> >Maruah Bangsa Dipijak Orang > >Semalam (28/09/06) menjadi titik sejarah hitam kepada MT UMNO. Inilah kali >pertama MT UMNO tidak berani mempertahankan polisi dan dasar yang dijalankan >oleh kerajaan pimpinan UMNO yang dikritik oleh Lee Kwan Yew. > >Pada hemat saya Majlis Tertinggi UMNO berada dalam keadaan tidak berkesan dan >tiada wibawa lagi sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi mengambil >alih jawatan >Presiden parti. Jika kita masih ingat, awal tahun ini, Abdullah >Badawi dikritik >hebat oleh akar umbi UMNO kerana gagal mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi >UMNO sebulan sekali seperti lazimnya. > > > > >Majlis Tertinggi UMNO juga menjadi bahan cemuhan, ejekan dan mangsa sindiran >dalam Majlis Penerangan UMNO beberapa bulan lalu. Ini timbul akibat keputusan >Abdullah Badawi yang tunduk kepada Singapura dalam isu Jambatan bengkok dan >juga pembelian Pantai Holding oleh Parkway (syarikat Singapura). > >Kali ini MKT UMNO lebih rela membincangkan kedudukan seorang >bloggers kecil dan >ahli UMNO biasa bernama Zaharin Md Yassin berbanding isu penghinaan dan >cercaan Lee Kwan Yew ke atas dasar-dasar afirmatif bumiputera yang >diperjuangkan oleh UMNO. (Perdana Menteri hanya mahu menulis surat selepas >bangsanya sendiri dihina dan dicerca). > >MKT yang sepatutnya hanya meluluskan keputusan Badan Disiplin UMNO menggantung >Zaharin sanggup menghabiskan masa berbahas isu Zaharin hanya >semata-mata kerana >Presiden parti tersebut mahu beliau dipecat. > >Malangnya Presiden yang sama gagal membincangkan isu penghinaan rakan >sepermainan golf beliau bernama Lee Kwan Yew yang menghina dan mencerca UMNO. > >Penulis tidak mempunyai simpati kepada Zaharin Yassin. Pemecatan dari UMNO >bukanlah isu besar kepada beliau mahu pun sesiapa yang meletakkan diri mereka >sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Zaharin tidak seratus peratus benar. >Namun Zaharin juga tidak seratus peratus salah. > >Tapi dalam pentadbiran UMNO zaman Hadhari yang telus dan terbuka ini, jika ada >sebarang kesilapan walau sedikit maka kebenaran yang ada bersama kesalahan itu >sudah tidak penting. > >Anehnya, pada zaman Dr. Mahathir yang dilabelkan sebagai autokratik dan tidak >telus oleh"budak-budak kanyiaq tingkat 4", tiada siapa pun yang dipecat atau >dikritik kerana mengkritik kepimpinanan beliau. Yang dipecat ialah mereka yang >menentang UMNO dalam pilihan raya, mereka yang terbabit dalam politik wang >dalam pemilihan UMNO dan mereka yang terbabit dalam kegiatan menyalahi >undang-undang negara. > >Pada zaman kepimpinan Mahathir yang autokratik dan tidak demokratik, Abdullah >Badawi yang menentang beliau tetap diterima di dalam UMNO baru. Tetapi pada >zaman Abdullah Badawi yang telus dan terbuka, Dato' Ibrahim Ali dijadikan >seumpama pariah, dilucutkan jawatan tanpa sebarang sebab. > >Pada zaman kepimpinan Mahathir yang autokratik dan tidak demokratik, Zahid >Hamidi tidak dikenakan sebarang tindakan sungguhpun menuduh secara terbuka >bahawa Dr. Mahathir mengamalkan kronisme dan nepotisme. Tanpa slogan ketelusan >dan keterbukaan, Dr. Mahathir ketika itu dengan tenang mengeluarkan senarai >penerima kontrak dan tender yang diberi oleh JPM menerusi Unit Perancang >Ekonomi. > >Malangnya pada zaman kepimpinan UMNO yang Hadhari, terbuka dan telus, seorang >machai UMNO yang kecil seperti Zaharin Md yassin dipecat dari UMNO kerana >mengkritik Presiden UMNO dan menantunya, Khairy Jamaluddin. > >Malangnya pada zaman kepimpinan UMNO yang Hadhari, terbuka dan telus ini juga >UMNO mengharamkan penjualan buku-buku politik pada perhimpunan Agung UMNO yang >lalu kerana Yahya Ismail mengeluarkan buku " Khairy Jamaluddin-Bakal Perdana >Menteri?". Bayangkan, sebelumnya orang seperti Yahya Ismail dan Pak >Habib bebas >menjual buku-buku yang mengkritik keras Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad di >Perhimpunan Agung UMNO. > >Namun, semua ini tidaklah terlalu memalukan berbanding kenyataan Majlis >Tertinggi UMNO semalam yang menyatakan tiada sebarang komen ke atas >hinaan yang >dilakukan oleh Lee Kwan Yew ke atas dasar-dasar dan polisi membantu bumiputra >yang dijalankan oleh UMNO menerusi Kerajaan. > >Abdullah Ahmad Badawi jangan lagi berpura-pura bahawa ia keputusan Majlis >Tertinggi UMNO. Ia tidak lebih keputusan beliau seorang yang diluluskan oleh >Majlis Tertinggi UMNO. Jika tidak masakan sebelum Abdullah Badawi pulang ke >Malaysia, orang kuat Ahli MKT seperti Dato' Seri Mohd Najib Tun >Razak (Timbalan >Presiden), Datuk Seri Muhyiddin Yassin (Naib Presiden) dan Dr. Mohamad Khir >Toyo (Ahli MKT Tertinggi) mengkritik keras kenyataan Lee Kwan Yew. > >Mengapa bila Abdullah pulang beliau hanya mengumumkan untuk menulis surat >mendapatkan penjelasan? Apa besarnya Lee Kwan Yew yang bukan Perdana Menteri >Singapura itu sehingga Perdana Menteri Malaysia terpaksa menulis surat minta >penjelasan? > >Mengapa Abdullah terlalu takut kepada Singapura? Mengapa Abdullah sanggup >menjatuhkan maruah MKT sehingga ke tahap yang hina pada pandangan >ahli UMNO dan >orang Melayu bila tidak sanggup mengkritik langsung LKY dan Singapura? > >Terserah kepada orang Melayu dan ahli UMNO sama ada untuk terus dipimpin oleh >kepimpinan yang bacul ini. Kepimpinan yang tidak berani mempertahankan >dasar-dasar membantu bumiputra oleh kerajaan pimpinan UMNO. > >Kepimpinan yang takut menentang LKY dan Singapura biarpun kita berada dipihak >yang benar mencerminkan kebenaran dakwaan Dr. Mahathir Mohamad bahawa maruah >negara sudah tergadai. > > >Hinanya pemimpin UMNO hari ini, maruah bangsa dan negara dipijak orang, MKT >UMNO hanya melihat tanpa hati dan perasaan. Mana dia darah kesatria UMNO "biar >putih tulang, jangan berputih mata." > >-- >Best Regards and a'bientot,
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
