ini lah file asal berkenaan waktu imsak yg pernah saya forwardkan sebelum ini.
:-)
Reply-To: <[EMAIL PROTECTED]>
From: "Ella" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: FW: KETETAPAN WAKTU IMSAK
Date: Thu, 5 Oct 2006 09:11:30 +0800

 
 
-----Original Message-----
Sent: Wednesday, October 04, 2006 12:15 PM
Subject: FW: KETETAPAN WAKTU IMSAK
 
Untuk makluman semua..
 

Sent: Wednesday, October 04, 2006 11:04 AM
To: TM All Internet Mail ; TM All Intranet Mail
Subject: KETETAPAN WAKTU IMSAK
 
Assalamualaikum,
 
Tuan/puan warga kerja Takaful Malaysia yang dihormati,
 
Marhaban Ramadhan, semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada bulan yang mulia ini.
 
Jabatan Syariah telah menerima banyak emel daripada tuan/puan yang bertanyakan tentang ketetapan waktu imsak yang didakwa oleh setengah orang sebagai tiada asas dalam agama. Dan emel tersebut juga telah disebar luas dikalangan Warga Takaful Malaysia. Jabatan Syariah akan menghuraikannya supaya kekusutan akan terlerai. Sebelum itu Jabatan Syariah ingin menasihati tuan/puan supaya tidak leka dengan persoalan sebegini sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar.
 
Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa orang yang hendak berpuasa disunatkan supaya bersahur terlebih dahulu sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
 
Isu yang ditimbulkan ialah adakah wujud waktu imsak sebelum subuh iaitu antara 10-15 minit sebelum azan subuh. Ini kerana pada Zaman Rasulullah s.a.w didakwa tidak dibuat ketetapan bahawa mesti adanya waktu imsak sebelum azan subuh. Malah dalam surah al-Baqarah ayat 187, Allah Taala berfirman yang bermaksud: “…Makanlah dan minumlah sehingga kelihatan kepada kamu benang putih dari benang hitam (masuk waktu subuh)…”.
 
Untuk menghurainya beberapa perkara perlu diteliti dengan cermat bagi mengelakkan kita membuat tohmahan yang tidak berasas kepada para ulama terdahulu yang banyak berjasa kepada agama Islam, iaitu:
 
  1. Waktu Imsak sebelum azan subuh adalah termasuk dalam perkara Ihtiyati yang bermaksud berjaga-jaga atau berhati-hati supaya tidak terbabas atau terlajak. Perkara ihtiyati ini berasaskan kepada kaedah fiqh yang berbunyi “Ittaqus Syubhaat” yang bermaksud berhati-hati dengan perkara syubhat. Dalam mazhab Imam Syafie, perkara ihtiyati ini memang dibincangkan panjang lebar.
 
(a)
               Antaranya sebagaimana yang disebut dalam Kitab Asybah Wan Nazoir karangan Imam as-Sayuti r.m di mana dibawa satu masalah feqah iaitu ada seorang yang bersahur dengan makan sayur kangkong. Dia berniat hendak berhenti makan sebaik terdengar azan subuh. Tetapi apabila kedengaran azan subuh, kangkong yang dimakannya itu terlekat di kerongkongnya. Jika dia menelannya maka batallah puasanya. Jika dia menariknya keluar pasti dia akan muntah dan akan terbatallah juga puasanya dengan sebab muntah tadi. Oleh kerana itu para ulama berbincang dan akhirnya dijadikan waktu imsak supaya orang yang bersahur lebih berhati-hati agar tidak terbabas makan dan minum atau melakukan hubungan jenis sehingga masuk waktu subuh.
 
(b)
               Dalam kitab Hasyiah Syarqawi karangan Syeikhul Azhar Imam As-Syarqawi ada disebut bahawa orang yang berpuasa kena ihtiyati apabila membuang air besar di dalam sungai. Ini kerana ketika dia membuang air besar maka saluran najisnya itu akan terbuka dan boleh menyebabkan air sungai memasuki saluran tersebut dan ianya boleh membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga.
 
 
(c)
                Dalam sebuah hadith Baginda Rasulullah melarang orang yang bangun dari tidur terus mencelupkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air minuman kerana dia tidak tahu apa yang dipegang oleh tangannya ketika dia tidur malam tadi. Ini semua disebut dalam kitab Fekah mazhab Syarfie sebagai ihtiyati.
 
  1. Dalam ayat 187 surah al-Baqarah dinyatakan supaya makan dan minum sehingga masuk waktu subuh. Ayat ini adalah makluman kepada kita tentang had masa untuk bersahur. Ia bukan bermaksud supaya kita menelan suapan terakhir ketika azan subuh dikumandangkan. Ianya adalah batasan masa untuk bersahur yang akan tamat sebaik sahaja masuk waktu subuh. Ulama menyebut bahawa Imsak setelah masuk waktu subuh adalah imsak wajib manakala imsak beberapa minit sebelum masuk waktu subuh adalah imsak sunat. Ini dinyatakan dalam Kitab at-Taqrirat as-Sadidah fil Masail al-mufidah bahawa imsak beberapa minit sebelum masuk waktu subuh adalah mandub (sunat).
 
  1. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik r.a bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersahur bersama-sama Zaid bin Thabit. Selesai bersahur Baginda bangun untuk mendirikan solat. Kami bertanya Anas: Berapa lama kadar masa antara bersahur dan azan subuh? Beliau menjawab: Sekadar membaca 50 ayat”. Dalam hadith tersebut, pertanyaan berapa lama kadar masa antara bersahur dan azan subuh boleh difahami sebagai berapa lama masa antara selesai bersahur dan azan subuh. Maka 50 ayat digambarkan oleh para ulama sekadar dalam lingkungan 15 minit.
 
 
  1. Hikmah dengan adanya waktu imsak ini ialah ia berkaitan dengan maslahah untuk agama juga. Ini kerana apabila adanya waktu imsak, umat Islam akan mempunyai persediaan untuk membersihkan diri bagi tujuan solat subuh berjemaah di Masjid atau surau. Atau untuk mengambil kesempatan berdoa dan bermunajat dihujung malam kerana ianya merupakan saat yang sangat mustajab sebagaimana yang disebut dalam hadith.
 
  1. Isu waktu imsak tidak berlaku di Negara arab yang lain tidak timbul kerana tidak ada riwayat yang menyebut bahawa siapa yang berhenti makan sahur 15 minit sebelum subuh akan masuk neraka atau berdosa atau haram atau batal puasanya.
 
Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu berhati-hati dengan kenyataan yang mengelirukan seperti ini dan hendaklah dirujuk kepada Jabatan Syariah terlebih dahulu sebelum ianya disebarkan secara meluas kepada Warga Takaful Malaysia yang lain.
 
Semoga usaha kita untuk mengamalkan Syariat sebagai budaya korporat Takaful Malaysia diberkati Allah dan mencapai kejayaan yang kita harapkan.
 
Sekian untuk makluman. Terima kasih.
 
 
i-CARE (integrity – Customer Focus, Accountability, Respect, Entrepreneurship)
Strengthening the Organization Culture towards a World Class Organization - The TAKAFUL MALAYSIA Way
 
MOHD FAUZI MUSTAFFA
Shariah Dept
CEO's Office
 
__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___
----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------
----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
email-body was scanned and no virus found
VirusWall_Message1.txt was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------

Kirim email ke