Ancam bunuh pemimpin Hamas: OIC diminta putuskan hubungan dengan Fatah
Thu | Oct 05, 06 | 02:48:30 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Tindakan Briged Jihad Al Aqsa,  pergerakan sayap bersenjata Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mengancam untuk membunuh pimpinan tertinggi Hamas dilihat sebagai 'kebejatan' pemikiran pemimpin parti tersebut yang kononnya turut berjuang mempertahan nyawa umat Islam Palestin.

Ancaman pergerakan itu sekali lagi mencetus konflik baru antara pengikut dua parti besar di Palestin, tatkala hujan peluru bedilan Israel masih membayangi negara Asia Barat itu.

Akibatnya, semalam seorang pemimpin kanan Hamas, Mohammed Odeh, 37,  dilaporkan ditembak mati oleh tiga lelaki bersenjata sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Tebing Barat.

Mengulas situasi tegang kedua-dua pergerakan itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau mengesyaki Fatah sebenarnya adalah sebuah pertubuhan yang sengaja dicipta Barat untuk menghapuskan pengaruh Hamas.

Malah baginya, segala yang dilakukan Fatah adalah berdasarkan kepada arahan Barat termasuk dalam isu pihak berkenaan yang mahu mengiktiraf negara haram Israel dalam perjanjian kerajaan campuran Hamas-Fatah baru-baru ini.

"Bagi saya, Fatah hanyalah satu gerakan yang ditaja Barat untuk menjaga kepentingan Barat termasuk Israel bagi menghapuskan gerakan Islam yang kuat seperti Hamas," katanya ketika diminta mengulas isu tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak terkejut dengan ancaman Briged Jihad Al Aqsa itu kerana sememangnya pada mata kasar Fatah juga mempunyai agenda politik mahu menghancurkan pengaruh Hamas.

Begitupun, kebanyakan negara Islam di dunia masih membina hubungan baik dengan Fatah sebaliknya mengesampingkan kerajaan Hamas yang sebenarnya secara sah dipilih rakyat dalam pilihan raya negara itu sebelum ini, kata Salahuddin.

Sebagai contoh Malaysia selaku Pengerusi Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) menyampaikan bantuan kepada Fatah untuk disalurkan kepada rakyat Palestin, ujarnya.

Sedangkan kata Salahuddin ketika itu Fatah bukanlah sebuah parti yang diiktiraf memerintah Palestin secara sah.

"Ini satu tindakan yang dilihat hanya memberi ruang kepada 'pembelot' untuk terus menjalankan agenda Barat menghapuskan gerakan Islam," katanya lagi.

Justeru beliau menggesa seluruh negara Islam terutamanya anggota OIC memutuskan hubungan dengan Fatah kerana baginya, parti tersebut hanya menjadi tali barut kepada Barat untuk memusnahkan gerakan Islam yang sebenar.

Sementara itu AJK Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Shahrin Low Abdullah pula berkata, kebanyakan gerakan Islam hari ini sebenarnya berhadapan masalah dengan musuh yang datang daripada kalangan orang Islam itu sendiri.

Menurut beliau, ada pemimpin Islam yang sanggup menjadi tali barut musuh termasuk kepada Amerika dan Israel untuk menjahanamkan gerakan Islam yang sebenar, dan itulah yang terjadi kepada gerakan Islam di Palestin.

Akhbar antarabangsa semalam melaporkan, tiga lelaki bersenjata keluar dari sebuah kenderaan dan menembak Mohammed Odeh ketika mangsa meninggalkan masjid selepas solat subuh di kampung Hableh, dekat Qalqilya, barat laut Ramallah, menurut saksi.

Penyerang terbabit kemudian melarikan diri dengan kenderaan bernombor pendaftaran Israel, kata mereka.

Mohammed yang digambarkan sebagai seorang pemimpin tempatan Hamas meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Fatah dan Hamas terlibat dalam pertarungan kuasa yang mencetuskan keganasan pada awal minggu ini. Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong kedua-dua pihak di seluruh Tebing Barat dan Genting Gaza.

Bagaimanapun beberapa saksi memberitahu kumpulan bersenjata yang membunuh Mohammad mungkin ejen perisikan Israel. Israel pernah melakukan serangan sedemikian terhadap pemimpin pejuang Palestin di Tebing Barat.

Tentera Israel menafikan mereka terlibat dalam serangan di Hableh.

"Kami tidak terlibat dengan sebarang insiden dekat Qalqilya," kata seorang jurucakap tentera rejim Yahudi. - lanh

***********************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke