Alhamd. Selamat datang dalam perbincangan topik ini, Saudara [EMAIL PROTECTED] bimbang dengan perkembangan Kristian Fellowship di sekolah-sekolah menengah.
Saya bersetuju dengan keprihatinan saudara, tapi sejauh mana duit dapat selesaikan tugas dan tangguhngjawab? Mungkin saudara pernah terbaca kekecewaan seorang penggiat dakwah Islam ( kepada bukan Muslim), yang beliau juga bekas paderi.
Beliau kecewa dengan rungutan teman sekerjanya yang asalnya Islam, komplain tentang over time dan gaji untuk mereka yang keluar berdakwah, bukan risaukan hasil dan tanggungjawab haritu..(. sebagai Muslim dan sebagai pendakwah)
Pokoknya ialah: kesungguhan kita melihat masaalah:mengatasi kemurtadan dengan menyampaikan cahaya Islam kepada mereka yang belum Islam.
Kita yang ada cahaya (Islam) tetapi menunggu dalam 'kegelapan', tidak mau menyampaikan kepada yang berhajat, sudah pasti akan didekati oleh mereka yang
yakin dengan "cahaya batil" untuk datang "menerangi" kita.
Itulah pekerja-pekerja kristian yang benar-benar yakin dengan "cahaya" yang mereka bawa. Janganlah kita melenting jika mereka dengan "baik" menghampiri kita.
Duit adalah masalah kedua, atau mungkin yang kesepuluh, lihatlah Islam dulu, berkembang ke seluruh dunia dan ke Tanah Melayu,bukan didatangi oleh
pendakwah yang kaya, tetapi mereka masuk mencari kita dengan vision menyampaikan Islam kepada mereka yang belum Islam.
Maaf, di bawah saya kepilkan coretan saya dalam mail awal September tahun ni.
------------ --------- --------- --------- --------- -------
Assalamu'alaikum w.w.
Saya tertarik dengan perbincangan ini.
Yang saya rasa kita telah kehilangannya sejak beberapa dekad atau mungkin kurun.
Perbincangan ini berkisar pada kerja atau tugasan Allah yang telah ditunjukkan oleh Arrasul s.a.w. dan para sahabatnya dulu..." sampaikan Islam pada mereka yang belum Islam"
Bila kita digoncangkan oleh kes Lina Joy dan Al kitab (terjemahan bible dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia), barulah kita terbangun dari tidur kita.
Bukanlah maksud saya, terpegun atau bergembira dengan berita-berita tersebut, tetapi mungkin Allah wujudkan peristiwa tertentu yang ada hikmahnya.
Inilah masanya kita balik pada diri kita. Jangan salahkan penganut ugama batil kristian atau hindu disebabkan mereka mendekati kita atau anak-anak kita.
Jangan salahkan syaitan sebab itu kerja mereka membawa kita jauh dari Allah,
memang syaitan, makhluk yang sudah bersalah.
Kita yang perlu lihat diri kita sehingga membiarkan mereka datang menyampaikan kegelapan dan kesesatan kebatang hidung kita.
Salahkah mereka berusaha, 'berkorban' , berjuang menyampaikan risalah yang mereka rasa cahaya penyelamat ummat manusia..... .
Sedangkan kita yang mempunyai kalimah yang paling mulia, sumber cahaya bagi sekelian makhluk, telah terlena, dalam suasana yang selesa dan mengasyikan (comfort zone). Kita terlupa kerja-kerja asas yang telah dilaksanakan oleh para sahabat, tabiin dantabie tabien, sehinggalah mereka datang ke Tanah Melayu, mengetuk pintu-pintu rumah kita.
Islamkah kita jika mereka semua tidur atau malas untuk menyampaikan risalah Allah pada datuk nenek kita ? Islamkah kita kalau mereka takmampu mengajak walaupun jiran-jiran dan kenalan ke jalan yang Murni ini ?
Kenapa kita terlalu kedekut untuk sampaikan Islam yang ada pada diri kita, Islam bukan untuk dimiliki tetapi untuk disampaikan.
Pernah saya membaca satu artikel, seorang Jepun berkata setelah dia mendapat hidayah Allah, " kamu mempunyai dan menyimpan kalimah yang paling Agung di mukabumi ini, tapi baru sekarang saya dapatkannya. Tidak kesihankah pada kami? Kami menpunyai banyak kejayaan dunia yang kecil dibandingkan dengan kalimah tadi, namun kami sampaikan pada anda, sehingga tidak terdapat di kalangan anda yang tidak merasainya.. .
Marilah kita merealisasikan semula tugas dan misi kita sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda dan diamalkan oleh mereka yang terdahulu dari kita :
Arrasul datang dengan dengan satu tujuan, mengajak semua manusia mengabdikan diri kepada Allah semata- mata.
Mengajak kepada kebajikan yang paling besar , "MA 'RUF AL AKBAR",
ie. mengajak kepada pengabdian dan ketaatan hanya sanya kepada Allah.
Melarang dari kemungkaran yang paling besar ,"MUNGKAR AL AKBAR",
ie. melarang daripada mensyirikkan Allah dengan apa pun.
Dalam menyampaikan misi ini Arrasul tidak pernah menepikan dakwah kepada bukan muslim, malah itulah kumpulan sasaran Baginda. Baginda sentiasa mencari
hati-hati yang mahu menyambut dakwahnya di kalangan mereka orang-orang bukan Muslim. Berapa puluh atau ratus kali baginda bertemu dengan abu jahal ? Berapa kali Rasulullah berdoa untuk hidayah mereka ?
Celik-celik Abu Bakar dengan Islam, dia sentiasa mencari-cari siapakah yang mahu
didakwahkan hari ini. Begitu juga Saidina Omar dan sahabat-sahabat lainnya...
Beginilah sehingga sampainya Islam kepada kita sekarang.
Sasaran DAKWAH mereka adalah kepada BUKAN MUSLIM.
Dalam masa yang sama ( secara serentak) mereka sentiasa mendapat bimbingan dari Rasulullah untuk mengislahkan diri mereka. Jadi jika kita tengok kepada kedua-dua misi ini, ie DAKWAH dan ISLAH ia sentiasa jalan serentak.
Sasaran Peng ISLAHAN mereka adalah untuk diri dan jamaah MUSLIM itu sendiri.
Saya harap anda semua dapat memahami apa yang saya nak bawakan di sini.
Kita kehilangan misi yang pertama dan juga tidak bersungguh dengan misi yang kedua, kalau adapun masih banyak yang perlu di tambah, kita jauh dengan pendidikan Al Quran, sepertimana yang dilakukan Baginda di rumah Arqam Bin Abi Arqam, dan di Institusi Masjid Nabawiyyah.
Saya ingin fokus kembali kepada misi pertama,
Mengajak kepada kebaikan yang paling besar, iaitu ma'ruf yang Al Akbar,
adalah mengajak manusia untuk mengesakan Allah, mengajak manusia menyembah hanya Allah. Ajakan dakwah ini berlaku dengan dakwah kepada yang belum beriman atau yang masih mensyirikkan Allah dengan yang lain. Inilah sebesar-besar dakwah selepas kita mendapat hidayah Allah s.n.t. Dalam itu juga terkandung melarang kepada mungkar Al Akbar.
Jadi sasaran dakwah adalah kepada kumpulan BUKAN MUSLIM...!
(Di samping itu saya tidak mengatakan bahawa peng ISLAHAN diri kita tidak penting, ia mesti jalan serentak dan berterusan)
Sasaran dakwah Rasulllah dan para sahabat adalah untuk menyampaikan mesage
LAA ILA HA ILLALLAH , MUHAMMADAR RASULULLAH.
Adakah ini menjadi polisi hidup kita ? Atau menjadi polisi komuniti, keluarga atau masyarakat setempat atau sesuatu kariah orang-orang Muslim. ?
Kita hanya memikirkan hal diri kita dan pengislahan komuniti orang Islam sahaja,
lupakah kita bahawa jiran kita yang belum beriman, teman sekerja kita yang rapat,
masih belum kita ajak kepada kalimah yang paling mulia ?
Saya bertanya pada diri saya .. "Pernah tak saya berbincang dengan isteri atau anak-anak atau dengan kariah mesjid atau surau, tentang keimanan dan keselamatan jiran
saya yang belum muslim di Akhirat nanti ?"
Atau keselamatan kita bila dia mengadu pada Allah bahawa kita tidak pernah mengajak atau tidak menyampaikan Islam kepadanya... !
Kita ambil satu contoh : Jika sekiranya seorang sahabat Rasulullah tinggal dikampung kita dan di sebelah rumahnya ada jirannya yang belum Islam.
Agaknya berapa kali beliau akan berzairah, memberi hadiah dan berdoa untuk
hidayah jiran nya itu, dalam rangka mengajak kepada beriman kepada Allah,
mentauhidkan Allah. Kerana itulah kebaikan yang paling besar, atau Ma'ruf Al Akbar.
Bukannya memperindahkan atau membesarkan surau atau mesjid, sedangkan jiran bukan Muslim yang berada di depan mesjid tak pernah kita ziarahi, tak ada pun perancangan untuk menyelamatkan aqidahnya.
Jika Berdakwah dan Islah menjadi Misi hidup kita, sudah pasti kita juga akan mempersiapkan diri dgn pengetahuan dan pengalaman kearah itu.
Seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak, terdapat mereka yang bekerja kearah itu. Kumpulan ini mempersiapkan diri dan bekerja kearah itu. Alhamdulillah.
Suasana dan keadaan ini perlu berjalan dan menjadi polisi bagi setiap individu Muslim, kariah surau atau mesjid, pertubuhan-pertubuh an dan polisi kerajaan.
Berhampiran UPM, terdapat sebuah gereja, dan menjadi polisi mereka untuk "menyelamatkan seramai mungkin ummat manusia".
Di UPM juga terdapat sebuah mesjid yang jauh lebih besar dan "gagah" , tetapi apakah ada polisi yang terancang dan tersusun dan di"implimenkan" dengan berkesan untuk BERDAKWAH kepada bukan Muslim, untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan dan syikik ?
Bukanlah kita pergi membuta tuli, tanpa ilmu dan persiapan...
Teknik, pengetahuan dan penggalaman perlu dicari, mahu seribu daya,
tak mahu seribu dalih. Janganlah kita naik marah bila orang mula menggedarkan
bible dalam bahasa Melayu, tapi tidak ada apa-apa tindakan kita untuk mencegah
bible itu menipu dan meracuni anak-anak kita. Sedikit pengetahuan tentang bible
bukan saja memudahkan kita mendekati, berdakwah kepada orang kristian, malah boleh menggelakkan diri dan anak-anak kita dari tipu daya mereka.
Banyak kandungan bible yang bercanggah sesama sendiri, dan banyak juga yang
salah secara saintifik dan realiti. Terdapat satu bahagian dalam bible yang terlalu lucah dan hina yang tak mampu kita baca bukan saja beramai-ramai malah walaupun bersaorangan. bahagian tersebut menceritakan tentang perlakuan sex pelacur dan .....
Apatah lagi jika ada di kalangan kita yang berminat dan menguasai bible dengan baik.
Inilah pelaburan dan senjata yang perlu ada dengan suasana sekarang.
Di samping itu banyak juga kandungan bible yang menyokong kedatangan Rasulullah s.a.w., kaedah beribadat dan kehidupan Nabi Isa a.h. yang banyak menyerupai kehidupan dan ibadah orang Muslim... fakta-fakta ini telah banyak membantu paderi-paderi memeluk Islam.
Apabila ramai yang murtad, kita menyalahkan peruntukan undang-undang yang
membenarkan mereka orang bukan Islam "menyerang" kita atau menggugat hak kita.
Atau menggatakan suasana hiburan dan hedonesma yang banyak membantu menyerlahkan kemurtadan mereka... Saya tidak nafikan, sungguh sedih bila ada orang yang murtad. Tetapi gejala ini berlaku antara sebab utamanya ialah bila kita meninggalkan tugas Dakwah dan Islah. Kita membiarkan mereka (orang bukan Islam) bukan saja dalam kegelapan, malah mereka kini datang membawanya kepada kita untuk dikongsi....
Ada yang akan memberi alasan, orang Islam sendiri pun masih belum betul Islamnya, atau keluarga kita pun belum beres, bagaimana pula nak menyelamatkan orang belum Islam ?
Apakah kita lihat Nabi Muhammad meninggalkan kerja dakwahnya disebabkan bapa saudaranya belum Islam, atau Nabi Nuh a.s. meninggalkan tugas dakwahnya disebabkan anaknya belum selesai Islamnya, atau Nabi Lut a.s. menyembunyikan diri dari berdakwah kerna keluarganya belum selesai ?
Mereka tetap menyampaikan risalah Allah...
Saya menyeru diri saya dan siapa saja yang membaca coretan ini, untuk berhenti sejenak dan berfikir.. jika kita yang mempunyai kalimah Tauhid milik Allah ini kembali menemuiNya tanpa berniat dan berusaha "mengIslamkan" walaupun sorang, maka tidak layaklah kita dicipta sebagai khalifahnya. ...
Wallahu 'alam...
Segala yang benar dari Allah, maaf jika ada yang tersalah.
Wassala mu'alaikum w.w.
Muhammad Haleem.
[EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:
Assalammualaikum. ..
Kita semua maklum... how do the christian missionaries get to be active in their movements? Sebab... they get sponsorship from giant corporations to fund their movements. I would like to suggest... if FORKAD is serious about their efforts, why not fight back using the same method? Collect funds from muslims for this cause solely. To start with..let's get contribution from the Hidayah Group members first...then. .. go to Corporations. .. I dun think Malay Muslims contractors yang cikai pun tak leh nak contribute RM1000... kalau individu mungkin lah susah to contribute in huge number...but individuals can give volumes even if they give small contributions. .. with the money we can also print out such comics and distribute to the kids at school for FREE!!!
What say you?
Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
