Assalamualaikum.. Suka saya memperbetulkan kekeliruan ramai tentang masalah imsak ini. Nabi menyebut waktu sahur adalah waktu sebelum fajar subuh. Hanya apabila tepat masuk waktu subuh,makan minum tidak dibenarkan.Imsak hanyalah waktu utk beringat. Bukan perkara wajib, iaitu bukan wajib berhenti makan minum (sahur) apabila masuk waktu imsak. Wajib berhenti makan minum (sahur) hanya apabila masuk waktu subuh.
Untuk perjelasan yang lebih jelas, silalah lawati laman web dibawah: Sekian dr saya yang dapat dikongsi bersama muslimin-muslimat.wassalam. [EMAIL PROTECTED] KETETAPAN IMSAK SEBELUM SUBUH http://e-hadith.info/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=142 Berikut antara petikan tazkirah dlm laman web tersebut: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wataala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya. Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit. Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa. Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga seolah-olah mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan dan sebagainya dengan begitu meluas sekali. Semuanya menyatakan waktu berbuka puasa dan imsak atau imsakiah. Imsak dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum, jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Inilah juga imsak yang difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu. Tetapi ada juga setengah-setengah kalangan yang terus makan walaupun selepas waktu imsak itu. Tentu pihak lain memandangnya dengan pandangan yang serong dan mungkin tidak sah puasanya dan orang yang melakukan perbuatan itu sendiripun berada dalam keadaan serba salah. Dari itu, pihak kami berasa bertanggungjawab membincangkan isu ini secara ilmiah berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah di samping kitab-kitab ulamak yang muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di negara ini akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan selama ini. Pertama, Al-Quran dengan jelas mengatakan firman Allah: Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq- permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar. (Al-Baqarah: 187) Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada sebarang imsak sebelum masuknya waktu subuh malah Allah menganjurkan supaya kita makan dan minum hingga atau sampai masuk waktu subuh. Perintah disini mengikut ulamak usul bukan memberi makna wajib walaubagaimanapun paling kurang ia memberi makna harus. Kedua, hadis sahih jelas menunjukkannya di mana Nabi s.a.w. bersabda, Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya (Riwayat Bukhari dan Muslim). Para ulamak sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu subuh dengan tujuan mengejutkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu subuh. Di sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan sebagainya sebelum masuknya waktu subuh malah ia menganjurkan supaya makan sampai akhir waktu iaitu masuknya waktu subuh. Ketiga, dalam hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang mafhumnya Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur (Riwayat Imam Ahmad). Hadis ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan Hadis yang tersebut di atas yang bermaksud: Makan dan minum dan sebagainya hingga masuk waktu subuh. Selagi umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan sebaliknya bila mereka meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan. Keempat, kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk Syarah Muhazzab, Al-Iqna Al-Mahalli, Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi , Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak juga kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu subuh sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Hairan! Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah orang yang mula-mula memperkenalkannya? Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini berhujjah dengan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud, "Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya: Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu subuh selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10 minit.) Inilah punca imsak, kata mereka. Tetapi pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana; 1.Tidak ada seorangpun perawi hadis yang menghuraikan pengertian begitu. 2.Hadis ini ada kemungkinan memberi erti yang lain selain daripada kemungkinan tadi. Ia mungkin memberi erti tempoh diantara selesai bersahur dengan sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat. Ini bermakna setelah selesai bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu bolehlah mengambil wudhu kemudian barulah sembahyang subuh. Tempoh di antara azan, wudhu, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah lebih kurang 50 ayat. --- [EMAIL PROTECTED] wrote: > > > >Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat. > >1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan > berbuka dan ta'akhir sahur. > >2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita > berhenti sahur > >sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum > subuh. > >3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga > nyata benang putih > >dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran. > >4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu > ada orang makan > >sehingga waktu subuh atau dengar azan. > >5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak > masuk kedalam > >waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia > telah menetapkan > >waktu imsak(menahan diri dari makan & minum) 10 > minit sebelum sahur. > > > >Saudara-saudari, > >Baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah > ini. > >1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama > Islam Negeri > >Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap > sembahyang ialah 5 > >minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya. > > > >2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu > Subuh pukul 5.50 > >pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya > iaitu pukul 5.45 > >pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. > Justeru itu siapa yang > >masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum > selepas waktu > >subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil > waktu taqwim(bukan > >jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. > PUASA IALAH RUKUN > >ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA > ILMU MENGENAI > >AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari > makan minum dan > >perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik > fajar hingga jatuh matahari. > > > >3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu > sembahyang lewat > >5 minit?. Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei > di KUZA Terengganu > >pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu > masuk waktu > >sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi > menyelamatkan orang > >yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin > ia memakai jam > >yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu sembahyang > ditulis tepat > >seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang > padahal waktu > >belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin > kerana nak pergi > >kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang > tanpa azan, tanpa > >iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi > sembahyang tidak > >diterima kerana belum masuk waktu. > > > >4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu > kawasan yang luas. > >Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling > dan kawasan > >paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima > matahari lebih awal dari > >Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) > Baling disebelah > >timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya > menyatakan satu > >waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat > tengah-tengah Kedah. > >Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita > tengok negeri > >disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari > kita. > > > >5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang > ahli falak mengira > >kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 > pagi, mungkin > >kiraannya pukul 5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). > Kita tak boleh tulis > >5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar > ialah 5.45.20. > >Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana > manusia melihat > >jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan > masa. Kita tambah > >lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi. 5.46 + 5 > minit jadi waktu > >subuh 5.51 pagi. > > > >Saudara saudari > >JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA. > >Sekian, TQ > > > > > > ----------------------------------------- (on mail) > > email-body was scanned and no virus found > --------------------------------------------------------- > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
