Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup. Itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar di sekolah dahulu. Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".
Ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupun dari segi zahirnya nampak halal. Boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz. Apakah makanan itu??.... Makanan yang dimaksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyak tangannya, apabila dipesan "Roti telur satu"... Maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telur dan dipecahkan telur kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telur itu tidak dibasuh terlebih dahulu??..Telur yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam di permukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telur yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi. Ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis. Memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan. Nasihat saya kepada saudara sekalian, berhati-hatilah dengan benda makanan ini. Pastikan telur itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuhlah telur dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telur hendaklah dibasuh terlebih dahulu kerana bila memecahkan telur tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat di kulitnya, samada kelihatan atau tidak. Sekarang ni bulan puasa. Saya selalu intai kat pasar ramadhan samada telur yang digunakan utk martabak atau kue teau goreng kerang dibasuh atau tidak. Susah nak cari yang berbasuh. Ada satu gerai murtabak kat pasar ramadhan kat UITM Shah Alam yang basuh telurnya tapi mahal sikit dari gerai lain. Apa mahal sangat ke bil air utk basuh telur tu sampai harga martabak tu mahal sikit dari gerai lain. Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telur sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu. Marilah kita boikot gerai yang tak basuh telur ayam agar ibadat kita lebih sempurna. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
