik adalah akibat kelalaian saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahâ¦
-Abu Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]com
atau lawati http://abunaqibah.blogspot. com/
jazakumullahu khairan katsira
Best Regards,
Muhammad Faizal Bin Lokmannul Hakim
Patent Examiner
Engineering Department
Malaysia Intelectual Properties Office
Aras 10, 27, 30, 31 & 32,
Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.
[EMAIL PROTECTED]
Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
