| Penduduk Tionghua hadiri majlis berbuka puasa |
Oleh Maslan Yusoh
KOTA BHARU, 27 Sept (Hrkh) - Program majlis berbuka puasa yang diadakan di
Masjid Abdul Rahman di Wakaf Che Yeh malam tadi turut dihadiri beberapa penduduk keturunan Tionghua.
Mereka turut mendengar tazkirah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihadiri ramai penduduk tempatan dan Adun Bunut Payong, Takiyuddin Hassan.
Sebaik sahaja selesai solat Maghrib mereka bersama-sama jemaah lain menikmati juadah yang disediakan. Malah orang ramai yang hadir pada program tersebut juga pada awalnya terkejut dengan kehadiran beberapa penduduk Tionghua.
Sebahagian mereka adalah petugas di Pusat Khidmat Dun Kota Lama.
Menteri Besar berkata, program tadarus yang diadakan pada bulan Ramadan dapat mengeratkan lagi kasih sayang kerana mereka boleh menegur di antara satu sama lain ketika membaca al Quran.
"Ketika bertadarus, tok guru pun boleh ditegur anak murid sekiranya tersilap membaca ayat-ayat al Quran, begitu juga sebaliknya. Begitu juga orang profesional boleh ditegur penduduk kampung."
"Keadaan itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan semasa mereka tanpa mengira seseorang itu mempunyai pangkat dan berharta," katanya.
Beliau juga berkata, perkataan tadarus berasal dari bahasa Arab sudah menjadi bahasa Kelantan apabila dikenali
sebagai 'chederus' sejak zaman berzaman.
Sementara itu, ketika merasmikan Ihya Ramadan di tempat Tarawih terbuka milik Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke IV, katanya kerajaan negeri telah berjaya menonjol imej Islam di kawasan bandar.
Katanya, sejak lebih 16 tahun lalu, kuliah agama diadakan di Jalan Dato' Pati pada setiap pagi Jumaat sehingga jalan tersebut ditutup sementara kepada lalu lintas ekoran kehadiran orang begitu ramai.
"Dan pada bulan Ramadan pula diadakan khemah khas bagi membolehkan solat Tarawih diadakan di kawasan bandar yang bermula
berhampiran stesen bas SKMK pada tahun 1991," katanya.
Oleh itu beliau berharap orang ramai turut membantu kerajaan negeri memikirkan kaedah lain bagi menyemarakkan lagi syiar dan penghayatan Islam di Kelantan pada masa akan datang.
Perasmian program itu diadakan selepas selesai empat rakaan solat Tarawih, yang diimamkan pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Lokman Ibrahim. Ramai yang hadir sehingga sebahagian mereka terpaksa solat di luar khemah.
********************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___